iklan responsive
Diriwayatkan, bahawa :
Apabila penghuni Syurga telah masuk kedalam Syurga,
lalu mereka tidak menemukan sahabat2 mereka yang selalu bersama mereka dahulu
sewaktu di Dunia.
Mereka pun bertanya tentang sahabat mereka kepada
Allah:
"Yaa Rabb..
Kami tidak melihat sahabat-sahabat kami yang sewaktu
di Dunia solat bersama kami, puasa bersama kami dan berjuang bersama
kami."
Maka Allah berfirman:
"Pergilah kamu ke Neraka, lalu keluarkanlah
sahabat2 mu yang di hatinya ada iman walaupun hanya sebesar zarrah"
(HR : Ibnul Mubarak dalam kitab
"Az-Zuhd").
Al-Hasan Al-Basri berkata: "Perbanyaklah
sahabat2 mukminmu, kerana mereka memiliki Syafa'at pada hari Kiamat
nanti".
Ibnul Jauzi pernah berpesan kepada sahabat2 nya
sambil menangis:
"Jika kalian tidak menemukanku nanti di Syurga
bersama kalian, maka tolonglah bertanya kepada Allah tentang aku:
"Wahai Rabb Kami..
Hamba-Mu si fulan, sewaktu di dunia selalu
mengingatkan kami tentang ENGKAU..
Maka masukkanlah dia bersama kami di Syurga-Mu"
SAHABAT Ku..
Mudah2an dengan ini, aku telah mengingatkanmu
Tentang Allah ..
Agar aku dapat besertamu kelak di Syurga &
Redha-Nya..
آمِيّنْ. يَا رَبَّ العَالَمِينْ
Ya Allah
Aku Memohon kepada-Mu.. Kurniakanlah kepadaku
sahabat2 yang selalu mengajakku untuk tunduk patuh & taat Kepada
Syariat-Mu..
Kekalkanlah persahabatan kami hingga kami bertemu di
akhirat kelak...
Oleh itu...
Carilah seberapa ramai sahabat yang baik yang
menunjukkan jalan2 ke Syurga & jalan2 kebaikan.
WAHAI SAHABATKU
JANGAN LUPA BERTANYA TENTANGKU NANTI...JIKA AKU
TIADA DI SYURGA NANTI
Hj Jafri Abu Bakar Mahmood
ikalan saiz 250
iklan adnow
0 Response to "Pentingnya Bersahabat Mahupun Mempunyai Kawan"
Post a Comment