iklan responsive
Sabda Rasulullah S.A.W: “Berbaringlah di atas rusuk
sebelah kananmu.” (HR. Al-Bukhari dan Muslim).
Satu daripada adab tidur adalah dengan mengiring ke
kanan, dan sunnah Nabi ini ternyata banyak
hikmah dan manfaat yang boleh kita ambil dari aspek kesihatan.
Berikut adalah 6 manfaat sekiranya kita tidur
mengiring ke kanan:
# 1. Mengurangkan tekanan jantung
Jantung terletak disebelah kiri dada manusia. Tidur
mengiring sebelah kanan akan dapat mengurangi tekanan jantung untuk mengepam
darah keseluruh badan,membantu pernafasan yang baik,merendahkan tekanan darah
seterusnya dapat membantu seseorang mendapatkan tidur yang berkualiti.
Sekiranya seseorang itu mengiring sebelah kiri,dada
manusia akan terhimpit lalu mengakibatkan jantung menpunyai tekanan yang kuat
untuk mengepam darah keseluruhan badan. Hal ini seterusnya akan mengakibatkan
tekanan darah seseorang menjadi tinggi dan boleh menggangu kualiti tidur
seseorang.Tapi awas,ini sangat bahaya kepada seseorang yang mempunyai masalah
kesihatan jantung.
# 2.Merehatkan otak kiri
Seperti kita tahu,otak manusia terbahagi kepada dua
bahagian,iaitu bahagian kiri dan kanan. Otak sebelah kanan akan mengawal
anggota badan sebelah kiri,manakala otak sebelah kiri akan mengawal anggota
badan di sebelah kanan. Umumnya kita sering memakai organ sebelah kanan untuk
makan,memegang atau mengangkat barang,maka otak kiri akan banyak berkerja.
Apabila kita tidur mengiring sebelah kanan,otak sebelah kiri akan dapat berehat
secukupnya sebelum meneruskan aktiviti seperti biasa untuk hari seterusnya.
# 3. Merehatkan organ Esophagus
Hati manusia terletak dibahagian sebelah
kiri.Apabila seseorang tidur tidur mengiring kesebelah kiri akan mengakibatkan
masalah berkaitan dengan organ esophagus. Apabila seseorang tidur,sistem
pengeluaran chime ( makanan yang telah diproses oleh esophagus akan bercampur
dengan asid ) maka dengan ini akan menggangu sistem pengosongan esophagus.
# 4. Mempercepatkan sistem pencernaan buang air
besar
Dengan tidur mengiring ke kanan, usus besar hingga
ke bahagian dubur manusia akan lebih cepat dan mudah penuh.Apabila sudah
penuh,ini akan mudah memudahkan seseorang untuk membuang air besar. Jika anda
seseorang yang sering sembelit atau sukar membuang air besar,mungkin ini adalah
salah satu jalan penyelesaian anda. Awas,sering sembelit dan tidak membuang air
besar berhari-hari boleh mendatangkan banyak risiko penyakit.
# 5. Melindungi kesihatan paru-paru
Paru-paru kiri lebih kecil di banding dengan
paru-paru kanan. Apabila tidur mengiring ke kanan, jantung bakal condong ke
sebelah kanan. Hal ini tidak jadi persoalan karena paru-paru kanan makin besar.
# 6. Merehatkan kaki kiri
Seseorang yang bukan kidal,sering menggunkan anggota
sebelah kanan akan menjadikan kaki kiri sebagai tongkat untuk menanggung beban
badan sehinggakan kaki kiri kadang kala lebih rasa penat berbanding kaki kanan
. Apabila tidur mengiring ke kanan,ini memberi ruang rehat untuk kaki kiri dan
lenguh-lenguh di kaki juga akan cepat hilang.
Sumber: utaranews.com
ikalan saiz 250
iklan adnow
0 Response to "Ternyata Inilah Hikmah Tidur Mengiring Sepertimana Yang Dianjurkan Rasulullah S.A.W"
Post a Comment