iklan responsive
“Benarkah Roh Keluar daripada Jasad Ketika Anda
Tidur ?”
Satu soalan ringkas yang belum tentu mampu berjawab
dengan lengkap dan tepat. Tetapi dengan sedikit percubaan dan kajian tentang topik
ini, jadi saya kongsikan setakat mampu.
Semuanya berbalik pada Al-Quran dan Hadis yang mampu
menjelaskan segalanya dengan lebih tepat. InsyaAllah sama-sama manfaatkannya.
Sedikit pesanan awal, kita sendiri diingatkan supaya tidak mengkaji terlalu
mendalam tentang kewujudan roh kerana boleh menyebabkan rosaknya akidah
seseorang yang juga mengakibatkan terpesong jauh daripada agama Islam.
kita tidak boleh membayangkannya kerana sudah
terbukti roh tidak boleh tercapai melalui penguasaan akal manusia. Semuanya
hanya Allah yang Maha Mengetahui atas tiap sesuatu.
Perkongsian ini adalah sekadar untuk ilmu dan
pengetahuan kita bersama agar kita kagum dengan keindahan Islam sebenarnya.
Berbalik pada topik yang dibincangkan, sebenarnya
Istilah “roh keluar daripada jasad” wujud dan benar. Namun ianya harus
dihuraikan secara teliti untuk mengelakkan berlaku kekecelaruan dalam fahaman
agama.
Roh keluar dalam dua keadaan iaitu keluar secara
sepenuhnya atau keluar secara keseluruhan 100% daripada tubuh. Dalam keadaan
ini, roh yang keluar daripada tubuh sepenuhnya akan menyebabkan jasad menjadi
kaku dan tidak bernyawa.
Dalam istilah lain, seseorang itu meninggal dunia
apabila roh meninggalkan jasad secara keseluruhannya.
Tetapi berbeza pula dengan peristiwa di mana, roh
meninggalkan jasad secara tidak menyeluruh. Sebenarnya roh dan jasad terikat,
apabila seseorang itu tidur, roh dan jasad tidak berpisah seluruhnya tetapi
berpanjangan dihidungnya.
Ibn Mandah menjelaskan”Apabila roh keluar ketika
tidur, ia berkelana mengikut kemahuan Allah SWT ke segala pelusuk negeri yang
berpanjangan dari hidungnya.”Ini membuktikan bahawa roh dan jasad tetap terikat
ketika waktu tidur, tetapi hanya roh bergerak ke merata tempat secara tidak
mutlak.
Maksudnya roh tetap keluar dari jasad. Cuma
berkelana atau dengan kata lain keluar secara tidak penuh.
Hadis lain pula ada diriwayatkan oleh Al-Baihaqi
daripada Abdullah bin Amru bin al-‘As, katanya, “Roh dinaikkan ke langit semasa
tidurnya dan disuruh sujud di Arash. Maka sesiapa yang bersuci maka dia sujud
dekat Arash, dan sesiapa yang tidak bersuci maka dia sujud jauh dari Arash.
”Hadis ini turut menjelaskan bahawa roh keluar dari
jasad ketika tidur. Saya tidak yakin untuk mengulas jauh tentang hadis ini
kerana saya sendiri belajar dari sumber-sumber lain seperti buku. Saya letakkan
hadis ini adalah sebagai salah satu bukti yang menyatakan bahawa roh keluar
dari tubuh ketika tidur.
Pendapat lain daripada Syeikh Izzudin Ibn Abdul
Salam katanya, “Allah melakukan mengikut kebiasaannya kepada roh orang yang
masih hidup iaitu apabila ia keluar daripada jasad maka orang itu tidur. Pada
ketika itu roh akan melihat apa yang dilihat semasa tidur.
Jika roh itu naik sampai ke tujuh petala langit maka
apa yang dilihat itu adalah benar kerana tiada jalan bagi syaitan untuk sampat
kelangit. Tetapi jika apa yang dilihat oleh roh itu tidak sampai ke langit,
maka ia adalah penglihatan yang dicampakkan oleh syaitan.
Apabila roh itu kembali kepada jasadnya maka
terjagalah tuannya daripada tidur.
