iklan responsive
Sebuah kejadian yang tak biasa terjadi dalam proses
pemakaman seorang wanita yang berasal dari sebuah daerah di Malaysia yang
sangat sulit saat hendak dimasukkan ke dalam liang lahat. Dipetik daripada
eberita.org, kisahnya berlaku
semasa beberapa orang mengantarkan
jenazah yang telah dimasukkan ke dalam keranda.
Walaupun telah diangkat oleh enam orang lelaki
dewasa dengan formasi dua di depan dua di tengah dan dua dibelakang, tapi
keranda itu masih terasa sangat berat.Sehingga ditambah dua orang lelaki lagi
untuk membantu mengangkat keranda dan akhirnya keranda itu pun boleh dibawa ke
tempat perkuburan islam.
Setelah jenazah sampai di tempat perkuburan islam
terjadi sedikit masalah ketika hujan turun yang membuat tanah menjadi licin dan
beberapa orang telah tergelincir.
Sepanjang proses pengkebumian, kawasan tanah
perkuburang dipenuhi dengan isak tangis
keluarga dan sanak saudara.Si penggali kubur yang berusia 55 tahun sudah
melakukan pekerjaan itu selama 20 tahun dan sudah sangat berpengalaman dalam
menentukan lokasi dan ukuran jenazah yang akan dimasukkan dalam liang lahat.
Allahuakbar! Allahuakbar! Allahuakbar! ! kata-kata
itu keluar dari mulut hampir semua yang hadir dalam proses pengkebumian
tersebut setelah satu kejadian aneh terjadi.
Jenazah wanita yang diketahui bernama Simati sudah 3
kali dimasukkan dalam liang lahat namun tidak muat, padahal si penggali kubur
sudah melebarkan dua kali dari ukuran asal.
Setelah gagal dalam memasukkan jenazah kedalam liang
lahad, seorang ustaz telah menyuruh anggota keluarga untuk azan ketika proses
pengkebumian berlangsung
Sungguh mengejutkan,tiba-tiba proses pengkebumian
menjadi mudah,dan jenazah dapat dimasukkan ke dalam liang lahad.Barulah jenazah
selamat dimakamkan.Kisah ini dikatakan memang benar-benar berlaku.
Menurut jiran arwah, almarhumah adalah wanita yang
suka mengumpat serta memfitnah tanpa bukti, dan almarhumah juga tidak pernah
menutup auratnya selama hidup, dia suka memakai pakaian seksi menampilkan
bentuk tubuhnya.
“Kami sebagai masyarakat di situ pernah menegur
kelakuannya itu, namun kami di caci maki serta dilempari dengan kasut kerana dia lebih kaya daripada kami,”katanya.
Oleh itu hendaklah kita mengambil iktibar daripada
kisah ini agar menjadi pedoman hidup tidak menjadi seperti yang berlaku kepada
jenazah ini.Semoga bermanfaat.
Dosa Mengumpat Lebih Besar Daripada Zina
Jauhilah kamu daripada mengumpat kerana dosa
mengumpat itu lebih besar bahayanya daripada zina. Sesungguhnya seseorang
lelaki itu terkadang dia berzina lalu bertaubat maka Allah menerima akan
taubatnya. Dan sesungguhnya orang yang mengumpat itu tidak diampuni baginya
sehingga dimaafkan oleh orang yang diumpatnya. (Diriwayatkan oleh Abu
Asy-Syeikh dari Jabir r.a.)
Zina adalah dosa seorang manusia itu dengan Allah
SWT dan terampun dengan bertaubat (melainkan zina yang dilakukan dengan isteri
orang, maka perlu dimaafkan oleh si-suami). Mengumpat juga adalah satu dosa
besar tetapi hanya orang yang diumpat sahaja boleh memaafkan dosa mengumpat
itu. Kesan daripada perbuatan mengumpat adalah sangat buruk. Diantara contohnya
ialah; boleh memusnahkan sesebuah rumah tangga atau merosakkan imej seseorang.
