iklan responsive
Surah
Yaasin (سورة يس) adalah surah ke-36 dalam Al Quran. Surah ini terdiri atas 83
ayat, termasuk golongan surah-surah Makkiyyah serta diturunkan selepas surah
Aj-jin. Dinamakan Yaasin kerana dimulaikan dengan huruf Ya – sin. Sebagaimana
halnya erti huruf-huruf abjad yang terletak pada permulaan beberapa surah Al
Quran yang lain, maka demikian pula ertinya Yaasin yang terdapat pada permulaan
ayat surah ini, iaitu Allah mengisyaratkan bahawa sesudah huruf tersebut akan
dikemukakan hal-hal yang penting antara lain: Allah bersumpah dengan Al Quran
bahawa Muhammad SAW benar-benar seorang rasul yang diutus-Nya kepada kaum yang
belum pernah diutus kepada mereka rasul-rasul.
Mengikut
sebuah hadis, Surah Yassin dinamakan Mub’mah (pemberi berita baik) di dalam
kitab Taurat kerana ia mengandungi manafa’at kepada pembacanya dikehidupan
dunia juga akhirat, seperti menghindari penderitaan dunia akhirat dan juga
menjauhkan kedahsyatan kehidupan akhirat. Surah ini juga dikenali sebagai
‘Rafi’ah Khafidah’, iaitu yang mengangkat darjat orang-orang yang beriman dan
menurunkan darjat orang-orang yang ingkar (tidak beriman). Seelok-eloknya
membaca Surah Yaasin selepas solat Dhuha. InsyaAllah akan terbuka seluas-luasnya
peluang dan rezeki berlimpah luah.
Keberkatan
Membaca Surah Yaasin Setiap Pagi
Rasulullah
S.A.W telah bersabda yang bermaksud : “Bacalah surah Yasin kerana ia
mengandungi keberkatan.” Iaitu:
1.
Apabila orang lapar membaca surah Yassin , ia boleh menjadi kenyang.
2.
Jika orang tiada pakaian boleh mendapat pakaian.
3.
Jika orang belum berkahwin akan mendapat jodoh.
4.
Jika dalam ketakutan boleh hilang perasaan takut.
5.
Jika terpenjara akan dibebaskan.
6.
Jika musafir membacanya, akan mendapat kesenangan apa yang dilihatnya.
7.
Jika tersesat boleh sampai ke tempat yang ditujuinya.
8.
Jika dibacakan kepada orang yang telah meninggal dunia, Allah meringankan
siksanya.
9.
Jika orang yang dahaga membacanya, hilang rasa hausnya.
10.
Jika dibacakan kepada orang yang sakit, terhindar daripada penyakitnya.
Fadhilat
Surah Yaasin
Antara
kelebihan-kelebihan daripada surah Yassin yang disebutkan di dalam banyak
hadis. Antaranya:
Rasulullah
SAW bersabda;
1. “Sesiapa yang membaca Surah Yassin
dipermulaan hari, segala hajatnya bagi hari itu akan dipenuhi“.
2. “Sesungguhnya setiap sesuatu mempunyai hati
dan hati Al-Quran itu ialah Surah Yassin.”
3. “ Sesiapa membaca Surah Yassin, nescaya Allah
menuliskan pahalanya seperti pahala membaca Al-Quran sebanyak 10 kali.”
4. “Sesiapa yang membaca Surah Yassin semata
mata kerana Allah, segala dosa-dosanya yang dahulu akan diampunkan. Oleh itu
jadikanlah sebagai amalan untuk dibaca ke atas orang yang mati.”
5. “Jika seseorang itu membaca Surah Yassin pada
setiap malam dan kemudiannya meninggal dunia, ia akan mati sebagai mati
syahid.”
6. Maqri rahmatullah ‘alaih berkata, “Jikalau
Surah Yassin dibaca oleh seorang yang takut pemerintah atau musuh, ia akan
dihilangkan akan ketakutan itu.”
7. “Jikalau seseorang itu membaca Surah Yassin
dan Surah Was-Saffat pada hari Jumaat dan memohon kepada Allah sesuatu, doanya
akan diterima.”
8. “Apabila datang ajal orang yang suka membaca
Surah Yassin pada setiap hari, turunlah beberapa malaikat berbaris bersama
Malaikat Maut. Mereka berdoa dan meminta dosanya diampunkan Allah, menyaksikan
ketika mayatnya dimandikan dan turut menyembahyangkan jenazahnya”.
ikalan saiz 250
iklan adnow
0 Response to "Kelebihan/Fadhilat Membaca Surah Yaasin Setiap Pagi"
Post a Comment