“Pendapat Syeikh Izzudin ini sebenarnya ingin
ditulis dalam sebuah artikel yang mebincangkan topik tentang mimpi, tetapi saya
ambil dan masukkan pendapat ini kerana beliau ada menyebut tentang keluarnya
roh daripada jasad ketika tidur.
Kemana hala tuju roh apabila keluar daripada jasad
adalah berbalik pada rujukan melalui Al-Quran sendiri.Melalui artikel yang
sama, Al-Syeikh Al-Suhaimi pula katanya, “Roh orang hidup itu memberitahu
kepada hati akan apa yang dilihatnya.
”Hal ini, menjelaskan bahawa, roh orang yang hidup
yang keluar daripada jasad ketika orang itu tidur mampu berinteraksi dengan
hati untuk memberitahu apa yang dilihatnya.
Maksudnya dengan lebih jelas, segala peristiwa yang
berlaku setelah roh seseorang keluar apabila jasad orang itu tidur adalah
sebenarnya apa yang kita mimpi.
Sebab itulah ada pendapat lain yang menyatakan,
sebelum seseorang itu tidur, beritahu hati kita apa yang kita hendak lakukan
serta inginkan agar kita memperoleh mimpi yang baik dan benar InsyaAllah dan
apa yang penting, tidurlah dalam keadaan berwhuduk.
Apa yang saya sebutkan tadi dijelaskan oleh Syeikh
Khalil Ibn Syahin dalam kitabnya berjudul Al-Isyarat Fi Ilm Al-Ibarat katanya,
“Barang siapa yang mahu mendapat mimpi yang benar, hendaklah dinyatakan apa
yang tersimpan dalam hatinya, kemudian tidurlah dalam keadaan berwuduk di atas
lambung kanannya dan menyebut nama Allah, dan membaca doa dan mengharapkan
mimpi yang benar.”
Namun begitu, kita diingatkan bahawa apabila kita
tidur (mati sementara), roh akan keluar dari jasad. Ketika itu, syaitan
berpusu-pusu menyambut roh tersebut. Maka terjadilah mimpi mengikut rekaan
syaitan.
Jika pun mimpi tersebut benar, hanyalah mainan
syaitan untuk memporak-porandakan kehidupan manusia.
Dan ingatlah pesanan Rasulullah saw yang ada
berpesan. Dari Abu Qatadah r.a. katanya beliau mendengar Rasullullah bersabda :
“Mimpi yang baik datang dari Allah dan mimpi yang buruk dari syaitan. Maka bila
kamu bermimpi buruk, meludahlah ke kiri 3 kali, kemudian berlindunglah kepada
Allah dari bahaya kejahatannya, nescaya dia tidak membahayakan.
”Jangan keliru dengan topik ini sebab Asyraf ada
masukkan sedikit perbincangan tentang mimpi, ia sebenarnya sekadar bahan kukuh
untuk memberitahu kita bahawa roh keluar dari jasad ketika tidur dan sebab itu
terjadinya mimpi.
Ada juga yang memberitahu sebenarnya mimpi itu
adalah pembalikan cahaya ketika kita tidur.
Tetapi Asyraf kurang yakin dengan pendapat itu
kerana banyak hadis dan ayat Al-Quran yang menjelaskan bahawa roh akan keluar
meninggalkan jasad tetapi tidaklah roh itu melayang sesuka hati kerana terikat
dengan jasadnya.
Dan firman Allah swt :”Allah memegang jiwa (orang)
ketika matinya dan memegang jiwa orang yang belum mati di waktu tidurnya; maka
Dia tahanlah jiwa orang yang telah Dia tetapkan kematiannya dan Dia melepaskan
jiwa yang lain sampai waktu yang ditentukan.
Sesungguhnya pada yang demikian itu terdapat
tanda-tanda kekuasaan Allah bagi kaum yang berfikir”. (Az Zumar ayat 42)Jika
pembaca, meneliti terjemahan pada sebutan terakhir dalam ayat ini,
“Sesungguhnya pada yang demikian itu terdapat tanda-tanda kekuasaan Allah bagi
kaum yang berfikir.”
Ianya menjelaskan kepada kita, sudah jelas
menyatakan hamba Allah yang mahu berfikir akan dapat melihat tanda-tanda
kekuasaan Allah dan sesungguhnya kita berfikir semampu pencapaian akal kita
jangan melebih-lebih.
