iklan responsive
Kisah ini adalah benar berlaku dan dipetik dari
perkongsian seorang rakan facebook admin .
Diharap kisah ini menjadi pengajaran buat semua yang
membaca , sila SHARE jika bermanfaat .
Tiada siapa dapat mengesahkan kebenarannya.
Anggaplah ia sebagai satu hiburan saja. Jangan sampai terbawa-bawa. Cheh, aku
bebual dah macam KC dari rancangan MJ12 pulak..)
BEGINI CERITANYA…
Walaupun kita digalakkan menziarahi jenazah..namun
berhati-hatilah. Beringat sblm kene… ingatlah orang tersayang…please take note
of this for our on good…. org tua-tua used to say…. bila balik from melawat org
meninggal, terus ke bilik air, cuci muka, rehat sebentar baru tegur anak2
dirumah.
Terbaca kisah Ura, teringat saya pada tragedi yang
menimpa bayi perempuan saya, ketika itu masih berusia 7 bulan. Memang tidak
bermaya, tidak tidur, tidak menangis, tidak ketawa, tidak makan dan tidak pula
menyusu. Hati ibu mana yang mampu menahan bila keadaan anak begitu. Saya
bersama suami sering lakukan solat hajat untuk meminta Allah lindungi dan
pelihara kesihatan dan kesejahteraan kami sekeluarga.
Masa berlalu sehinggalah rumah ibu di datangi
seorang lelaki yang agak berusia lewat 50an dan memperkenalkan dirinya sebagai
Cik Man, seingat saya waktu itu hari raya Aidil Adha. Sesungguhnya kami
sekeluarga memang tidak mengenali dan tidak pernah pula berkenalan dengan
lelaki tersebut. Cik Man tu kata selepas beliau selesai solat Asar tak tahu
pulak gerakan hati untuk kerumah itu (rumah ibu).
Beliau terus saja menjengah ke buaian anak saya
sambil mengucap panjang. Beliau terduduk sambil memadang wajah seorang demi
seorang. Beliau kata di dalam buaian itu bukannya anak saya tetapi wajah
perempuan tua yang hampir kecut. Ya Allah! Waktu itu rasanya kaki saya tidak
mencecah ke bumi, terasa terlerai segala sendi yang ada. Cik Man tu menawarkan
diri untuk mengubat bayi saya selama tiga hari(itu pun dengan izin dari
Allah…katanya) . Dia meminta saya mendapatkan air lebihan mandian jenazah (air
yang masih ada di dalam getah) dengan syarat yang meninggal mestilah seorang
lelaki (sebab yang menumpang pada bayi saya adalah mayat perempuan tua bukannya
seorang tetapi tujuh orang, benda tu menghuni di setiap sendi bayi perempuan
saya) jika saya terlewat bayi saya mungkin turut meninggal.
Sampai ketahap saya berdoa agar adalah makhluk Allah
yang meninggal pd hari itu. Hampir tiga jam saya bersama suami bertanya ke
sana-sini, mencari rumah orang yang ada kematian. Dgn izin Allah saya terjumpa
petang itu, alhamdulilah.
Petang itu Cik Man ke masjid dan dia hanya berpesan
agar bayi saya yang sekecil itu dimandikan menghadap ke kiblat berserta
sepotong doa yang diberikan. Suami saya terus memandikan bayi perempuan saya
seperti yang disarankan oleh Cik Man tadi. Selepas dimandikan separuh badan
bayi saya (dari pinggang kebawah) bertukar menjadi lebam. Rupa-rupanya kami
tersilap kerana mana ada jenazah perempuan orang
lelaki yang mandikan. Sekali lagi hati saya tidak keruan, mencari hingga ke
malam.
Keesokkannya pagi-pagi lagi saya telah ke rumah
mayat HSA menanti kalau-kalau ada orang yang meninggal ketika itu. Allah maha
penyayang dan akhirnya saya bertemu dengan kawan lama yang kebetulan kematian
datuk. Saya meminta izin dari neneknya untuk meminta sedikit air lebihan
mandian untuk membuat ubat anak saya. Saya menceritakan dengan linangan air
mata, tersentuh hati saya bila nama bayi perempuan saya di sebut. Bila air itu
sudah diperolehi terus saja saya serahkan kepada Cik Man (tak mahu ada sebarang
kesilapan lagi). Cik Man meminta saya memandikan bayi saya tu tapi saya tidak
boleh kerana kedatangan haid, terpaksa ibu yang mengambil alih tempat saya. Cik
Man berpesan apa jua yang berlaku pada malam itu beliau meminta kami semua
bersabar dan ingatkan Allah banyak-banyak.
Pintu dan tingkap diminta dibuka seluas-luasnya. Cik
Man meminta ibu tanakkan sepiring pulut kuning. Benar seperti apa yang Cik Man
katakan. Malam itu adalah malam pertama saya mendengar tangisan bayi saya,
tangisan yang saya rindu selama beberapa bulan yang lalu. Bayi saya
meronta-ronta dan dengan sepontan terasa seperti ada imbasan angin yang keluar
terus menuju ke pintu dapur rumah ibu. Dalam masa yang sama terdengar suara ibu
memekik dari dapur (seperti suara orang terperanjatkan sesuatu) tutup pengukus
pulut itu dipenuhi cecacing dan ulat yang berwarna hitam. Adik lelaki saya
mengucap dan terus membuang ulat-ulat itu ke longkang.
Bila kesemuanya telah selesai, Cik Man memberitahu
tahu kepada saya,suami dan keluarga yang ada. Ada seorang daripada ahli
keluarga yang menziarah orang meninggal dalam kemalangan, kemudian balik dari
ziarah terus menegur bayi saya tu. Cik Man cakap itu badi mayat. Kebetulan
waktu itu bapa saudara saya pula sampai ke rumah untuk bertanyakan khabar bayi
saya. Rupa-rupanya orang yang Cik Man maksudkan itu adalah bapa saudara saya,
dia pun akui dan tak sangka perkara itu terjadi kpd bayi saya.
Cik Man menawarkan diri sekali lagi untuk merawat
bayi saya sehingga berusia setahun. Saya pernah sekali ke rumahnya dan membawa
serba sedikit keperluan dapur untuk dia dan isterinya. Gembira dan bersyukur
kerana bayi saya sudah pandai bertatih.
Setelah segala kesulitan terurai saya bercadang
untuk menziarah Cik Man sambil membawa sedikit sedekah dan tanda terima kasih.
Saya dan mencari alamat rumah spt yang diberikan oleh Cik Man. Apabila saya
sampai ke alamat itu saya lihat disitu cuma ada sebuah rumah tinggal yang
papannya sudah pun berlumut. Saya bertanya dengan kedai mamak yang berhampiran,
tempat saya membeli keperluan dapur waktu pertama kali saya bertandang kerumah
Cik Man. Mamak tu kata rumah tu dah bertahun-tahun kosong, tuan rumah tu tak ada
waris.
Saya dan suami berpandangan sesama sendiri. Barang
yang telah terniat untuk Cik Man saya sedekahkan ke surau yang berhampiran.
Benar kata Ura,apa yang berlaku elok dijadikan
pengajaran dan iktibar.
ikalan saiz 250
iklan adnow
0 Response to "Pengajaran Dan Ikhtibar Berhati-Hatilah Apabila Melawat Orang Meninggal Dunia"
Post a Comment