iklan responsive
Umat Islam terutamanya para muda mudi amat meminati
muzik dan lagu. Para remaja Islam dari kalangan lelaki dan wanita juga tidak
terkecuali dari menjadi peminat muzik ini. Walau bagaimanapun, mereka
mengalihkan minat itu kepada dendangan lagu-lagu nashid yang liriknya membawa
kepada kebaikan dan kesedaran agama.
Tidak dapat dinafikan, banyak juga nasyid-nasyid ini
yang dilihat menyimpang dari landasan asal lalu sifat komersialnya melebihi
nasihatnya. Liriknya yang asalnya membawa kepada nasihat agama mulai bertukar
kepada puja-puji wanita dan kekasih. Bezanya dengan lagu pop rock, biasa
hanyalah kerana ia diadun sedikit dengan menyebut nama-nama Allah sekali
sekala, kalimah Islam atau apa-apa elemen Islam.
Amaran Allah
Allah SWT yang menciptakan manusia sememangnya telah
memberi peringatan akan hal ini apabila menyebut :-
Maka janganlah kamu wahai wanita, merendahkan
(melembutkan) suaramu maka dibimbangi orang yang berpenyakit di hatinya
beringinan jahat kepadamu, maka bercakaplah hanya dengan kata-kata yang baik
(kandungan dan tatacaranya)” (Al-Ahzab : 32)
Para ulama tafsir menyebut, suara wanita yang
dilagukan adalah termasuk dari kecantikan-kecantikan (yang tidak harus
dipertonton dan dipeerdengarkan kepada lelaki bukan mahram) tiada khilaf dalam
hal ini ( Adwa al-Bayan, 5/10 : At-Tashil Li Ulum At-Tanzil, 3/137 ; ) Imam
As-Suddi berkata : larangan ini bermaksud kaum wanita menipiskan suaranya
(lembut, lunak dan manja) apabila bercakap di hadapan khalayak lelaki.
Imam Qurtubi pula mengatakan, kerana suara yang
sebegini akan menjadikan orang-orang lelaki munafiq dan ahli maksiat berfikir
jahat (Tafsir Ibn Kathir, 3/483 ; Al-Jami’ Li Ahkam Al-Quran, 14/177)
Berdasarkan dalil ayat ini, apa yang boleh saya
fahami adalah nyanyian wanita juga tergolong dalam bab yang diharamkan oleh
Islam apabila ia diperdengarkan kepada lelaki yang bukan mahram. Adapun jika ia
dinyanyikan oleh kanak-kanak wanita yang belum baligh atau ia dinyanyikan khas
untuk para wanita. Ia adalah dibenarkan.
Yang dilembutkan dengan sengaja, dimanjakan dan
dimerdukan. Ianya adalah diharamkan untuk diperdengarkan kepada khalayak lelaki
secara Ijma’ selama-lamanya. ( An-Nihayah, Ibn Athir, 42/2 ; Lisan al-Arab, Ibn
Manzur , 73/8 ; Tafsir At-Tabari ; 3/22 ; Hasiyah At-Tohawi ; 1/161)
Maka kumpulan penyanyi wanita hari ini termasuk di
dalam kumpulan yang yang diharamkan Allah. Malah bukan sekadar ‘illah suara
sahaja yang boleh menjadikan mereka tercebur dalam perkara haram, malah pakaian
dan pergerakkan mereka di khalayak awam juga.
Kebiasaannya apabila persembahan di buat, mereka
kerap bersolek-solekan dengan pakaian yang canggih manggih.
Di samping itu, duduk pula di atas pentas menjadi
tontotan lelaki, jika para ulama semasa menghukumkan haramnya bersanding
pengantin di atas pentas dalam keadaan senyap tanpa berkata.
Apatah lagi kumpulan penyanyi wanita yang bersolek
adakala seperti pengantin ini dan melentuk-lentuk tubuh dan suaranya di hadapan
lelaki bukan mahram, sudah tentu haramnya lebih besar. Dengan pakaian yang
menjolok mata ditambah ketat, perkara ini menjadi suatu fitnah kepada umat
Islam.
Selain itu juga, hukum memberi sokongan dan menaja
penyanyi wanita adalah haram malah dilaknat Allah dan Rasulullah saw. Ini
berdasarkan kepada sabda nabi saw yang diriwayatkan oleh al-Baihaqi: “Laknatlah
penyanyi perempuan dan kepada siapa mereka perdengarkan nyanyian (pendengar)”
Rasulullah juga menyatakan bahawa petanda kepada
kiamat adalah berleluasanya penyanyi dan penari wanita yang tidak mempunyai
perasan malu dan aib kepada lelaki.
