iklan responsive
Sekarang ini terdapat pelbagai jenis barangan kulit
seperti kasut, beg tangan dan sebagainya yang diperbuat daripada kulit babi.
Biasanya barangan daripada kulit babi ini tidak semahal barangan yang diperbuat
dari kulit binatang lain. Barangan kulit babi ini terdapat di mana-mana seperti
di kompleks beli-belah atau barangan bundle yang diimport dari negara-negara
lain seperti China, Filipina, Jepun, Korea mahu pun USA.
Selaku umat Islam, kita sewajarnya lebih peka dan
berhati-hati dalam membeli sesuatu barangan kulit terutama kasut dan beg
tangan. Berikut adalah cara untuk mengenal pasti sesuatu barangan itu diperbuat
daripada kulit babi:
Tengok dan perhatikan betul-betul struktur kulit
yang digunakan. Oleh sebab struktur kulit babi adalah sangat berbeza dengan
kulit binatang lain, maka ia sangat mudah untuk dikenalpasti. Struktur kulit
babi ini amat jelas dan biasanya kita akan mendapati 3 TITIK DALAM SATU
TOMPOKAN TITIK-TITIK membentuk segitiga. Cuba belek dan perhatikan dengan
terperinci, kalau ada 3 titik bertompok-tompok pada kulit tu, maka MEMANG SAH,
itu adalah kulit babi. Jadi, anda seharusnya lebih berhati-hati apabila membeli
barangan kulit terutama kasut dan beg tangan. Walaupun harganya mungkin lebih
murah dari barangan kulit lain, tapi janganlah sekali-kali tertipu. 3 titik tompokan
itu adalah seperti gambar di atas adalah petandanya.
Harga barangan kulit babi ini biasanya lebih murah
berbanding dengan barangan dibuat daripada kulit binatang lain.
Biasanya kulit babi ini digunakan pada lapisan dalam
sesuatu produk. Contohnya kalau kasut, kulit babi biasanya diletakkan pada
bahagian dalam kasut tersebut sebab struktur kulit babi ini agak lembut.
Kulit babi ini paling banyak digunakan dalam
pembuatan kasut untuk kanak-kanak perempuan dan kasut perempuan dewasa pun
banyak juga. Lagi satu, kulit babi juga banyak digunakan untuk membuat sandal
untuk lelaki.
Bagaimana dengan anda? Adakah pernah anda terbeli
barangan buatan daripada kulit babi ini seperti kasut, beg tangan, tali
pinggang dan seumpamanya? Diharap kita lebih berhati-hati di masa akan datang.
InsyaAllah, dengan izinnya, semoga kita sentiasa dilindungiNya
share semoga semua orang tahu
ikalan saiz 250

iklan adnow
0 Response to "Cara Kenali Barangan diPerbuat Daripada Kulit Babi"
Post a Comment