iklan responsive
Diriwayatkan dari Anas bin Malik bahwa Rasulullah
saw bersabda,
Kelak di Hari Kiamat, anak-anak kaum mukminin (yang
meninggal di waktu kecilnya) akan dipanggil dengan seruan “Keluarlah dari
kuburan kalian !”
Mereka pun bangkit dari kuburan kemudian mendapat
seruan kembali, “Masuklah kalian kedalam surga bersama-sama !”
Mereka pun berkata, “Wahai Tuhan kami, apakah
bersama kedua orang tua kami?”
Seruan itu kembali terdengar, “Masuklah kalian
kedalam surga bersama-sama !”
Mereka kembali bertanya, “Apakah bersama kedua orang
tua kami?”
Seruan itu kembali terdengar ketiga kalinya,
“Masuklah kalian kedalam surga bersama-sama !”
Mereka kembali bertanya, “Wahai Tuhan kami, apakah
bersama kedua orang tua kami?”
Akhirnya seruan yang keempat kalinya terdengar, “Ya,
orang tua kalian ikut bersama kalian.”
Mereka pun berlari menuju orang tuanya dan menarik
tangan mereka. Lalu mereka pun masuk ke dalam surga bersama orang tua
masing-masing. Dan (anak-anak yang meninggal diwaktu kecil) itu lebih mengenal
orang tuanya melebihi anak-anak kalian yang ada di rumah kalian.
Riwayat ini adalah salah satu dari pahala
orang-orang yang ditinggal mati anaknya diwaktu kecil. Sebagaimana ditekankan
dalam banyak riawayat lainnya.
Seperti Nabi Daud yang ditinggal mati oleh putranya.
Ketika kesedihan beliau begitu mendalam dan Allah Menanyakan kepadanya, “Wahai
Daud, apa perumpamaan anak itu bagimu?”
“Wahai Tuhanku, bagiku ia seperti butiran emas yang
memenuhi bumi ini.”
Kemudian Allah Berfirman, “Di Hari Kiamat kelak,
engkau memiliki pahala disisi-Ku setara dengan isi bumi ini.”
Bagi mereka yang mungkin pernah ditinggal mati oleh
anak, tentu bukanlah hal yang mudah. Tidak ada rasa sedih yang lebih mendalam
dari ditinggal oleh sang buah hati. Namun bersabarlah sejenak..
Bersabarlah untuk waktu yang singkat di dunia ini…
Karena anak yang meninggal di waktu kecil itu akan
segera menjemput orang tuanya untuk bersama-sama masuk dalam surga-Nya….
Sumber : 300 Qisshoh wa Mauqif
SYAFAAT SI ANAK
Rasulullah ﷺ pemberi syafaat utama kepada umatnya
tetapi ada juga syafaat lain iaitu syafaat anak kecil yang meninggal dunia
sebelum usia baligh sebagaimana diceritakan melalui kisah berikut ;
Hadrat Malik bin Dinar r.a. merupakan seorang warak
yang masyhur. Kehidupannya pada permulaan tidak berapa elok. Salah seorang
telah bertanya kepadanya, “Apakah yang telah berlaku yang membuat tuan
bertaubat dari kehidupan yang terdahulu?”
Beliau menjawab, “Ketika dahulu saya seorang
tentera, terlalu ketagih dengan arak dan sentiasa sibuk dengan arak. Saya telah
membeli seorang hamba wanita yang amat jelita. Daripadanya telah lahir seorang
anak perempuan yang amat saya sayangi. Anak itu pun sangat sayang kepada saya.
Apabila dia telah mula berjalan bertatih, maka kasih sayang saya kepadanya
telah bertambah dan dia sentiasa bersama saya.
Tetapi adalah menjadi suatu tabiatnya yang mana
apabila saya hendak minum arak, dia mengambil cawan di tangan saya dan
menuangkannya di atas pakaian saya. Oleh kerana saya terlalu sayang kepadanya
saya tidak dapat membuat apa-apa dan ketika berusia 2 tahun, dia telah meninggal
dunia. Kematiannya amat melukakan hati saya.
