iklan responsive
Rawatan Secara Tradisional Dan Juga Doa Untuk
Rawatan Secara Islamik Untuk Menyembuhkan Penyakit Kayap
Penyakit kayap terbahagi kepada tiga jenis iaitu
kayap melukut, kayap jagung dan kayap ular atu nama saintifiknya herpes zoster
atau disebut shingles berpunca daripada serangan virus Varicella zoster (VZB)
iaitu kelompak virus herpes. Apabila virus ini berada dalam badan. mangsa akan
berasa demam ,tekak loya dan pening berpanjangan. Badan pesakit pula akan
dijangkiti ruam panas, badan sengal dan hilang selera makan. Bagi pesakit kayap
yang lebih serius, pesakit akan dijangkiti gelembung air pada bahagian tertentu
di badan.
Jika anda ada simtom-simtom penyakit kayap, silalah
berjumpa doktor atau mencuba rawatan tradisional atau petua yang difikirkan
bersesuaian dengan penyakit kayap ini.
Petua 1 : Asah kulit pokok kerayong dan disapukan di
tempat yang dijangkiti . Kayap tersebut akan kering dan boleh dikoyakkan .
Petua 2 : Potong batang keladi candik dan ambil
airnya lalu disapukan ke tempat sakit. Besoknya kayap boleh dikoyakkan dan
pulih.
Petua 3 : Ambilkan 10 duri pokok kekabu dan asahkan
duri itu sehingga keluar cecair yang agak pekat. Tadahkan dalam satu bekas,
kemudian sapukan cecair duri kekabu ini dan sapukan pada bahagian anggota badan
anda yang ada kayap itu. Amalkan petua ini berulangkali sehingga kayap anda
kering dan sembuh.
Petua 4 : Daun cili boleh mengubati penyakit kayap .
Ambil beberapa daun cili dan kapur makan dan kemudian tumbuk dan ramaskan daun
cili serta campurkan dengan sedikit kapur makan. Sapukan di bahagia yang
terkena kayap . Lakukan sehari 2 kali . Kayap akan pudar dan baik dalam masa
beberapa hari.
Untuk rawatan secara islamik pula anda boleh guna
kombinasi doanya ini :
1-
Surah al-Fatihah
2-
Bismillah Lima
3-
Surah al-Hasyr ayat 21-24
4-
Selawat Syifa
5-
Doa Barah ( surah al-qalam 1~2)
ikalan saiz 250

iklan adnow
0 Response to "Rawatan Secara Tradisional Dan Juga Doa Untuk Rawatan Secara Islamik Untuk Menyembuhkan Penyakit Kayap"
Post a Comment