iklan responsive
Setiap pasangan yang berkahwin pastinya menginginkan
sebuah hubungan yang bahagia dan kekal sehingga akhir hayat. Kadangkala
kelakuan anda bakal membuatkan pasangan bosan dan rimas sehinggakan rasa sayang
itu semakin berkurangan.
Rasa cinta itu boleh dipupuk sekiranya pasangan
saling memahami dan berkomunikasi dengan baik. Seorang isteri juga mempunyai
peranan penting agar rumah tangga yang dibina kekal utuh dan berpanjangan.
Pastinya anda ingin disayangi oleh suami hari demi hari.
Percayalah jika isteri lakukan tujuh perkara ini
pasti cinta dan kasih sayang suami akan terus melekat seperti magnet. Kenapa
nak tunggu, ayuh lakukan sekarang!
1. BELAJAR MENDENGAR
Satu sifat wanita yang memang tidak digemari lelaki
adalah kuat membebel. Cuba belajar mendengar dan kurangkan bebelan anda. Lelaki
jarang mahu berkongsi masalah mereka dengan sesiapa. Tapi sekiranya suami tiba-tiba
mahu berbicara secara serius, berilah perhatian kepadanya. Ada masanya komen
isteri tidak diperlukan pada ketika itu kerana suami sekadar mahu meluahkan
bebanan yang ada di dadanya. ‘Telinga’ yang isteri berikan itu sudah cukup
membuatkan suami rasa sedikit lega.
2. BERI SUAMI MASA UNTUK BERSENDIRI
Kadangkala apabila seseorang lelaki itu mempunyai
masalah atau tertekan dengan sesuatu, apa yang dimahukan adalah ketenangan
untuk dia bersendirian. Berikan suami ruang dan jangan menekannya dengan lebih
banyak soalan kerana ini akan membuatkan fikiran suami lebih berserabut.
Sekiranya dia mahu bercerita kepada anda, dia akan lakukannya setelah dia
bersedia. Wanita yang faham dengan situasi pasangannya dan bertindak dengan
wajar adalah wanita yang disenangi dan disayangi.
3. TUNJUKKAN CINTA DENGAN PERBUATAN
Kadangkala, perkataan sahaja tidak cukup untuk
menyatakan cinta. Walaupun sudah berkahwin, sentiasalah menyemarakkan kasih
sayang dan cinta anda berdua. Sudah berkahwin bukan alasan untuk anda tidak perlu
melontarkan rasa cinta terhadap pasangan. Sesekali buat kejutan untuk suami
dengan menghantar makanan kegemaran suami di tempat kerjanya. Buat suami rasa
bangga dan cemburu pada orang sekeliling dengan cara anda melayannya. Ataupun
mungkin anda menempah makan malam romantik walaupun bukan pada hari istimewa
untuk anda berdua nikmati masa bersama.
4. MANJAKAN SUAMI
Sudah menjadi sifat seorang lelaki menyukai wanita
yang pandai memanjakan mereka. Memanjakan suami merupakan tugas isteri. Beri
urutan lembut di bahu ketika suami pulang bekerja ataupun urut kakinya ketika
suami hendak tidur. Pasti layanan manja yang isteri berikan ini akan membuatkan
suami bertambah sayang kepada anda.
5. JAGA PENAMPILAN DAN TINGKAH LAKU
Jaga penampilan dan tingkah laku anda di hadapan
suami. Suami amat suka melihat isterinya sentiasa tampak bergaya dan menawan
bukan hanya ketika keluar rumah, malah di rumah juga. Walaupun usia isteri
semakin meningkat, bukan alasan untuk isteri tidak boleh bercantik untuk
suaminya. Usahalah menjaga penampilan diri agar suami tidak jemu-jemu memandang
dan memuji anda.
Selain penampilan, tingkah laku anda di luar juga
harus ada batasnya. Ingat bahawa anda sudah bersuami dan merupakan isteri
orang. Apa pun yang anda lakukan di luar akan membawa nama suami. Tingkah laku
anda sama ada baik atau buruk boleh memberi kesan kepada nama baik dan maruah
suami.
6. SETIA DAN TAAT
Bersikap setia dan sentiasa taat pada suami
terutamanya ketika suami dilanda musibah yang menimpa dirinya. Sentiasalah
memberi semangat kepada suami walau apa juga keadaan senang mahupun susah yang
menimpa. Jatuh bangun seseorang suami itu kerana adanya seorang wanita di
belakangnya.
7. SENTIASA BERSYUKUR
Bersyukurlah dengan apa yang telah diberikan oleh
suami terhadap anda dan keluarga. Sentiasa ucap terima kasih kepada suami agar
dia rasa dihargai dan dicintai oleh anda. Dengan cara ini, suami akan lebih
mencintai anda sepenuhnya. Jangan sesekali menunjukkan rasa kecewa kepada suami
kerana ini boleh membuatkan suami bersedih.
ikalan saiz 250
iklan adnow
0 Response to "Cinta Suami Akan Terus Melekat Seperti Magnet Jika Isteri Buat 7 Perkara Ini"
Post a Comment