Berlaku sekali peristiwa pada malam 15hb Syaaban
saya telah banyak minum arak. Dalam keadaan mabuk terus tidur. Solat Isyak pun
belum ditunaikan.
Saya bermimpi kiamat telah berlaku. Manusia
mengibas2 tanah dari kepala, mereka bangkit dari kubur masing-masing berjalan
ke Padang Mahsyar. Ketika berjalan ke Padang Mahsyar, saya mendengar sesuatu di
belakang saya. Saya melihat seekor AZDAHA (ular yang terlalu besar) mengejar
saya. Ular itu berwarna hitam, bermata kuning, mulutnya terbuka luas. Ular itu
datang kepada saya dengan pantas.
Dikuasai oleh perasaan takut yang amat sangat, saya
pun berlari secepat mungkin. Sedang berlari saya bertembung dengan seorang tua
yang berpakaian putih bersih, berbau harum. Saya telah memberi salam kepadanya
dan dia pun menjawab salam saya.
Saya meminta, “Tolonglah tuan, ular itu sedang
mengejar saya!”
Dia menjawab, “Aku sangat lemah. Dia terlalu kuat.
Aku tidak mampu menolong kamu atau melawannya. Tetapi kamu mesti berlari laju
lagi. Mungkin di hadapan nanti kamu boleh mendapat sesuatu untuk menyelamatkan
diri kamu dari ular itu”.
Di satu tempat saya melihat satu busut dan terus
naik ke atasnya. Saya nampak api neraka yang amat menjulang bahaya. Walaupun
api neraka itu sangat dahsyat, namun kerana dikuasai perasaan takut pada ular
itu saya hampir terjatuh ke dalam jurang api neraka itu.
Ketika itu saya mendengar satu suara yang agak kuat.
“Undur balik. Engkau bukanlah dari kalangan mereka (ahli neraka)”.
Maka saya pun patah balik ke belakang dengan serta
merta. Saya telah menemui orang tua yang berpakaian putih itu sekali lagi. Saya
berkata kepadanya, “Kasihanilah terhadap saya tuan! Sebelum ini pun saya telah
meminta tolong. Tuan tidak membuat apa-apa. Tolonglah sedikit. Ular itu tetap
mengejar saya!.”
Mendengar kata-kata saya itu, orang tua itu menangis
sambil berkata, “Apakah yang aku boleh buat. Kamu melihat aku ini sangat lemah
dan ular itu terlalu kuat. Bagaimana aku boleh melawannya? Akan tetapi, di
hadapan sedikit ada lagi satu bukit di mana ada amanah orang2 Islam. Barangkali
kamu pun ada sesuatu amanah di situ yang akan menjadi asbab keselamatan kamu
dari ular itu”.
Saya pun berlari sehingga sampai di bukit itu. Ular
itu pun turut mengejar saya ke sana. Di bukit yang bulat itu banyak tingkap
yang terbuka. Tirai dari sutera tergantung dengannya. Setiap tingkap ada dua
daun tingkap dari emas, dihiasi dengan permata yaqut & mutiara.
Apabila saya cuba naik ke atas tingkap itu, saya
dengar satu suara malaikat, “Bukalah tingkap dan angkatlah tirai. Keluarlah
kamu sekalian! Mungkin di kalangan kamu ada sesiapa yang merupakan amanah orang
bermusibah ini dan ia boleh menolongnya”.
Dengan serta merta tingkap itu dibuka dan ramai
kanak-kanak seperti bulan purnama keluar dari dalam bukit itu. Tetapi saya
dalam keadaan gelisah kerana ular itu semakin menghampiri saya.
Ketika itu semua kanak-kanak pun menjerit dan
berteriak, “Keluarlah semua cepat-cepat! Ular itu semakin hampir menangkap
orang yang bernasib malang itu!”.
Kanak-kanak seperti tentera demi tentera keluar dari
bukit itu. Kebetulan pandangan saya tertumpu kepada anak perempuan saya yang
telah meninggal dunia pada usia dua tahun. Melihat saya dia mula menangis sambil
berkata, “Demi Allah! Itu adalah ayahku!”
