iklan responsive
Siapa yang tidak gembira jika ketika meninggal di
doakan lebih kurang 70 ribu malaikat. Pasti orang yang seperti ini sangat
beruntung sekali. Sebagai umat Muslim yang taat kita pasti bertanya-tanya
amalan seperti apa hingga Malaikat Allah SWT melakukan demikian kepada kita
manusia.
Pada kali ini kita akan mengetahui amalan tersebut
ialah hanya dengan membaca surrah Al Qur’an yang sangat pendek dan ini termasuk
ke dalam Juz ‘Amma. Baca lebih lanjut lagi.
Kisah ini diriwayatkan oleh Anas bin Malik r.a. Pada
suatu pagi Rasulullah SAW bersama dengan sahabatnya Anas bin Malik r.a. melihat
suatu keanehan. Bagaimana tidak, matahari terlihat begitu redup dan kurang
bercahaya seperti biasanya.
Tak lama kemudian Rasulullah SAW dihampiri oleh
Malaikat Jibril.
Lalu Rasulullah SAW bertanya kepada Malaikat Jibril
: “Wahai Jibril, kenapa Matahari pagi ini terbit dalam keadaan redup? Padahal
tidak mendung?”
“Ya Rasulullah, Matahari ini nampak redup kerana
terlalu banyak sayap para malaikat yang menghalanginya.” jawab Malaikat Jibril.
Rasulullah SAW bertanya lagi : “Wahai Jibril, berapa
jumlah Malaikat yang menghalangi matahari saat ini?”
“Ya Rasulullah, 70 ribu Malaikat.” jawab Malaikat
Jibril.
Rasulullah SAW bertanya lagi : “Apa gerangan yang
menjadikan Malaikat menutupi Matahari?”
Kemudian Malaikat Jibril menjawab : “Ketahuilah
wahai Rasulullah, sesungguhnya Allah SWT telah mengutus 70 ribu Malaikat agar
membacakan shalawat kepada salah satu umatmu.”
“Siapakah dia, wahai Jibril?” tanya Rasulullah SAW.
“Dialah Muawiyah…!!!”jawab Malaikat Jibril.
Rasulullah SAW bertanya lagi : “Apa yang telah
dilakukan oleh Muawiyah sehingga saat ia meninggal mendapatkan kemuliaan yang
sangat luar biasa ini?”
Malaikat Jibril menjawab : “Ketahuilah wahai
Rasulullah, sesungguhnya Muawiyah itu semasa hidupnya banyak membaca Surat
Al-Ikhlas di waktu malam, siang, pagi, waktu duduk, waktu berjalan, waktu
berdiri, bahkan dalam setiap keadaan selalu membaca Surat Al-Ikhlas.”
Malaikat Jibril melanjutkan penuturannya : “Dari
itulah Allah SWT mengutus sebanyak 70 ribu malaikat untuk membacakan shalawat
kepada umatmu yang bernama Muawiyah tersebut.”
Allahuakbar, SubhanAllah sahabat, Allah Maha Besar
bacalah sekali lagi hadis diatas sahabat begitu besar nikmat yang diberikan
oleh Allah SWT kepada seorang hamba-Nya jika menyempatkan diri untuk
mengamalkan serta membaca Surrah Al Qur’an yaitu Al Ikhlas setiap hari. Dan
Insya Allah akan didoakan oleh Malaikat Allah serta juga Insya Allah akan
dimasukkan kedalam golongan-golongan orang-orang yang mendapat kemenangan pada
hari akhirat nanti iaitu menjadi salah satu penghuni Syurga-Nya, Amiin.
Dalam hadis lain Rasulullah SAW bersabda yang
ertinya :”Apakah seorang di antara kalian tidak mampu untuk membaca sepertiga
Al-Qur’an dalam semalam?” Mereka menjawab, “Bagaimana mungkin kami boleh
membaca sepertiga Al-Qur’an?” Lalu Nabi SAW bersabda, “Qul huwallahu ahad itu
sebanding dengan sepertiga Al-Qur’an.” (H.R. Muslim )
Demikianlah sahabat tentang amalan yang baik untuk
dilakukan dalam kehidupan sehari-hari. Amalkanlah sahabat dimanapun para
sahabat berada. Semoga bermanfaat bagi semua. Jazakumullah
sumber : keluargatilljannah
.