Sekarang anda faham dan mungkin sama pendapat dengan
saya tentang kejadian roh keluar daripada jasad ketika tidur ? Kalau faham
sekarang Asyraf teruskan perbincangan tentang kejadian ini dengan lebih luas
dan InsyaAllah menarik minat para pembaca kerana perkara yang berlaku pada kita
secara kita tidak sedar itu adalah sebenarnya bukti kekuasaan Allah swt.
Apa itu Astral Projection atau Out of body
experience ?(Wah tetiba je kan istilah sains pulak Asyraf keluarkan,
HAHA)Sebenarnya kali ini Asyraf nak simpulkan apa yang Asyraf bincangkan kat
atas tadi dengan lebih jelas dan padat InsyaAllah.
Rakan-rakan pembaca ada yang masih belum yakin
bahawa roh akan keluar dari badan kita semasa tidur atau ada yang mungkin ingin
tahu lebih lagi ?. Sini Asyraf beritahu semula bahawa roh kita akan keluar
daripada badan untuk menunaikan atau memenuhi sesuatu kehendak kita .
Apabila kita tidur dengan lena roh kita akan keluar
dari badan dan mencari penyelasaian untuk masalah kita atau mencari sesuatu
yang kita inginkan.
Proses inilah yang digelar dalam istilah sains
“Astral projection”atau ” Out of body experience “. Ianya proses yang sama
seperti yang Asyraf nyatakan melalui beberapa hadis dan Ayat suci Al-Quran kat
atas tadi.
Saya yakin sangat kebanyakan daripada kita pasti ada
pengalaman sebegini, pengalaman pertama yang saya ingin kongsikan ialah, semasa
tidur kita bermimpi atau terasa seperti jatuh dari tempat yang tinggi atau
jatuh dari katil, lalu bangun dari tidur kerana tersentak dengan mimpi tadi.
Ada yang jantung berdegup begitu kencang apabila
bangun. Situasi ini sering berlaku apabila badan kita mula sedar sebelum roh
kita kembali, apabila roh kita masuk kembali kedalam badan semasa badan kita
mula sedar kita akan mengalami mimpi atau pengalaman sebegini.
Pengalaman kedua pula, apabila kita bertemu dengan
seseorang atau apabila kita kunjungi sesuatu tempat , kita terasa seperti
pernah bertemu dengan orang tersebut atau pernah kita kunjungi tempat tersebut
sebelum ini. Kita rasa seolah-olah melakukan benda sama berulang kali.
Sama juga kadang-kadang apabila kita lakukan sesuatu
, kita terasa seperti kita pernah melakukan benda yang sama sebelum ini.
Tetapi kita tidak ingat bila peristiwa yang
sebelumnya itu berlaku dan kita tertanya-tanya bila kita bertemu dengan mereka
? Bila kita kunjungi tempat tersebut ? dan Bila kita lakukan perkara tersebut
?.
Sebenarnya kita lakukan , kita kunjungi dan kita
bertemu dengan mereka semasa roh kita keluar dari badan sewaktu kita lena
tidur.Dalam isu lain pula, pernahkah anda terasa sangat susah untuk kejutkan
seseorang yang sedang tidur supaya bangun dari tidur nyenyaknya ?
Ini kerana roh orang tersebut berada ditempat yang
sangat jauh. Jadi kita sebenarnya dinasihatkan menjaga adab ketika mengejutkan
seseorang supaya bangun dari tidur. Kenapa saya bercakap sedemikian adalah
kerana, apabila kita menjerit-jerit dan memekik dengan terlalu kuat untuk
mengejutkan seseorang,
roh yang berada di tempat yang sangat jauh terpaksa
kembali dengan pantas bersama jasad. Silap anda jika roh tersebut tidak sempat
kembali pada jasad pada waktunya. Apa yang akan berlaku pada rakan anda tadi ?
Dan pernahkah anda terasa sangat penat
selepas bangun ? Ini kerana roh anda telah melakukan banyak perkara semasa
keluar dari badan.
Sebab itulah kita dinasihatkan tidur secukupnya
supaya badan mendapat rehat yang cukup dan roh makin kuat. Alunan zikir dan
bacaan Al-Quran mampu menguatkan roh sesorang. Ianya seolah-olah vitamin
tambahan untuk roh.
