iklan responsive
Sejak akhir-akhir ini macam jadi trend mak ayah suka
cium mulut anak, sebagai tanda kasih sayang yang tidak terhingga.Sebenarnya
sayang macam mana sekalipun mak ayah, dilarang untuk cium pada bahagian mulut
anak walaupun mereka masih kecil. Ini antara sebab-sebabnya:
3 Sebab Dilarang Cium Mulut Anak
1. Boleh Rangsang Syahwat
Bibir merupakan kawasan sensitif yang boleh
merangsang syahwat Dr Charlotte Reznick, seorang penulis, psikologi pendidikan
dan anak di Universitas California Los Angeles ,UCLA, berpendapat mengenai
kesan buruk jika terlalu sering mencium anak-anak di bibir.
“Ketika seorang anak mencapai 4 atau 5 atau 6 dan
pada usia sekitar itu keinginan seksualnya mulai muncul (dan beberapa anak-anak
keinginan seksualnya muncul lebih awal, terkadang muncul pada usia 2 atau 3)
dan ciuman di bibir akan mendorong keinginan seksual(syahwat) mereka.”
2. Mulut Pindahkan Kuman
Ada bayi yang terkena penyakit kerana sering diciumi
bibirnya. Ingatlah bahawa mulut boleh memindahkan kuman melalui ciuman bibir,
kerana kuman tersebut boleh masuk ke dalam tubuh.Pelbagai jenis penyakit boleh
disebarkan melalui mulut.
3. Rasul dan Sahabat hanya mencium pipi anaknya
Mencium pipi merupakan tanda kasih sayang orangtua
pada anaknya, maka hal ini diperbolehkan untuk dilakukan.Namun ada bahagian
tertentu yang disarankan untuk mencium anak iaitu pada bahagian pipi, seperti
yang pernah dilakukan oleh Saidina Abu Bakar ketika mencium puterinya, Aisyah.
“Aku masuk bersama Abu Bakar menemui keluarganya,
ternyata Aisyah puterinya sedang berbaring kerana diserang sakit panas yang
tinggi. Maka aku melihat ayahnya, Abu Bakar, mencium pipinya seraya bertanya:
“Bagaimana keadaanmu, wahai puteriku?” (HR. Al-Bukhari no. 3918)
Walaupun tiada hadis khusus berkaitan perkara ini,
tapi sebaiknya memang tak digalakkan untuk mencium anak pada bahagian mulut.
Cukuplah tunjukkan kasih sayang pada anak dengan pelukan dan ciuman di pipi.
Sebenarnya, ada 4 tempat ciuman dan 2 tempat gosokan
yang digalakkan mak ayah lakukan pada anak.
1. Ciuman di kepala adalah CIUMAN KEBANGGAN
Bila kita rasa bangga dengan pencapaian anak kita
contohnya dia boleh skor A dalam exam dia cepat-cepat kita cium bahagian tengah
kepala anak kita.
2. Ciuman di dahi adalah tanda REDHA
Bila anak kita buat sesuatu yang buat kita rasa
redha dan ikhlas pada anak kita, dahi adalah tempat terbaik untuk kita cium.
3. Ciuman di pipi adalah ciuman RINDU
Bila ambil anak daripada taska atau bila anak baru
balik daripada sekolah tempat terbaik nak cium adalah di pipi.
4. Cium
ditangan adalah bila kita rasa KASIH sangat pada anak kita
Ciuman di tangan ni sangat istimewa sebab tu kita
kena ajar anak kita cium tangan kita.Untuk menzahirkan rasa hormat dalam diri.
Kredit: suaramedia
Disamping itu, mak ayah boleh gosokkan dua tempat
ini pada anak.
1. Gosok di belakang leher ye kalau anak-anak nampak
risau atau tak tenteram.
2. Gosok di dada pulak sangat mujarab untuk
kurangkan kenakalan anak-anak. Sambil gosok tu mak ayah boleh cuba selawat atau
baca surah surah pendek macam Al Fatihah atau Ayat Kursi.
ikalan saiz 250

iklan adnow
0 Response to "Awas!! Inilah Sebab Ibu Bapa Dilarang Cium Mulut Anak. Ini Kesan Bahaya Dibuktikan Oleh Dr Psikologi"
Post a Comment