iklan responsive
Tahukah anda Eye twitching atau ‘Myokymia’ dan dalam
bahasa melayunya diterjemahkan sebagai mata berkedip-kedip atau juga dipanggil
mata bergerak-gerak atau mata ‘bergerenyet’.
Kerdipan mata berlaku pada bahagian otot muka dan
otot mata dengan kerdipan mata tersebut boleh berlaku di bahagian bawah dan
atas mata. Namun, kes yang biasa ditemui adalah kerdipan di bahagian bawah
berbanding bahagian atas. Kenapa mata berkedip-kedip dan apa punca-punca
terjadinya ‘eye twitching’:
1. Stress
Semasa tubuh badan berada di dalam keadaan yang
tertekan, reaksi tubuh adalah berbeza-beza. Salah satu tandanya ialah berkaitan
dengan ketegangan mata. Oleh itu anda disarankan untuk mengurangkan punca
stress atau tekanan bagi mengelak daripada berlakunya eye twitching.
2. Terlalu Penat
Kekurangan tidur, sama ada disebabkan tekanan atau
sebab-sebab lain mampu menyumbang kepada kekejangan kelopak mata. Tidur yang
mencukupi dapat menyelesaikan masalah tersebut.
3. Ketegangan Mata
Berkaitan dengan tekanan pada penglihatan terutama
kuasa mata yang sudah berubah dari kuasa kacamata dan memerlukan gantian kuasa
yang baru. Mata akan bekerja dengan lebih kuat dalam keadaan tertekan. Situasi
ini akan menyebabkan eye twitching.
Anda disarankan membuat pemeriksaan mata untuk
mendapatkan kuasa kacamata yang baru. Penggunaan komputer pada jangka masa yang
lama juga mampu menyebabkan masalah ini. Jika anda terpaksa bekerja di hadapan
komputer pada jangka masa yang lama anda dicadangkan untuk memakai kacamata
khusus untuk pengguna komputer.
4. Kafein dan Alkohol
Kebanyakan pakar percaya bahawa mengambil kafein
atau alkohol yang berlebihan akan menyebabkan masalah eye twitching.
5. Kekeringan Mata
Lebih daripada separuh golongan warga tua mempunyai
masalah mata kering. Selain itu, masalah mata kering juga sering terjadi kepada
pengguna komputer, pengambil ubat (antihistamin, antidepressant) dan pemakai
kanta sentuh.
6. Alergi
Mereka yang mempunyai masalah alergi akan mengalami
simptom seperti gatal, bengkak dan mata berair. Jika mata tersebut digosok,
akan menyebabkan pembebasan histamin pada tisu dan airmata. Histamin boleh
mengakibatkan eye twitching.
Untuk menyelasaikan masalah ini, ubat titis mata
atau tablet antihistamin boleh digunakan untuk mengurangkan eye twitching.
Walaubagaimanapun diingatkan antihistamin akan menyebabkan mata kering oleh
itu, cuba dapatkan nasihat doktor sebelum mengambil sebarang antihistamin.
Berikut merupakan antara mitos tentang mata
berkedip:
Ada orang mengatakan mata berkedip ini ada kaitan
dengan hati dan perasaan kita, malah ada juga yang cuba ‘meramal masa depan’
dengan mengatakan akan terjadi sesuatu yang tidak kita sangkakan, sama ada
perkara itu baik atau tidak baik.
Mitos:
Kelopak mata sebelah kanan bahagian atas – akan
berjumpa dengan orang jauh atau akan mendapat berita baik.
Kelopak mata sebelah kanan bahagian bawah – akan
mendapat berita gembira.
Kelopak mata sebelah kiri bahagian atas – seseorang
yang jauh atau lama terpisah mahu berjumpa dengan anda.
Kelopak mata sebelah kiri bahagian bawah – akan
menangis (akibat berita kurang baik/musibah).
Kesimpulan
Namun, anda diingatkan supaya tidak terlalu
memikirkan kata-kata atau ramalan orang dulu-dulu ini, nanti terpesong pula
akidah kita dan boleh membawa kepada syirik.
Apa yang penting, kita kena sentiasa berdoa memohon
pada Allah SWT agar dijauhkan daripada segala bencana dan bahaya.
Sumber: Petua Ibu
ikalan saiz 250
iklan adnow
0 Response to "Ketahui Inilah Tanda, Punca Dan Maksud Mata Bergerak-gerak."
Post a Comment