Ada juga peristiwa dimana, kadang-kandang kita boleh
terpandang rupa atau bayang-bayang seseorang yang berada ditempat yang jauh.
Kadang-kadang kita boleh dengan suara seseorang yang berada ditempat yang jauh.
Kadang-kadang kita akan terlihat rupa seseorang,
rupa kanak-kanak atau terdengar suara pada waktu malam atau awal pagi,
rupa-rupa tersebut biasanya akan dikaitkan dengan makluk halus tetapi itu
adalah aktiviti roh yang telah keluar dari badannya
. Namun diingatkan ada juga yang kita lihat secara
tidak sengaja itu adalah permainan jin yang sekadar menyesatkan
manusia.Biasanya kita akan dengar suara dan lihat bayangan orang yang sangat
menyangi kita.
Oleh kerana mereka terlalu sayangi kita , roh mereka
akan keluar dari badan semasa mereka tidur dan akan mengunjungi kita. Sama juga
dengan roh kita juga akan keluar dari badan ini dan mengunjungi orang-orang
yang sangat kita sayangi.
Biasanya Roh kita akan keluar dari badan untuk
mencapai beberapa perkara iaitu :
1. Untuk berjumpa dengan roh atau orang lain
2. Untuk berjumpa dengan orang yang kita sayangi
3. Untuk mencari pertolongan atau jawapan
4. Untuk mencari penyelesaian bagi masalah-masalah
yang sedang kita hadapi
5. Untuk mencari jalan bagi mendapatkan sesuatu yang
diingini
6. Menuju ketempat yang telah kita lalui pada hari
tersebut
7. Menuju ketempat yang akan kita lalui pada hari
berikutnya
8. Untuk menyelesaikan sesuatu yang kita runsingkan
9. Untuk kunjungi alam rohBiasanya apa yang di lihat
oleh roh kita akan dianggap mimpi oleh diri kita.
Sesuatu yang dilihat oleh roh kita tidak semestinya
sama dengan alam nyata ini. Alam ghaib sangat berbeza dengan dunia ini. Roh
kita mungkin akan melihat sesuatu yang tidak dapat diterima oleh akal kita .
Lebih kurang 5 % daripada mimpi kita ialah peristiwa
benar yang sedang dilihat oleh roh kita , sama ada dialam roh atau
ditempat-tempat lain .
Kadang-kadang ada juga orang yang akan melihat diri
mereka sendiri yang sedang tidur . Ini berlaku apabila roh mereka yang telah
keluar dari badan , sedang memperhatikan badannya sendiri.
Hebatnya Islam ! Tetapi semuanya berbalik pada
kekuasaan akal fikiran, jangan sesekali kita membayangkan bagaimana rupa roh
kerana itu boleh menyesatkan.
Hanya Allah yang mengetahui segalanya. Solat dan
ibadat-ibadat lain seperti membaca Al-Quran mampu menguatkan roh yang ada dalam
badan kita. Bagaimana mahu kuatkan Roh ?Roh manusia merupakan perkara yang
paling rumit untuk difahami sepanjang sejarah hidup manusia.
Ia wujud, tetapi tidak dapat dipastikan di mana
letak duduknya dalam badan. Ia terlalu penting dalam hidup manusia, di mana
kehilangannya bererti ‘mati’ dan tamatlah riwayat hidup di dunia ini dan
bermulalah kehidupan di alam lain iaitu alam barzakh dan alam akhirat.
Roh manusia memerlukan makanan yang khusus iaitu
IBADAT dan amalan spiritual seperti meditasi dan bertapa.
Ketahanan diri seseorang berkait rapat dengan
kekuatan rohnya. Roh yang lemah akan menjadikan seseorang itu mudah alahan dan berundur.
Sebaliknya roh yang kuat akan menjadikan seseorang
itu tegar dan tahan uji, sentiasa bersemangat dan bertenaga. Roh yang lemah
akan menjadikan sesorang itu keletihan selepas bermimpi yang mengerikan,
sebaliknya roh yang kuat akan sentiasa menjadikan tuannya segar dan tidak
kelesuan.
