iklan responsive
Solat Tahajjud adalah solat malam yang dilaksanakan
setelah bangun tidur, afdalnya dibuat secara bersendirian waktu selepas tengah
malam. Solat sunat ini amat dituntut dan sangat baik dilakukan sebagai ibadah
tambahan. Rasulullah SAW dan para sahabat tidak meninggalkan solat ini
sepanjang hayat mereka
Firman Allah SWT.:
“Dan pada sebahagian malam hari bersolat
Tahajjudlah kamu sebagai suatu ibadat tambahan bagimu; Mudah-mudahan Tuhan-mu
mengangkat kamu ke tempat yang terpuji.”
(Surah Isra’; ayat 79)
(Surah Isra’; ayat 79)
Rasulullah SAW bersabda: “Kerjakanlah solat malam sebab itu
adalah kebiasaan orang solihin sebelum kamu, juga suatu jalan untuk mendekatkan
diri kepada Tuhanmu, juga sebagai penebus segala amalan buruk, pencegah dari
perbuatan dosa dan dapat menghalangi penyakit dari badan.” (Riwayat Tirmizi dan
Ahmad r.a.)
.
Tujuan Solat Tahajjud
.
Tujuan Solat Tahajjud
§
Sebagai petanda
perhambaan kepada Allah SWT.
§
Mendekatkan seorang
hamba dengan Penciptanya
§
Tanda kesyukuran
manusia di atas nikmat kurniaan Allah SWT.
§
Menguatkan jiwa dan
ketaqwaan seseorang kepada Allah SWT.
§
Mendapatkan ketenangan
dalam menghadapi cabaran dan dugaan hidup
Cara Mendirikan Solat Tahajjud
.
Solat Tahajjud dilakukan tiada had rakaatnya, mengikut kesanggupan dan kemampuan, dengan setiap dua rakaat satu salam. Jika dirasakan berat memadailah sekadar dua rakaat tetapi dilakukan secara berterusan setiap malam.
Rasulullah SAW telah bersabda,: “Amalan yang disukai oleh Allah, adalah yang terus menerus (istiqamah) walaupun sedikit.” (Riwayatkan oleh Bukhari dan Muslim dari Aisyah.)
.
Solat Tahajjud dilakukan tiada had rakaatnya, mengikut kesanggupan dan kemampuan, dengan setiap dua rakaat satu salam. Jika dirasakan berat memadailah sekadar dua rakaat tetapi dilakukan secara berterusan setiap malam.
Rasulullah SAW telah bersabda,: “Amalan yang disukai oleh Allah, adalah yang terus menerus (istiqamah) walaupun sedikit.” (Riwayatkan oleh Bukhari dan Muslim dari Aisyah.)
1. Sebelum mengerjakan Solat Tahajjud
baca doa berikut :
2. Niat Solat
Tahajjud:
(Ushalli
sunnatat tahajjudi rak’ataini Lillahi ta’ala)
Daku bersolat Sunat Tahajjud dua rakaat, kerana Allah Ta’ala.
Daku bersolat Sunat Tahajjud dua rakaat, kerana Allah Ta’ala.
3. Bacaan Surah selepas Al-Fatihah:
a)
Rakaat pertama: Ayat Al-Kursi (7 kali)
Rakaat kedua: Surah Al-Ikhlas (11 kali)
Atau;
b)
Rakaat pertama: Ayat Al-Kaafirun
Rakaat kedua: Surah Al-Ikhlas
Atau;
c)
10 Ayat Terakhir, Surah Al-Imran,.
(Rasulullah SAW sering membaca ini pada solat Tahajjud Baginda.)
Rakaat pertama: Ayat Al-Kursi (7 kali)
Rakaat kedua: Surah Al-Ikhlas (11 kali)
Atau;
b)
Rakaat pertama: Ayat Al-Kaafirun
Rakaat kedua: Surah Al-Ikhlas
Atau;
c)
10 Ayat Terakhir, Surah Al-Imran,.
(Rasulullah SAW sering membaca ini pada solat Tahajjud Baginda.)
4. Selepas membaca tasbih pada sujud kedua dalam rakaat terakhir, bacalah
doa berikut 3 kali:
5.