Dengan serta merta dia pun terjun seperti anak panah
dan naik ke atas satu kenderaan nur (cahaya) dan menghulur tangan kirinya
kepada saya. Saya pun dengan pantas memegang tangannya. Kemudian dia menghulurkan
tangan kanannya kepada ular itu yang terlalu hampir kepada saya. Maka ular itu
pun lari ke belakang. Selepas itu dia memberi saya tempat duduk dan dia sendiri
duduk di atas pangkuan saya.
Dia menggerakkan tangannya di atas janggut saya
sambil berkata, “Ayah! Belum sampaikah lagi masanya bagi orang-orang beriman
untuk khusyu’ hati mereka mematuhi peringatan dan pengajaran Allah serta
mematuhi kebenaran (Al-Quran) yang diturunkan kepada mereka?”
Firman Allah سبحانه وتعالى :
وَلَا يَكُونُوا كَالَّذِينَ أُوتُوا الْكِتَابَ مِن قَبْلُ
فَطَالَ عَلَيْهِمُ الْأَمَدُ فَقَسَتْ قُلُوبُهُمْ ۖ وَكَثِيرٌ مِّنْهُمْ فَاسِقُونَ
“Dan janganlah pula mereka menjadi seperti
orang-orang yang telah diberikan kitab sebelum mereka, setelah orang-orang itu
melalui masa yang lanjut maka hati mereka menjadi keras dan banyak di antaranya
orang-orang fasik – derhaka.” (Surah Al-Hadeed: 16).
Mendengar kata-katanya itu saya mula menangis. Saya
bertanya kepadanya, “Wahai anakku! Kamu semua pandaikah membaca Al-Quran?”
Dia menjawab, “Kami lebih pandai membaca Al-Quran
daripada kamu sekalian”.
Saya bertanya, “Anakku, apakah musibah ular itu?”
Dia menjawab, “Itulah amalan ayah yang berdosa. Ayah
telah membekalkan kekuatan yang banyak kepadanya sehingga dia sedaya upaya
membawa ayah ke dalam neraka!”.
Saya bertanya lagi, “Siapakah orang tua yang warak
itu?”
Dia menjawab, “Dia itu amalan baik yang dilakukan
ayah. Tetapi ayah telah membiarkan dia lemah sehingga dia tidak dapat
menghapuskan ular itu. Akan tetapi, dia telah menunjuk ayah akan jalan
keselamatan.”
Saya bertanya lagi, “Anakku, apakah yang kamu buat
di dalam bukit itu?”
Dia menjawab, “Kami semua anak-anak orang Islam.
Kami akan berada di situ sampai kiamat menanti-nanti kedatangan kamu. Apabila
kamu datang, maka kami akan memberi syafaat untuk kamu.”
Berbahagialah mereka yang ada saham di akhirat
melalui kematian anak-anak sebelum usia baligh mereka. Anak mereka itu dapat
menyumbang syafaat kepada ibu bapanya. Selagi masih beriman, walau siapa pun
ibu bapanya, mereka tetap akan dicari oleh si anak untuk memberikan syafaatnya
bagi memasuki syurga.
والله أعلم بالصواب
Wallahu A’lam Bish Shawab
(Hanya Allah Maha Mengetahui apa yang benar)
Rujukan : Fadhilat Sedekah karangan Staikhul Hadith
Hadrat Maulana Muhammad Zakariya R.A.
وَالسَّلاَمْ
ikalan saiz 250
iklan adnow
0 Response to "Bagi mereka yang mungkin pernah Kematian anak Tersayang, tentu bukan hal yang mudah. Tidak ada rasa sedih yang lebih mendalam dari ditinggal oleh sang buah hati. Namun bersabarlah sejenak….Hal ini Kerana, Inilah HADIAH Untuk Orang Tua Yang Kematian Anak Kecil apabila diakhirat Kelak"
Post a Comment