…. dan janganlah setengah kamu mengumpat setengahnya
yang lain. Adakah seseorang dari kamu suka memakan daging saudaranya yang telah
mati? (Jika demikian keadaan mengumpat) maka sudah tentu kamu jijik kepadanya.
(Oleh itu, patuhilah larangan-larangan yang tersebut) dan bertaqwalah kamu
kepada Allah; sesungguhnya Allah Penerima taubat, lagi Maha mengasihani.
(Hujraat:12)
Jagalah lidah daripada mengumpat. Pada zaman
Rasulullah (saw), dua orang wanita sedang berpuasa dan tidak dapat menahan
keperitan kelaparan, sehingga kedua-duanya hampir maut. Para sahabat membawa
berita ini ke pengetahuan Nabi (saw), lantas baginda mengirimkan sebuah mangkuk
dan menyuruh mereka muntah ke dalamnya. Apabila kedua-duanya memuntahkan isi
perut mereka ke dalam mangkuk, maka keluarlah ketulan-ketulan daging mentah dan
darah. Para sahabat terperanjat besar, lalu sabda Rasulullah (saw): “Mereka
berpuasa dengan makanan yang halal tetapi mereka mengumpat semasa sedang
berpuasa, maka keadaan puasa mereka menjadi semakin payah. ” Oleh sebab itulah
kedua-dua wanita itu hampir-hampir menemui maut.
Mengumpat ialah menceritakan keburukan seseorang di
belakangnya, walaupun perkara itu benar.
Salah seorang sahabat Nabi (saw) bertanya: “Apakah
itu mengumpat?” Rasulullah (saw) menjawab: “Menyebut sesuatu mengenai saudaramu
di belakangnya yang dia tidak suka.” Selanjutnya Sahabat itu bertanya: “Dan
masihkah dikatakan mengumpat sekiranya apa yang disebutkan mengenainya itu
benar terdapat padanya?” Rasulullah (saw) menjawab: “Dalam hal demikian (iaitu
jika yang disebutkan itu memang benar) maka sebenarnya itulah mengumpat; tetapi
jika apa yang disebutkan itu palsu, maka kamu telah memfitnahnya.
…..dan (ingatlah bahawa angkara) fitnah itu lebih
besar bahayanya daripada pembunuhan.. (Baqarah:191)
Mengumpat hanya dibenarkan sekiranya perlu untuk
menyelamatkan seseorang daripada sesuatu penipuan atau kejahatan, namun
kejahatan itu tidak boleh diceritakan secara terus-terang.
An-Nisaa [148]….Allah tidak suka kepada
perkataan-perkataan buruk yang dikatakan dengan berterus-terang (untuk
mendedahkan kejahatan orang); kecuali oleh orang yang dianiayakan. Dan
(ingatlah) Allah sentiasa Mendengar, lagi Maha Mengetahui.
Dalam surah Al-Humazah pula diceritakan tentang
seksa yang bakal diterima oleh pencaci dan pengeji.
Kecelakaan besar bagi tiap-tiap pencaci, pengeji,
(1) Yang mengumpulkan harta dan berulang-ulang menghitung kekayaannya; (2) Dia
menyangka bahawa hartanya itu dapat mengekalkannya (dalam dunia ini)! (3)
Tidak! Sesungguhnya dia akan dicampakkan ke dalam “Al-Hutamah”. (4) Dan apa
jalannya engkau dapat mengetahui, apa dia “Al-Hutamah” itu? (5) (Al-Hutamah)
ialah api Allah yang dinyalakan (dengan perintahNya); (6) Yang naik menjulang
ke hati; (7)Sesungguhnya api Neraka itu ditutup rapat atas mereka. (8) (Mereka
terikat di situ) pada batang-batang palang yang melintang panjang. / (9)
Sumber: nasbunnuraini.wordpress.com
ikalan saiz 250
iklan adnow
0 Response to "Allahuakhbar!! Jenazah Wanita Ini Ditolak Bumi Gara² Gemar Melakukan Hobi Kebiasaan Wanita Di Masa Lapang"
Post a Comment