Semasa tidur, roh seseorang akan keluar daripada
badan tetapi masih bersambung dengan arus tertentu sehingga tubuh itu diganggu
lalu menarik perhatian roh untuk kembali semula ke dalam badan.
Kalau roh itu keluar tanpa bersambung dengan badan,
berlakulah kematian!Roh yang keluar secara menyeluruh tidak akan kembali lagi
ke badan sesiapa pun termasuklah badan tuannya yang asal.
Roh manusia tidak boleh memasuki badan orang lain,
samada semasa hayat seseorang atau selepas matinya.
Jadi saya nasihatkan jangan percaya pada
cerita-cerita bomoh atau dukun yang memberitahu yang mereka hebat dan
berkebolehan. Sudah dijelaskan dalam Al-Quran Roh manusia tidak sama dengan roh
jin dan malaikat.
Jin dan malaikat merupakan jisim halus yang tidak
memerlukan tubuh kasar. Manakala roh manusia memerlukan tubuh kasar untuk
berfungsi menjalankan kehidupan di alam dunia.
Apabila terpisah daripada badan manusia, roh itu
akan hidup di alam lain yang bukan lagi alam dunia ini meskipun dunia ini masih
ada dan belum kiamat.
Apabila seseorang itu membaca Al-Qur’an, atau solat
dengan memenuhi syarat dan rukunnya serta hadir hati, atau berzikir, atau
semasa khusyu’ belajar, atau ringkasnya
dalam keadaan pasrah serta taat kepada Allah maka rohnya akan meningkat
tinggi dan semakin kuat ketahanannya.
Begitu pula sebalik itu, atau semasa dalam
menderhakai Allah, rohnya semakin lemah dan tidak ada ketahanan
diri.Kepercayaan Hindu bahawa roh manusia yang baik akan menjadi burung merak
dan seumpamanya adalah kepercayaan karut.
Roh manusia mungkin kembali ke alam dunia ini, namun
ia tidak akan memasuki mana-mana jasad samada manusia mahu pun haiwan. Manakala
dakwaan mampu memanggil roh untuk hadir kepada si pemanggil, ianya hanyalah
satu penipuan besar untuk menakut-nakutkan manusia.
Sebenarnya yang hadir itu ialah jin-jin yang dipuja
dan diseru, lalu menceritakan pelbagai perkara yang luar biasa dan mengkagumkan
manusia. Walhal semua itu hanyalah satu proses menggugat kepercayaan kepada
Allah dan alam ghaib yang luhur
.Seseorang yang hampir kepada Allah adakalanya
diperlihatkan melalui rohnya perkara-perkara yang luar biasa, perkara yang
tertutup kepada kebanyakan orang biasa, perkara yang belum terjadi (namun tidak
berlaku dengan ada tanda-tanda yang pasti), dan perkara-perkara di alam
barzakh.
Begitulah ‘karamah/ keramat’ yang berlaku bagi
kekasih-kekasih/ wali Allah.Semasa akhir hayat manusia, rohnya akan dicabut
oleh Malaikat Maut melalui ubun-ubunnya yang menyebabkan matanya turut
membeliak (membelalak/ terbuka luas) ke atas semasa roh keluar tersebut.
Begitulah roh, perlu disegarkan dengan ketundukan
dan kepatuhan kepada Allah, dan boleh lemah oleh dosa dan kederhakaan
kepadaNya. Nauzubillah.Akhir kata, perkongsian ilmu saya dalam entri kali ini
hanyalah sekadar perkongsian biasa.
Semua yang tepat adalah berbalik pada Al-Quran dan
Hadis. Sama-sama kongsikan entri ini di facebook atau twitter rakan pembaca.
InsyaAllah semoga Allah memberkati kita semua.
Rujukan :
1. http://rahsiaalam.com
2. http://islamdaniman.blogspot.com
3. http://diamdotcom.blogspot.com
4. http://halaqah.net
5. Don’t Be Sad (Jangan Bersedih)
6. Kesempurnaan Solat
7.asyrafkhalib.blogspot.my
Kredit : suaramedia.org
ikalan saiz 250

iklan adnow
0 Response to "Subhanallah!! Tak Sangka Inilah Tempat Yg Dikunjungi Roh Semasa Kita Tidur"
Post a Comment