iklan responsive
Iblis laknatullah membisikkan kepada para wanita
bahawa apa jua pakaian termasuk hijab tidak ada kaitannya dengan agama,
sebaliknya ia hanya sekadar pakaian atau gaya hiasan. Apabila seorang wanita
masih bertahan dengan prinsip hijabnya, maka syaitan beralih dengan strategi
yang lebih halus.
Bagaimanakah caranya?
Membuka Bahagian Tangan
Kebiasaannya telapak tangan sudah terbuka, maka
syaitan membisikkan kepada para wanita agar ada sedikit peningkatan fesyen,
iaitu membuka bahagia hasta (siku hingga telapak tangan).
“Ah!Tidak apa-apa, kan masih pakai tudung dan pakai
baju panjang.”Begitu bisikan syaitan. Akhirnya si wanita menampakkan tangannya
dan ternyata para lelaki melihatnya juga seperti biasa.
Maka syaitan berbisik, “Hah,tak apa-apa kan?”
Membuka Leher dan Dada
Setelah menampakkan tangan menjadi kebiasaan, maka
datanglah syaitan untuk membisikkan perkara baru lagi. “Kini buka tangan sudah
menjadi lumrah, maka perlu ada peningkatan fesyen yang lebih maju lagi, iaitu
terbuka bahagian atas dada kamu, tetapi jangan sebut sebagai pakaian terbuka,
hanya sedikit untuk mendapatkan hawa agar tidak panas. Cubalah! Orang pasti
tidak akan peduli kerana sebahagian sahaja yang terbuka.”
Maka dipakailah pakaian fesyen terbaru yang terbuka
bahagian leher dan dadanya dari fesyen setengah lingkaran hingga fesyen
berbentuk “V”.
Berpakaian tapi Telanjang
Syaitan berbisik lagi, “Pakaianmu hanya
begitu-begitu saja, cubalah fesyen yang lebih bagus! Banyak kain yang agak
tipis, lalu bentuknya dibuat agak ketat biar lebih indah dan cantik dipandang.”
Maka tergodalah si wanita. “Mungkin tidak ada
masalah, kan potongan pakaiannya masih panjang, hanya bahan dan fesyennya
sahaja yang berbeza, agar nampak lebih feminin,” begitu syaitan menokok-nambah.
Maka, jadilah mereka wanita yang disebut oleh Nabi
s.a.w sebagai kasiyat ‘ariyat (berpakaian tapi telanjang).
Agak Terbuka Sedikit
Setelah para muslimah mengenakan pakaian yang ketat,
maka syaitan datang lagi. “Pakaian seperti ini membuat susah berjalan atau
duduk, kerana sempit, kan lebih baik dibelah hingga lutut atau mendekati peha?
Dengan itu kamu lebih selesa.”
Lalu dicubalah idea baru itu, dan memang benar
dengan dibelah mulai dari bahaian bawah hingga lutut atau mendekati peha
ternyata lebih selesa dan mudah untuk duduk atau menaiki kenderaan.
Tudung Semakin Kecil
Kini syaitan melangkah dengan tipu daya lain yang
lebih “power”. Tujuannya adalah agar
para wanita menampakkan bahagian auratnya. “Oh, ada yang terlupa! Kalau kamu
pakai baju sedemikian, maka tudung yang besar tidak sepadan lagi. Sekarang kamu
cari tudung yang lebih kecil agar serasi dan sepadan. Orang tetap akan
menamakannya tudung.”
Terdedah
Si wanita ternyata selesa dengan fesyen baru yang
dipakainya seharian. Syaitan datang memberi idea lagi. “Rambutmu sangat cantik.
Bukankah lebih selesa jika tudungmu dilepaskan. Kamu bebas mencuba fesyen
rambut yang pelbagai. Malah, kamu boleh mewarnakan mengikut warna yang kamu
suka supaya kelihatan lebih menawan.”
Maka, sekali lagi syaitan berjaya mempengaruhi si
wanita supaya mendedahkan rambutnya.
Membuka Seluruh
Syaitan kembali berbisik, “Kalau langkah kakimu
masih kurang selesa, maka cubalah kamu cari fesyen yang lebih menarik. Bukankah
kini banyak skirt separuh betis dijual di pasaran? Tidak usah terlalu terdedah,
hanya kira-kira 10 sentimeter sahaja. Nanti kalau kamu sudah biasa, baru cari
fesyen yang di atas paras lutut”
Benar-benar bisikan syaitan telah menjadi penasihat
peribadinya. Maka terbiasalah dia memakai pakaian terdedah. Terkadang si wanita
berfikir, apakah ini tidak bersalahan dengan agama?
Namun bisikan syaitan menyahut, “Ah, jelas tidak
bersalahan. Kan sekarang zaman sudah semakin moden. Kamu hanya mengikut arus
fesyen masa kini.”
“Tetapi, apakah ini tidak menjadi fitnah bagi kaum
lelaki?” hati si wanita curiga.
“Fitnah? Ah, kalau kaum lelaki melihat bahagian
tubuh wanita yang terbuka, malah senang dan mengatakan ooh atau wow, bukankah
ini bererti sudah tidak ada fitnah lagi, kerana sama-sama suka?” syaitan
menghasut.
Begitulah sesuatu yang seakan-akan mustahil untuk
dilakukan.
Namun syaitan tidak pernah berhenti membisikkan
hasutan-hasutan jahat sehingga ke saat kematian seorang anak Adam itu.
Hingga pada suatu ketika nanti akan muncul idea
untuk mandi di kolam renang atau di pantai secara terbuka, di mana hanya dua
bahagian sahaja yang ditutupi iaitu kemaluan dan buah dada!!!
Ingatlah, syaitan laknatullah hanya pandai
menjanjikan kita dengan janji-janji palsu yang halus dan memikat, janji untuk
keseronokan dunia, tetapi sebenarnya janji itu palsu dan racun yang mematikan!
Nauzubillah…
*Peringatan Buat Wanita…
ikalan saiz 250

iklan adnow
0 Response to "INILAH JANJI DAN SUMPAH IBLIS TERHADAP WANITA YANG PERLU ANDA TAHU!… BACA DAN KONGSIKAN"
Post a Comment