Surah Al Fatihah adalah surah pertama dalam al
Quran. Al Fatihah maksudnya pembukaan iaitu surah pembukaan dalam kitaB suci
tersebut.
SURAT AL-FATIHAH DAN TERJEMAHAN
بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيمِ (١
الْحَمْدُ لِلَّهِ رَبِّ الْعَالَمِينَ (٢
الرَّحْمَنِ الرَّحِيمِ (٣
مَالِكِ يَوْمِ الدِّينِ (٤
إِيَّاكَ نَعْبُدُ وَإِيَّاكَ نَسْتَعِينُ (٥
اهْدِنَا الصِّرَاطَ الْمُسْتَقِيمَ (٦
صِرَاطَ الَّذِينَ أَنْعَمْتَ عَلَيْهِمْ غَيْرِ الْمَغْضُوبِ
عَلَيْهِمْ وَلا الضَّالِّينَ (٧
dengan menyebut nama Allah yang Maha Pemurah lagi
Maha Penyayang.
segala puji bagi Allah, Tuhan semesta alam.
Maha Pemurah lagi Maha Penyayang.
yang menguasai di hari Pembalasan.
hanya Engkaulah yang Kami sembah, dan hanya kepada
Engkaulah Kami meminta pertolongan.
Tunjukilah Kami jalan yang lurus.
(yaitu) jalan orang-orang yang telah Engkau beri
nikmat kepada mereka; bukan (jalan) mereka yang dimurkai dan bukan (pula jalan)
mereka yang sesat.
Surah ini diturunkan di Mekah dan terdiri dari 7 ayat.
Al-Fatihah merupakan surah yang pertama-tama diturunkan dengan lengkap di
antara surah-surah yang ada dalam Al-Qur’an.
Surah ini disebut Al-Fatihah (Pembukaan), kerana
dengan surah inilah dibuka dan dimulainya Al-Quran. Surat Al-Fatihah memiliki
sejumlah manfaat atau khasiat bagi setiap pembacanya. Khasiat surat Al-Fatihah
diantaranya adalah sebagai berikut:
Agar selamat dan bahagia di dunia. Supaya rezeki
lancar dan tercapai cita-cita. Mengobati segala jenis penyakit. Melepas tali
atau membuka gembok. Menghilangkan kebingungan dalam hati dan pikiran.
Dinamakan Ummul Qur’an atau Ummul Kitab kerana dia merupakan induk dari semua
isi Al-Quran. Dinamakan pula As Sab’ul matsaany (tujuh yang berulang-ulang)
kerana jumlah ayatnya yang tujuh dan dibaca berulang-ulang dalam solat.
Saya ada banyak menulis tentang fadhilat membaca
surah al Fatihah, antaranya:
CARA MEMBACA AL-FATIHAH UNTUK MEMOHON HAJAT
Sheikh Mahayuddin bin Al Arabi Khadas-Allah Serah
berkata;
cara membaca Al-fatihah untuk memohon hajat
dimakbulkan
Sesiapa yang ada hajat, hendaklah ia membaca surah
al Fatihah sebanyak 41 kali, selepas sembahyang Maghrib. Jangan bergerak dari
tempat duduknya hingga selesai membaca al Fatihah 41 kali yang disebutkan di
atas.
Setelah itu berdoalah kepada Allah akan hajat yang
dikehendaki. Iaitu hajat yang baik-baik. Insya Allah dikabulkan doanya. Amalan
ini terbukti kemujarabannya, dengan izin Allah jua.
Anda juga boleh berdoa dengan doa solat hajat ini
setelah selesai solat mengerjakan solat. Inshaallah hajat kita akad
diperkenankan..amin
doa selepas solat sunat hajat Semoga perkongsian
tentang cara membaca surah al Fatihah untuk memohon hajat dapat memberi manfaat
kepada semua.
WALLAHUALAM..
sumber :
tvdakwahmy
ikalan saiz 250
iklan adnow
0 Response to "Anda mahu didoakan 70 Ribu Malaikat Ketika Meninggal Dunia? Amalkan Surah Ini Setiap Malam, Ternyata Amat Pendek Surahnya"
Post a Comment