iklan responsive
Jangan kita cacatkan, rugikan amal ibadah kita yang
mana dalam sembahyang kita disunatkan mengangkat tangan pada 4 tempat tapi kita
tak buat.
1)Tempat pertama diwaktu takbiratul ihram.
2)Pada waktu kita akan rukuk. Jangan langsung kita
turun ke bawah rugi kita.
3)Angkat tangan pada masa i’tidal.
4)Kita akan angkat tangan kita diwaktu kita bangkit
daripada tasyahud awal atau daripada rakaat kedua menuju rakaat ketiga.
Setiap kali selepas sembahyang fardhu. Jangan
sesekali kita lupa untuk baca wirid yang dimulai dengan istighfar
sekurang-kurangnya 3 kali. Setelah itu sebelum mengubah duduk iftirasy ataupun
duduk tahiyat akhir kepada duduk biasa.
Jangan lupa untuk membaca “Laa Ilaha Illallaahu
Wahdahuu Laa Syarikalah, Lahul Mulku Wa Lahul Hamdu Yuhyii Wa Yumiitu Wahuwa
Alaa Kulli Syai’in Qadiir.”
Secara sunnahnya 10 kali selepas maghrib dan juga
selepas subuh yang dengan balasannya itu adalah perlindungan, pemeliharaan,
kita akan mendapat pagar, jati diri daripada godaan syaitan yang terkutuk,
terelak dari diri kita daripada godaannya dan terjaga diri kita sepanjang
waktu.
Kita nak balasan yang dijanjikan oleh Nabi kita
dengan membaca “Allahumma Ajirni Minan Naar.”
Secara sunnahnya sebanyak 7 kali setiap kali selepas
maghrib dan juga selepas subuh maka yang saat seseorang itu meninggal dunia
pada hari itu maka Allah akan bebaskan dirinya daripada Api Neraka.
Akan ditulis kebebasan dirinya daripada Api Neraka
dibaca diwaktu subuh kalau dia meninggal di siang harinya. Dibaca selepas
maghrib kalau dia meninggal pada malam harinya kebebasan diri daripada Api
Neraka itu sudah kita dapatkan.
Kemudian ketika nak dibaca “Allahumma Antas Salaam
Wa Minkas Salam Wa Ilayka Ya ‘Udussalam Fahaiyina Rabbana Bissalam Wa Adkhilnal
Jannata Daaras Salaam Wa Tabaarakta Rabbanaa Wa Ta’aalaita Yaa Dzaljalaali Wal
Ikraam.”
Barulah Imam dibenarkan untuk mengubah kedudukan
posisi duduknya mengadap separuh badan ke kanan ataupun juga mengadap
sepenuhnya badannya ke arah makmum. Manakala makmum tetap terus mengadap ke
arah kiblat.
Setelah itu barulah kita membaca surah Al-Fatihah
dan ingatlah jangan kita malas, lupa dan tak nak untuk membaca Ayatul Kursi
setiap kali selepas sembahyang fardhu kerana kelebihannya yang besar. Ayat
Kursi ini adalah tiket kita untuk nak masuk Syurga. Menurut riwayat hadis
“Tiada apa yang dapat menghalangi orang yang membacanya untuk masuk Syurga
kecuali mati.”
Kemudian dibaca selepas itu tasbih (Subhanallah 33
kali), tahmid (Alhamdullilah 33 kali) dan takbir (Allahu Akbar 33 kali).
Janganlah kita malas untuk nak mengira bilangan tasbih 33 kali tahmid 33 kali
dan takbir 33 kali. Kalau kita ikut Imam dan imam tidak membacanya cukup
bilangannya. Bererti kita sudah mengalami suatu kerugian yang sangat besar. 1
ucapan subhanallah itu lebih berat daripada dunia dan seisinya.
Jadi jangan sampai kita rugi di situ kerana kita
malas untuk nak membacanya, malas untuk nak mengiranya. Jadi semuanya 99 kali
jumlahnya yang mesti kita baca setiap kali setiap selesai sembahyang fardhu
kita.
Kemudian dibaca “Allahu Akbar Kariiran Wal
Hamdulillahi Katsiiran Wasubhaanallaahi Bukratan Wa Ashiilaa. Laailaaha
Illallaahu Wahdahuu Laa Syariikalah Lahul Mulku Wa Lahul Hamdu Yuhyi Wa Yumiitu
Wa Huwa Alaa Kulli Syai’in Qadiir.”
Bagaimana kira-kira kalau kita tak dan membacanya?
Bagaimana kira-kira kalau imam tidak memimpin kita untuk membacanya? Bererti
itu merugikan kita. Rugi besar bukan setakat dengan lamborghini, bukan setakat
dengan sebuah banglo, bukan hanya setakat dengan harta yang mewah tetapi dunia
dengan segala isi-isinya kerugian yang menimpa kepada kita masih belum mampu
membayar kerugian yang saat ketika kita tidak mengikuti pedoman sunnah yang
disunnahkan oleh Baginda Rasulullah ﷺ.
Kalau saat ketika waktu solat dan selepas solat pun
kita tak mampu untuk nak luangkan sedikit waktu kita untuk berzikir ingat
kepada Allah. Agak-agaknya waktu bilakah kita akan ingat kepada Allah? Bila dah
diluar solat agak-agak kita ingat Allah ataupun tidak?
#MutiaraKata[TUAN GURU SYEIKH MUHAMMAD NURUDDIN
MARBU AL-BANJARI AL-MAKKI HAFIDZOHULLAH]
ikalan saiz 250
iklan adnow
0 Response to "Ketahuilah Rugi Amal Ibadah Kita Yang Mana Dalam Sembahyang Kita Disunatkan Mengangkat Tangan Pada 4 Tempat Ini?"
Post a Comment