Selesai salam solat Tahajud, bacalah doa yang pernah dibaca oleh Rasulullah SAW
ini:
6.
Kemudian sambung baca Doa Solat Sunat Tahajjud berikut:~
Ya Allah! Bagi-Mu segala puji-pujian. Dikaulah pendiri langit dan bumi
dan alam semesta serta segala isinya. Bagi-Mulah segala pujian, Dikau Penguasa
langit dan bumi dan alam semesta serta segala isinya. Dan bagi-Mulah segala
puji, Pemancar cahaya langit dan bumi dan alam semesta serta segala isinya.
Bagi-Mulah segala pujian, Dikaulah yang benar (Al-haq), janji-Mu adalah
benar, firman-Mu adalah benar, perjumpaan dengan-Mu adalah benar, syurga itu
benar dan neraka adalah benar. Nabi-nabi itu benar, Nabi Muhammad SAW adalah
benar dan adanya hari Kiamat itu benar.
Ya Allah! Pada-Mulah daku menyerahkan diri, dengan-Mu daku beriman,
kepada-Mu daku bertawakal, kepada-Mu daku kembali, dengan-Mu daku menghadapi
musuh dan kepada-Mu daku berhukum. Ampunilah dosa kesalahanku yang telah lalu
dan yang terkemudian, baik yang daku sembunyikan mahupun yang daku nyatakan, di
mana Dikau lebih mengetahuinya. Dikau yang Maha Mendahului dan Maha Mengakhiri.
Tiada Tuhan melainkan Dikau! Tiada padaku daya dan upaya melainkan dengan
pertolongan Allah!
Ya Allah! Berilah kami kebaikan di dunia dan kebajikan di akhirat dan
peliharalah kami dari azab neraka.
Selawat Allah ke atas Penghulu kami Nabi Muhammad SAW dan ke atas
keluarga serta para sahabat sekeliannya. Segala puji hanyalah untuk Allah;
Tuhan Pemelihara seluruh alam
KELEBIHAN SOLAT TAHAJJUD
Tahajjud adalah solat sunat yang paling afdal.
Doa dimakbulkan Allah.
Memperolehi ketenangan jiwa.
Merasai diri hampir kepada Allah SWT.
Diberikan keistimewaan oleh Allah SWT.
Memperolehi pertolongan dan rahmat Allah.
Menewaskan gangguan dan godaan syaitan.
Mencegah dosa dan menghindari penyakit.
Menjadi lebih berdisiplin dalam melakukan tugas.
Allah SWT memudahkan menerima ilmu yang dipelajari.
Terkeluar daripada catatan sebagai golongan yang lalai.
Dihormati masyarakat dan dijauhi daripada hasad dengki manusia.
Allah SWT memberikan kemudahan dan rezeki yang berpanjangan.
Orang bersolat Tahajud menjadi kesayangan Allah SWT.
Diberi keistimewaan yang orang lain tidak perolehi.
Mendapat kemuliaan Allah SWT di dunia dan akhirat.
Meninggikan martabat seorang hamba di sisi Allah Azza Wa Jalla.
Memudahkan hisab di akhirat dan melintasi Titian Siratal-Mustaqim.
Memudahkan Bangun Solat Malam
Sebelum masuk tidur, berniat ingin melakukan Solat Tahajjud.
Menjauhkan diri daripada perbuatan maksiat.
Bersederhana makan dan minum pada waktu siang.
Membaca ayat-ayat Al-Quran.
Rasulullah SAW bersabda: “Sesiapa
yang hendak tidur dan berniat untuk bangkit bagi mengerjakan Solat Sunat
Tahajjud, kemudian tidurnya terlajak sampai ke pagi, maka dicatat niatnya itu
sebagai satu pahala, manakala tidurnya pula dikira sebagai kurniaan Allah yang
diberikan kepadanya.” (Riwayat al-Nasa’i
dan Ibnu Majah r.a.)
وَالسَّلاَمُ عَلَيْكَمْ وَرَحْمَةُ اللهُ وَبَرَكَاتُه
By; shafiqolbu
ikalan saiz 250
iklan adnow
0 Response to "Panduan Solat Sunat Tahajjud Yang Betul Dan Lengkap"
Post a Comment