iklan responsive
Dr.Zakir Naik adalah nama yang tidak asing lagi di
seluruh dunia. Beliau terkenal sebagai seorang pakar dalam bidang perbandingan
agama diperingkat antarabangsa.
Beliau sangat terkenal dengan teknik pidato dan
debatnya yang sangat mantap dan berkesan, menggunakan dalil-dalil daripada
al-Quran dan hadis yang sahih serta beberapa kitab-kitab agama lain seperti
kita Bible, kitab Veda, kitab Bhagwad Geeta, kitab Upandishads dan banyak lagi.
Kembara dakwahnya juga ternyata berkesan dan efektif
apabila forum ceramah beliau sentiasa menarik minat ribuan hadirin dari
pelbagai latar belakang agama.
Dilahirkan pada 18 Oktober 1965 di Mumbai, India
beliau juga terkenal dengan kebolehannya mematahkan hujah pihak lawan serta
memberikan jawapan yang menyakinkan terhadap persoalan-persoalan yang
dikemukakan secara sepontan.
Menjelang tahun 2002, beliau sudahpun memberikan
lebih daripada 1000 ceramah di peringkat antarabangsa seperti di Amerika
Syarikat, Kanada, United Kingdom, Arab Saudi, United Arab Emirates, Kuwait,
Qatar, Bahrain, Oman, Afrika Selatan, Itali, Mauritius, Australia, Malaysia,
Singapura, Hong-Kong, Thailand, Guyana (Amerika Selatan) dan banyak lagi
termasuklah ceramah ditempat asal beliau sendiri; India.
Di dalam setiap ceramahnya sudah pasti banyak
persoalan-persoalan diajukan kepadanya. Apa yang menarik kali ini penulis ingin
berkongsikan dengan pembaca semua mengenai persoalan “Mengapa Umat Islam
mengelilingi Ka’bah? Mari kita lihat jawapan dari Dr.Zakir Naik ini.
Dalam sebuah forum terbuka yang dihadiri oleh ribuan
orang dan disiarkan di Peace TV, seorang lelaki bertanya kepada Dr Zakir Naik,
mengapa umat Islam mengelilingi ka’bah ketika haji dan umrah. Apakah ada alasan
ilmiah dan logik disebaliknya?
Saya ingin mengetahui tentang Ka’bah. Maksud saya,
apa penjelasan secara kajian keilmuan dan logik pentingnya Ka’bah? Dan mengapa
umat Islam mengelilingi Ka’bah?”
Jawapan Dr. Zakir Naik Mengapa Muslim Mengelilingi
Kabah
Saudara ini bertanya dengan bagus.
Apa pentingnya Ka’bah menurut kajian keilmuan dan
logik? Dan mengapa umat Islam mengelili Ka’bah?
Ramai orang bukan Islam beranggapan bahawa umat
Islam menyembah Ka’bah. Saya akan memberikan jawapan saya dan nanti saya akan
memberikan jawapan secara ilmiah.
Saya akan satukan bersama. Menjawab soalan saudara
dan menjawab orang bukan Islam lainnya atas kesalahfahaman ini.
Ka’bah adalah kiblat, sebagaimana firman Allah dalam
Al Qur’an:
وَحَيْثُ مَا كُنْتُمْ فَوَلُّوا وُجُوهَكُمْ شَطْرَهُ
“Dan di mana saja kamu berada, palingkanlah mukamu
ke arah Ka’bah” (QS. Al Baqarah: 144)
Dalam bahasa Arab, kiblat. Jadi Ka’bah hanya sebagai
arah. Sebagai contoh, misalnya sekarang kita sembahyang, beberapa orang
menghadap selatan, ada yang menghadap utara, ada yang ke timur, ada yang ke
barat. Ke arah mana yang kamu ikut? Jadi demi persatuan, kami menghadap pada
satu arah Ka’bah.
Jadi Ka’bah adalah kiblat kami. Tidak ada seorang
muslim pun yang pernah menyembah Ka’bah.
Dan ketika peta geografi dunia pertama kali adalah
muslim yang membuat itu pertama kali. Al Idrisi pada tahun 1154 yang membuat
peta dunia, bahkan muslim yang membuat peta dunia itu, kutub selatan ada di
atas dan kutub utara ada di bawah dan Ka’bah berada di tengah-tengah.
Kemudian orang Barat meluncurkan kartografi (pembuatan
peta) dan mengubah kutub utara ke atas dan kutub selatan ke bawah, bahkan
Ka’bah masih tetap berada di tengah-tengah.
Jadi di bahagian mana pun kamu berada di dunia, jika
kamu berada di utara menghadap ke selatan, jika kamu berada di timur menghadap
ke barat, jika kamu berada di barat menghadap ke timur, jika kamu di selatan
menghadap ke utara. Semua muslim di dunia menghadap pada satu arah iaitu Ka’bah
dan Ka’bah adalah kiblat.
Sekarang, ketika kamu pergi umrah, ketika pergi
haji, kita melakukan tawaf mengelilingi Ka’bah. Kita berjalan mengelilingi
ka’bah. Kenapa kami berjalan mengelilingi Ka’bah? Pada dasarnya adalah kerana
Tuhan Pencipta. Dan Nabi Muhammad shallallahu ‘alaihi wasallam melakukan itu.
Kamu bertanya, apa alasan logiknya? Ini tidak disebutkan
dalam Quran dan hadis. Jika aku adalah orang yang berakal mahu berfikir, kenapa
kami berjalan mengelilinginya? Alasan yang boleh aku fikirkan adalah setiap
lingkaran hanya punya satu titik tengah. Kita berjalan mengelilingi Ka’bah
adalah untuk membuktikan bahawa hanya ada satu Tuhan.
Kerana lingkaran hanya punya satu titik tengah tidak
akan ada dua titik tengah. Jika kita berjalan mengelilingi Ka’bah adalah untuk
membuktikan bahawa hanya ada satu Tuhan.
Dan pernyataan Umar bin Khattab radhiyallahu ‘anhu
ketika mencium Hajar Aswad yang ada di Ka’bah, “Hajar aswad ini hanyalah batu
yang tidak bisa memberikan kebaikan dan keburukan. Aku menciumnya kerana
melihat Nabi menciumnya.” Jadi tidak ada muslim yang menyembah Ka’bah.
Bahkan di zaman Nabi, ada sahabat yang melantunkan
azan di atas Ka’bah. Tidak ada orang yang menyembah sesuatu lalu berani berdiri
di atasnya.
Jadi Ka’bah adalah kiblat, hanya arah. Bukan
disembah.
ikalan saiz 250

iklan adnow
0 Response to "“Kenapa Orang Islam SEMBAH Kaabah? Itu Kan Batu jer” Dr Zakir Naik TENANG Menjawab Soalan ini sehingga PEMUDA ini TERDUDUK bisu. Kongsi jawapan beliau mudah-mudahan ada yang peroleh hidayah!"
Post a Comment