iklan responsive

KENTUT
atau berdasarkan perubatan disebut flatus merupakan perkara yang tidak boleh
dielakkan dari diri manusia. Sebab, kentut ini termasuk perkara rutin yang
selalu sahaja berlaku dalam kehidupan seharian kita dan terkadang seseorang
menganggap remeh mengenai hal ini.
Padahal,
pada waktu-waktu tertentu adanya flatus dapat mengganggu ketenangan hidup kita
terutama ketika sedang solat.
Ketika
kita melaksanakan solat, terkadang flatus itu tiba-tiba muncul. Hingga, tak
ramai dari kita yang menahannya untuk keluar. Dalam hal ini, kita seringkali
merasa tidak selesa, dengan fikiran bahawa adakah solat yang kita kerjakan itu
sah atau tidak. Lalu, bagaimana Islam memandang hal ini?
Dalam
Islam, tentu kita tahu bahawasanya jika buang angin atau flatus ketika solat itu
membatalkan solat. Jadi bagaimana isu mengenai menahan flatus ketika solat,
majoriti jumhur ulama berpendapat jika menahan flatus itu hukumnya makruh.
Mengutip keterangan dari Ramdlan (2014) dari hasil Bahtsul Masil NU, jika persoalan manahan kentut di tengah solat tidak pernah dibicarakan secara langsung dalam hadis Rasulullah SAW.
Mengutip keterangan dari Ramdlan (2014) dari hasil Bahtsul Masil NU, jika persoalan manahan kentut di tengah solat tidak pernah dibicarakan secara langsung dalam hadis Rasulullah SAW.
Meski
demikian, ditemukan hadis yang berkaitan dengan menahan keinginan untuk makan
ketika makanan telah dihidangkan, menahan kencing atau buang air besar ketika
dalam solat. Sesuai hadis yang diriwayatkan oleh Imam Muslim:
“Tidak
ada solat (tidak sempurna solat) di hadapan makanan, begitu juga tidak ada
solat (tidak sempurna solat) sedang ia menahan air kencing dan air besar
(al-akhbatsaani).”
Hadis
tersebut menurut Imam Muhyiddin Syaraf An-Nawawi hukumnya makruh. Jika
seseorang solat ketika makanan telah dihidangkan dan dia ingin memakannya, dan
bagi orang yang menahan kencing dan buang air besar. Makruh ertinya tidak
disukai oleh Allah SWT dan lebih baik ditinggalkan. Menahan flatus dihukumi
makruh, sebab mengganggu fikiran dan menghilangkan khusyuk.
Berdasarkan
keterangan itu, maka seseorang yang menahan flatus ketika solat hukumnya makruh
sepanjang waktu solatnya masih ada. Sebab, menahan flatus dalam solat termasuk
hal yang boleh merosak atau menghilangkan khusyuk.
Oleh
sebab itu, jika kita ingin flatus ketika solat, maka lebih baik mengeluarkannya
(sehingga batal solatnya), selagi waktu solat masih ada. Kemudian, segera
berwudhu untuk melaksanakan solat semula. Jika waktu yang terbaki untuk solat
sudah hampir tamat dan dikhuatiri masuk solat yang lain, maka anjuran yang
disarankan adalah menahan flatus dan meneruskan solatnya. Wallahu ‘alam.
ikalan saiz 250

iklan adnow
0 Response to "Semua Patut Tahu Tahan Kentut Ketika Solat, Apa Hukumnya?"
Post a Comment