iklan responsive
Pernah diceritakan kisah seorang lelaki yang
bertaqwa, menjaga solatnya, berpuasa dan menjaga ibadahnya kepada Allah Taala.
Isterinya juga seorang yang bertaqwa.
Suatu hari, apabila dia pulang ke rumah dia melihat
air muka isterinya berubah dan menjadi kemerah-merahan.
Dia sangat terkejut dengan keadaan tersebut. Lalu,
si suami bertanya kepada isterinya perkara yang telah berlaku, tetapi isterinya
enggan menceritakannya.
Apabila dia berterusan meminta isterinya
menceritakan apa yang berlaku, isterinya bertanya : “ Adakah kamu mengenali
pengisi air itu? ”
Pengisi air yang dimaksudkan adalah seorang lelaki
yang mengisikan air ke dalam tempayan untuk diminum oleh tuan rumah.
Suaminya menjawab : “ Ya ”
Isterinya meneruskan kata-katanya : “ Berapa lamakah
dia telah berkhidmat dengan kita? ”
Suaminya menjawab “ Lebih dari 30 tahun ”
Isterinya bertanya lagi : “ Adakah kamu mengetahui
kejahatan atau keburukan pada dirinya? ”
Jawab suaminya : “ Tidak ”
Isterinya pun berkata : “ Hari ini dia telah
melakukan satu perbuatan yang buruk ”
Lelaki itu bertanya : “ Apakah yang telah dia
lakukan? ”
Isterinya pun menjawab : “ Ketika dia datang untuk
mengisi air ke dalam tempayan di dalam rumah kita seperti kebiasaannya, aku pun
membuka tempayan tersebut. Apabila aku menutup kembali tudung tempayan
tersebut, tiba-tiba dia pun memegang tanganku dan menggengam pergelangan
tanganku kuat sedikit ”
Apabila suami itu mendengar cerita tersebut, dia
menangis sepuas hatinya.
Kemudian, suaminya bangun solat taubat sebanyak dua
rakaat meminta pengampunan dengan Tuhannya.
Si isteri bertanya : “ Mengapa dengan kamu? Mengapa
kamu tidak pergi kepadanya dan menghukumnya?”
Si suami menjawab : “ Tidak, apa yang berlaku
berpunca daripada diriku sendiri ”
Perhatikan maksud kata-kata ini ; “ Apa yang berlaku
berpunca daripada diriku sendiri ”
Isteri bertanya : “ Bagaimana begitu ”
Jawab lelaki tersebut: “ Telah datang kepadaku
seorang wanita hari ini, dia meminta aku membaiki gelang tangannya yang
diperbuat daripada emas.
Ketika dia masukkan gelang tersebut ke tangannya
untuk ditunjukkan kepadaku untuk menunjukkan saiznya, aku tidak menundukkan
pandanganku.
Aku melihat tangannya melebihi had yang sepatutnya.
Nafsu menguasai diriku dan aku meletakkan tanganku
pada gelangnya dan menggengam sedikit tangannya seperti lelaki tersebut
menggengam tanganmu ”
Ketika mereka tidur, datanglah seorang dalam mimpi
si suami lalu dia berkata: “ Gengaman dibalas gengaman. Sekiranya kamu
melakukan lebih daripada itu kepada perempuan tersebut, lelaki itu juga akan
melakukan lebih dari itu kepada isterimu ”
MORAL OF THE STORY…
✔
Tundukkan pandangan dari melihat perkara yang diharamkan oleh ALLAH Ta’ala.
✔
ALLAH Ta’ala akan membalas segala perkara buruk yang kita lakukan.
✔
Sebagaimana kita tidak suka orang yang kita sayangi disakiti, kita juga perlu
menjaga diri dari menyakiti orang lain.
✔
Bersegeralah memohon keampunan dari ALLAH Ta’ala apabila melakukan dosa dengan
sebenar-benar taubat dan berazamlah untuk tidak mengulanginya lagi.
✔
Mohonlah perlindungan dari ALLAH Ta’ala supaya tidak terjebak dalam perkara
yang dimurkaiNya.
✔
Berusahalah menjadi hambaNya yang mentaati suruhanNYA dan meninggalkan maksiat
kepadaNya.
✔
Basahkan lidah dengan istighfar. Dalam masa yang sama, hiasi diri dengan amalan
ketaatan dan meninggalkan maksiat sebagai tanda benarnya istighfar yang
diucapkan.
✔
Banyakkan muhasabah setiap amalan yang kita lakukan dalam kehidupan seharian.
Firman ALLAH yang bermaksud :
“ Dan bersegeralah memohon keampunan dari Tuhanmu
dan syurga yang luasnya seluas langit dan bumi. Dijanjikan kepada orang yang
bertaqwa. (Iaitu) orang yang membelanjakan (hartanya) di waktu senang dan
susah, orang yang menahan perasaan marahnya dan mengampuni kesalahan manusia.
Dan Allah Taala itu suka kepada orang yang berbuat kebaikan. Dan orang yang
apabila melakukan perbuatan yang keji atau menzalimi dirinya, lalu mereka
mengingati Allah, mereka terus memohon keampunan dari Allah atas dosa yang
mereka lakukan dan mereka tidak meneruskan perbuatan kejinya itu sedang mereka
mengetahuinya. Mereka itu balasannya adalah keampunan dari Tuhannya serta
syurga yang mengalir di dalamnya sungai-sungai. Mereka kekal di dalamnya.
Sebaik-baik pahala bagi orang yang beramal ” -Ali-‘Imran : 133-136 Kisah ini
telah diceritakan oleh Al Habib Ali Al Jifri ( keturunan Rasulullah SAW )
Sebarkanlah Ilmu Walaupun Sebesar Zarah..
Semoga bermanfaat. Sila Like & Share!
ikalan saiz 250

iklan adnow
0 Response to "Dosa Suami, kesan kepada Isteri jua.. Nauzubillah.."
Post a Comment