iklan responsive
10 Sifat-sifat Isteri Yang Menjadi Penambah Rezeki
Suami
Ramai yang tidak tahu bahawa sifat isteri sangat
berperanan penting dalam membuatkan seseorang suami bertambah rezekinya.
Mungkin rezeki itu tidak dapat dilihat dengan mata kasar tetapi boleh dilihat
melalui kesihatan yang baik, kehadiran cahaya mata, rumahtangga yang bahagia
dan sebagainya.
Jadi, bagaimana sifat isteri yang menjadi penambah
rezeki kepada suami itu?
#1 – Baik Agamanya
“Pilihlah kerana agamanya, nescaya kamu akan
beruntung.”
(Hadis Riwayat al-Bukhari dan Muslim)
Setiap pemuda yang mahu berkahwin sering diingatkan
dengan hadis ini, nikahilah wanita yang beragama. Ini kerana wanita yang tahu
akan agama pasti jelas akan apa yang perlu dilakukan dan apa perkara yang wajib
dijauhi. Sangat beruntung sesiapa yang menikahi wanita yang beragama dan
mengamalkan agamanya. Dengan solehahnya para isteri, pasti akan bertambahnya
rezeki kepada para suami.
#2 – Sentiasa Tawakal Kepada Allah
“Dan barangsiapa yang bertawakkal kepada Allah
nescaya Allah akan mencukupkan (keperluan)nya.”
(Surah at-Thalaq:3)
Allah akan mencukup dan menambahkan rezeki kepada
sesiapa sahaja dari golongan hambanya yang bertawakal. Oleh itu, sekiranya
seorang isteri bertawakal kepada Allah s.w.t walaupun dia hanya seorang suri
rumah, rezeki untuknya tetap ada iaitu melalui suaminya.
#3 – Sentiasa Bersyukur
“Dan ingatlah ketika Tuhanmu memaklumkan: jika
kalian bersyukur, pasti Kami akan menambah (nikmat) kepadamu dan jika kamu
mengingkari (nikmatKu) maka sesungguhnya azabKu sangat pedih.”
Surah Ibrahim:7
Isteri yang sentiasa bersyukur atas segala kurniaan
Allah s.w.t adalah pengundang rezeki tambahan kepada suami dan keluarganya.
Isteri yang bersyukur adalah sentiasa berasa cukup dengan apa yang diterimanya.
Bahkan sentiasa berterima kasih dengan apa yang
diperoleh. Apabila mendapat hadiah dari suaminya dia mengucapkan terima kasih.
Apabila suaminya membawa pulang barangan dapur dia bersyukur bahkan kebaikan
suaminya juga membuatkan dia sentiasa berterima kasih kepada Allah s.w.t.
#4 – Taat Akan Suaminya
Wajib kepada seorang isteri untuk mentaati suaminya
kerana syurga bagi setiap isteri adalah pada suaminya. Isteri yang taat juga
mendorong bertambhanya rezeki kepada suami dan keluarganya kerana rumahtangga
yang aman dan damai menjadikan setiap proses hidup berjalan lancar dan bahagia.
#5 – Takutkan Allah Dan Bertaqwa
Janji Allah, sesiapa saja yang hamba-Nya bertaqwa
akan mendapatkan jaminan rezeki dari-Nya. Bahkan akan mendapat rezeki yang tak
disangka-sangka. Firman Allah
“Barangsiapa bertaqwa kepada Allah, nescaya Dia akan
mengadakan jalan keluar baginya dan memberinya rezeki dari arah yang tidak
disangka-sangka.”
Surah at-Thalaq:2-3
#6 – Mendoakan Suaminya
Isteri yang baik dan solehah pasti akan mendoakan
suaminya. Dan berkat doa itulah yang membantu menambahkan rezeki suaminya.
Begitulah rezeki yang merupakan pemberian dari Allah
s.w.t, lalu berdoa dan berharaplah hanya pada-Nya. Doakan suami agar sentiasa
dimurahkan rezeki dan yakinlah doa dari seorang isteri solehah untuk suaminya
akan dimakbulkan oleh Allah s.w.t.
“Dan Tuhanmu berfirman: Berdoalah kepadaKu nescaya
Aku kabulkan.”
Surah Ghafir:60
#7 – Gemar Bersedekah
Baca juga Kenapa Orang Meninggal Lebih Memilih Untuk
Bersedekah Seandainya Dikembalikan Ke Dunia? Sedekah adalah perbuatan yang akan
menambah rezeki oleh Allah s.w.t. Sebagaimana disebutkan dalam surah
al-Baqarah, akan dilipatgandakan Allah sebanyak 700 kali ganda.
Bahkan hingga banyaknya yang dikehendaki Allah
s.w.t. Jadi isteri yang gemar bersedekah akan bertambahlah rezeki kepada
suaminya pula. Alangkah lebih indah jika wang yang diberikan oleh suaminya itu
pula disedekahkan. Pasti setiap pekerjaan suaminya berjalan lancar dan turunnya
rezeki yang bertambah-tambah.
#8 – Banyak Beristighfar
Istighfar adalah punca kepada datangnya rezeki.
Tidak kiralah sesiapa saja, jika dia banyak beristigfar Allah akan menurunkan
rezeki kepadanya.
“Maka aku katakan kepada mereka, ‘Mohonlah ampun
kepada Tuhanmu’, sesunguhnya Dia adalah Maha Pengampun, nescaya Dia akan
mengirimkan hujan kepadamu dengan lebat, memperbanyak harta dan anak-anakmu,
mengadakan untukmu kebun-kebun dan mengadakan (pula di dalamnya) sungai-sungai
untukmu.”
Surah Nuh:10-12
#9 – Menjaga Silaturahim
Seorang isteri yang sentiasa menjaga silaturahim sam
ada keluarganya, ataupun rakan-rakannya mahupun keluarga atau rakan suaminya,
sangat membantu dalam membanyakkan rezeki suaminya. Ini kerana sesiapa yang
memutuskan silaturahim sebenarnya telah menyekat rezeki Allah s.w.t.
“Siapa yang suka dilapangkan rezekinya dan
dipanjangkan umurnya hendaklah dia menyambung silaturahim.”
Hadis Riwayat al-Bukhari dan Muslim
#10 – Melazimi Dhuha
Solat sunat Dhuha merupakan solat penambah rezeki.
Sekiranya seorang isteri mendirikan solat ini setiap hari sudah pasti dapat
menambah keberkatan rezeki untuk suaminya. Allah s.w.t berfirman;
“Wahai anak Adam, janganlah engkau luput dari empat
rakaat di awal harimu, niscaya Aku cukupkan untukmu di sepanjang hari itu.”
Hadis Riwayat Ahmad
Oleh itu, setiap isteri mestilah menanam azam untuk
menjadi pembantu suami yang paling setia, iaitu dengan menjadi isteri yang
dapat menambah rezeki dan keberkatan rezeki itu.
Jangan pula menjadi isteri yang membebankan suami.
Sesungguhnya keredaan Allah juga terdapat dalam keredaan suami.
Sumber:limaumanis
ikalan saiz 250
iklan adnow
0 Response to "10 Sifat-sifat Isteri Yang Menjadi Penambah Rezeki Suami"
Post a Comment