iklan responsive
Membaca adalah satu budaya yang perlu diambil berat
oleh semua lapisan masyarakat. Perintah membaca telah diperintahkan bermula
daripada permulaan turunnya wahyu. Surah Al ‘Alaq, ayat 1.
Al Quran adalah satu bacaan yang sangat banyak
faedahnya. Bermula daripada setiap huruf yang kita baca dikira sebagai pahala
“Abdullah bin Mas’ud radhiyallahu ‘anhu berkata:
“Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam bersabda:
“Barangsiapa yang membaca satu huruf dari Al Quran maka baginya satu kebaikan
dengan bacaan tersebut, satu kebaikan akan digandakan 10 kebaikan dan aku tidak
mengatakan الم satu huruf akan tetapi Alif satu huruf, Laam satu huruf dan Miim
satu huruf.”
(HR. Tirmidzi dan dishahihkan di dalam kitab Shahih
Al Jami’, no. 6469)
Ini menunjukkan bahawa sangatlah rugi jika kita
tidak merebut peluang keemasan ini. Ditambah dengan sabda nabi mengenai orang
yang membaca Al Quran sangatlah beruntung.
Abu Musa Al Asy’ari meriwayatkan bahwa Rasulullah
saw. bersabda:
“Perumpamaan seorang mukmin yang membaca Al Quran
adalah bagaikan ‘al-Utrujjah’. Aromanya harum dan rasanya enak. Perumpamaan
seorang mukmin yang tidak membaca Alquran adalah bagaikan ‘tamar, kurma’.
Aromanya tidak ada dan rasanya manis. Perumpamaan seorang munafiq yang membaca
Al Quran adalah bagaikan ‘ar-Raihanah’. Aromanya harum dan rasanya pahit.
Perumpamaan seorang munafiq yang tidak membaca Al Quran adalah bagaikan
‘al-Hanzhalah’. Aromanya tidak ada dan rasanya pahit.
(Al-Bukhari: 4632, 4671, 5007, dan 7005).
Apabila kita sudah mula mencintai untuk selalu
membaca Al Quran. Nabi SAW mengajak umatnya supaya menjadi manusia yang terbaik
dengan cara bukan setakat belajar Al Quran, bahkan mengajar Al Quran.
“Sebaik-baik kalian adalah orang yang belajar
Al-Qur`an dan mengajarkannya.”
(HR Bukhari dari Usman, Al-Bukhari, No. 4639).
Saya belum pandai dan lancar membaca Al Quran…
Jangan Risau, kerana Nabi SAW bersabda,
‘Mereka yang mahir membaca Al-Quran akan bersama
malaikat yang mulia lagi taat (Al-Safarah Al-Kiram Al-Bararah). Adapun orang
yang membaca Al-Quran dalam keadaan gagap, tersangkut & merasa sukar ketika
membacanya, baginya dua pahala’. (Hadith Riwayat Muslim)
Hadis ini memberikan motivasi kepada umatnya untuk
terus belajar dan membaca Al Quran, walaupun masih merangkak-rangkak.
Jadi, marilah sama-sama menjadikan Al Quran sebagai
bacaan harian yang wajib kita baca.
SHARE FOR SAHAM AKHIRAT.
ikalan saiz 250

iklan adnow
0 Response to "Kenapa kita digalakkan MEMBACA Al Quran Walaupun Masih Merangkak-rangkak. Tersangat rugilah kita jika tidak mengambil peluang keemasan ini"
Post a Comment