iklan responsive
Suatu malam rumah saya didatangi beberapa orang
mahasiswa dari kalangan pelajar perubatan Tanta. Memandangkan sebelum ini kami
pernah terlibat sama dalam program persatuan, maka saya mengenali mereka.
“Saya pelik, kenapa ramai doktor lelaki terlibat
dalam bidang perbidanan (wanita bersalin)?” Saya cuba menduga.
“Tak ramai sebab bidang perbidanan ini sebenarnya
risikonya tinggi dan agak susah.. contohnya kalau ada emergency kes tengah-tengah
malam ada orang nak beranak susahla doktor perempuan nak tolong..” Jawabnya.
Sudah saya jangkakan jawapannya. Saya cuba berfikir
relevan di sebalik jawapan itu sambil tangan mencobek ketulan cucur bawang yang
kami sediakan untuk mereka. Sedap juga menjamah cucur panas-panas begini.
“Lagipun doktor lelaki jadi dah biasa dah macam tu
(sudah mangli melihat aurat wanita ketika mahu bersalin, tidak bernafsu
lagi)..” Sambungnya lagi.
Saya juga telah menulis artikel berkaitan rawatan ke
atas pesakit berlainan jantina di sini.
Jawapan di atas pula bakal saya jawab sebentar lagi.
Teruskan membaca subtopik di bawah.
ALASANNYA DARURAT
Ada di kalangan mereka yang mengharuskan lelaki
terjun ke dalam bidang sakit puan atau obstetrik dan ginekologi (O&G)
dengan beralasan darurat. Malah menggunapakai kaedah masyhur qawaid fiqh yang
berbunyi:
Maksudnya: “Darurat boleh mengharuskan perkara yang
diharamkan dengan syarat darurat tersebut tidak kurang (bukan lebih kecil)
berbanding perkara yang diharamkan.”
Perlu diketahui, kaedah di atas bagi darurat doktor
lelaki merawat ataupun menjadi bidan kepada wanita bersalin adalah terlalu
umum. Kita tidak akan dapat menyelesaikan masalah tersebut tanpa membuat
pengecualian hal ehwal sakit puan.
Justeru, kita tidak boleh mengkiaskan darurat
memakan bangkai secara keseluruhannya. Ini kerana darurat memakan bangkai
berbeza dari beberapa sudut. Antaranya ialah:
1. Merujuk kepada masalah keharusan memakan bangkai,
ianya tidak melibatkan pihak kedua. Maksudnya ia hanya melibatkan individu yang
memakan bangkai itu sahaja. Manakala bagi kes bersalin, ianya melibatkan
pelbagai pihak bersama iaitu pesakit, suami dan doktor yang menyambut kelahiran
itu sendiri.
2. Seterusnya jika berlaku kes bersalin, kesan di
sebalik perbidanan itu adalah amat besar samaada terhadap emosi sehinggakan si
isteri akan mengalami trauma berpanjangan. Begitu juga suami, pasti akan mengundang
rasa ‘lain’ apabila lelaki asing melihat aurat mughallazah isterinya. Doktor
juga tidak dapat lari daripada menerima kesan akibat kes perbidanan tersebut
seandainya masih bergelar lelaki sejati.
3. Harus memakan bangkai dikategorikan sebagai perkara
yang ta’abbud. Oleh itu apabila berlaku pertembungan antara ta’abbud dengan
tujuan pensyariatan (maqasid syariah) maka mestilah mendahulukan maqasid
syariah. Menjaga aurat adalah salah satu tujuan pensyariatan (iaitu menjaga
maruah), dan berubat juga merupakan salah satu tujuan pensyariatan (iaitu
menjaga nyawa). Ini kerana, ada sesetengah keadaan didahulukan menjaga maruah
berbanding menjaga nyawa, dan ada sesetengah keadaan di dahulukan menjaga nyawa
berbanding menjaga maruah.
Contoh lain, misalnya terdapat kes seorang wanita
dipaksa berzina, jikalau tidak berzina maka akan dibunuh. Oleh itu dalam
masalah ini ulama’ mengharamkan wanita berkenaan berzina, jadi hendaklah
memilih untuk dibunuh berbanding berzina. Mengapa? Kerana berzina risikonya
lebih besar berbanding bunuh. Antara risiko jenayah zina ialah kesan trauma,
kesedihan, kemurungan terhadap mangsa dan keluarga. Malah kesan ini akan lebih
teruk jika menyebabkan kelahiran anak luar nikah.
ALASAN MEREKA YANG LAIN
Saya merasakan alasan kerana wanita sukar untuk
keluar malam jika berlaku kes kecemasan adalah tidak relevan sama sekali. Ini
kerana dunia kini bertambah canggih dan mempunyai pelbagai kemudahan
perhubungan. Bahkan wanita itu juga boleh ditemani suami ataupun mahram jika
keseorangan.
Cuba kita renung sejenak, dahulu ibu-ibu kita
melahirkan anak bagaimana? Hanya atas pertolongan mak bidan menggunakan
perubatan tradisional. Terdapat juga sesetengah tempat mereka menggunakan
khidmat jururawat bergerak. Kesemua mereka adalah wanita. Mereka sanggup
berkorban demi membantu kaum sendiri tanpa beralasankan hari sudah larut malam.