“ Dari Ali dan Abu Hurairah r.a.: “Apabila harta
rampasan perang (milik umum) dikuasai segelintir orang sahaja, barang amanah
menjadi rampasan, harta zakat menjadi hutang, seorang lelaki mentaati isterinya
dan menderhakai ibunya, berbuat baik kepada temannya dan berbuat kasar kepada
bapanya, suara-suara tinggi di masjid-masjid, yang menjadi pemimpin suatu kaum
(bangsa) adalah orang yang hina (berkelakuan/bersifat keji) di antara mereka
dan orang yang menjadi ketua suatu suku (kabilah) adalah orang fasik di antara
mereka, seorang lelaki dihormati kerana takut jahatnya, arak biasa diminum,
sutera biasa dipakai (oleh lelaki), munculnya penyanyi perempuan dan alat-alat
muzik, orang yang di kalangan umat terkemudian akan melaknat (mengutuk) umat
terdahulu, maka ketika itu hendaklah mereka menunggu kedatangan angin merah
atau pembalikan bumi atau keburukan bentuk-bentuk atau tanda-tanda yang
beriringan seperti tali yang putus maka jatuhlah biji secara berterusan”. –
Riwayat Tarmizi ”
Perkara haram adalah haram dan yang halal tetap
halal. Kesimpulannya adalah wanita yang menyanyikan lagu adalah suatu perkara
haram mutlak selama-lamanya. Manakala, pihak yang terlibat juga mendapat saham
dosa selama mana dia tidak bertaubat kepada Allah Taala.
Adakah suara wanita aurat?
Islam mengharamkan apa saja yg dapat menimbulkan
fitnah sehingga islam mengharamkan perempuan yg menghentak kakinya ke tanah dgn
tujuan supaya gelang kakinya didengar orang untuk membangkitkan syahwat lelaki.
Allah berfirman : “Dan janganlah mereka menyentakkan
kakinya ke tanah agar supaya diketahui apa yg mereka sembunyikan dari perhiasan
mereka” (an-Nur:31).
1 – Mazhab hanafi menjadikan larangan dlm ayat ini
sebagai dalil bahawa : Suara perempuan adalah aurat sebab kalau suara gelang
kaki saja dilarang maka lebih2 lagi suara perempuan itu sendiri.
Abu Bakar al-Jashash berkata : “ayat di atas
menunjukkan bahawa wanita dilarang mengeraskan suara yg sekiranya didengar
orang lain. sebab suaranya itu lebih membangkitkan fitnah daripada bunyi gelang
kakinya, oleh itu ashab kami (mazhab hanafi) memakhruhkan azan wanita sebab
dalam azan diperlukan suara yg keras”.(tafsir al-jashash 3/393)
Sebahagian fuqaha’ hanafi berpendapat bahawa :
nyanyian wanita adalah aurat mereka. Mereka berdalilkan dgn sepotong hadith
seperti berikut : suara takbir bagi lelaki dan tepuk bagi perempuan.
2 – mazhab syafie dan lain-lain berpedapat bahawa :
suara perempuan bukan aurat. Sebab perempuan boleh berjual beli dan memberi
keterangan sebagai saksi di hadapan hakim.
Al-Alusi berkata : “yang tersebut di dalam kitab2
fiqh syafie, dimana aku sendiri cenderung kepada pendapat ini (suara bkn aurat)
kecuali kalau dikhuatiri timbulnya fitnah”. (ruh al-ma’ani 18/146)
melihat zahirnya pendapat kedua ini bahawa : apabila
tidak menimbulkan fitnah maka suara perempuan bukanlah aurat. Sebab isteri2
nabi saw ada yang meriwayat hadith dan mereka juga bercakap2 dengan lelaki
sedangkan diantara mereka itu terdapat lelaki yg bukan mahramnya.
Ibnu Kasir berpendapat : perempuan dilarang
melakukan tindakan apa saja yg dapat mempengaruhi dan membangkitkan syahwat
lelaki dan oleh kerana itu perempuan dilarang memakai wangi-wangian ketika
keluar rumah, dalam hal ini nabi bersabda : “setiap pandangan mata adalah zina
dan perempuan apabila memakai wangi-wangian lalu dia berjalan melalui majlis
(lelaki) maka ia demikian dan demikian (berzina)”.
syeikh as-shobuni berpendapat : sebaiknya kaum
lelaki mencegah perempuan2 dari melakukan perkara yg membangkitkan fitnah dan
tipu daya seperti memakai pakaian sempit, meninggikan suara, dan memakai
wangi-wangian. Firman Allah swt : “Maka janganlah kamu tunduk (melemah
lembutkan suara) dan berbicara sehingga bangkit nafsu orang yg ada penyakit dalam
hatinya” (al-ahzab:32).
Rujukan : Tafsir Ayat Al-Ahkam As-Shobuni, Mu’jam
Asasi
ikalan saiz 250
iklan adnow
0 Response to "Patutlah! Haram Wanita Bernyanyi Dan Inilah Amaran Allah Kepada Mereka"
Post a Comment