Dunia bertambah canggih, ini bukan ceritera kisah menunggang basikal tua!
Oh, saya sedikit geli hati mendengar alasan doktor
lelaki sudah bosan melihat aurat wanita sehinggakan tidak rasa bersyahwat lagi.
Jawapannya mudah, apakah doktor lelaki itu sudah mati pucuk? Atau sudah menjadi
tidak normal? Sungguh kasihan jika itu berlaku.
Faktanya, lelaki yang mengubati wanita dan terpaksa
melihat aurat lebih berisiko iaitu risiko terdedah kepada perzinaan. Ini bukan
bermaksud terdedah kepada berzina dengan pesakit ketika rawatan sahaja, bahkan
ianya mendorong kepada perzinaan umum, tidak kira samaada dengan pesakit atau
bukan pesakit.
Secara teorinya, melihat aurat terutama bahagian
aurat mughallazah (bahagian alat kelamin) boleh merangsang hawa nafsu. Lantas
ransangan ini mendorong seseorang ke arah perzinaan walaupun sekadar istimta’
(ringan-ringan).
Teori ini disokong oleh kajian daripada W.H.O yang
menyatakan hampir 20% doktor lelaki menjalinkan hubungan seks dengan pesakit
wanita. Ini termasuklah kes pegawai perubatan yang merogol pesakit ketika koma
sehingga menyebabkan mengandung di barat. Perkara sebegini akan bertambah teruk
jika dimonopoli oleh para doktor lelaki yang masih bujang dan tidak berakhlak.
Qatadah meriwayatkan: Telah sampai kepadaku sabda
Rasulullah SAW dengan maksudnya: “Tidak harus bagi mana-mana perempuan yang
beriman dengan Allah SWT dan hari akhirat (memperlihatkan anggota dan mereka)
melainkan di bahagian ini, sambil baginda memegang bahagian tengah lengannya.”
(Maksud bahagian tengah ialah – bermula dari hujung jari sehingga separuh
lengan, bukan pergelangan tangan)
Terdapat riwayat di dalam sebuah hadis yang sahih
bahawa Ibnu Abbas r.a berkata kepada Ato’ bin Abi Robah r.a bermaksud:
“Mahukah engkau jika aku tunjukkan seorang perempuan
ahli syurga?”
Ato’ menjawab: “Ya.”
Ibnu Abbas berkata: “Perempuan hitam ini telah
datang kepada Rasulullah SAW lalu berkata: Aku dirasuk dan auratku tersingkap,
maka bolehkah engkau doakan untukku?” Rasulullah SAW bersabda: “Jika engkau
mahu bersabar, maka bagimu syurga. Jika engkau mahu aku mendoakan
kesejahteraan, (maka aku akan doakan)”. Perempuan itu berkata: “Aku memilih
bersabar (menanggung keperitan)”. Ia menambah: “Auratku tersingkap, maka doakanlah
untukku supaya ia tidak tersingkap (ketika tidak sedarkan diri). Maka
Rasulullah SAW pun mendoakan untuknya.
Perkara begini bukan sesuatu hal yang sangat-sangat
ringin persis debunga yang berterbangan ditiup angin. Ini juga bukan masalah
menghirup kopi sambil menonton gusti di warung kampung. Ini soal maruah seorang
wanita. Hati wanita mana tidak remuk seandainya selama berpuluh tahun elok
berhijab menutup aurat, menjaga rambutnya dari terdedah, namun diragut maruah
hanya kerana peristiwa beberapa jam saat kelahiran anak. Mungkin wanita yang
tidak menutup aurat kurang merasa kesengsaraan jiwa, tetapi bagi yang selalu
menjaganya. Pasti ia merupakan detik hitam yang kelam dan hitam.
Pada hemat saya, ini adalah salah satu strategi
pihak yahudi dan barat menusukkan jarum-jarum halus mereka. Sengaja meramaikan
pelajar lelaki di dalam bidang sakit puan, dan meramaikan pihak wanita di dalam
bidang sakit tuan. Natijahnya, soal aurat langsung tidak dititikberatkan lagi
sehinggakan mencetuskan kecelaruan fikrah di benak-benak umat Islam.
FARDHU KIFAYAH YANG MENJADI FARDHU AIN
Bidang sakit puan & perbidanan (O&G) akan
menjadi fardhu ain jika kekurangan doktor muslimah. Fardhu ain ini terpundak di
atas bahu-bahu pelajar perubatan wanita yang kini sedang menuntut di mana
sahaja hamparan bumi. Bukan untuk lelaki. Ayuh, sahutlah seruan ini wahai kaum
hawa demi masa depan dirimu sendiri. Apakah akan terjadi jika fardhu ain juga
diabaikan? Saya yakin kalian juga tahu hukumnya.
Kaedah hukum fiqh mengatakan bahawa:
“Jika sesuatu kewajipan tidak dapat disempurnakan
melainkan dengan sesuatu (tindakan), maka sesuatu (tindakan) tersebut juga
menjadi wajib.”
Credit: syuhadahalfirdaus.blogspot
ikalan saiz 250

iklan adnow
0 Response to "Hukum Doktor Lelaki Menyambut Wanita Bersalin Yang Semua Hospital Kerajaan Ambil Mudah!"
Post a Comment