iklan responsive
Ajaran
Islam sebenarnya sudah lengkap zahir dan batin dan mencakupi semua urusan
kehidupan manusia termasuklah dalam ikhtiar pagar rumah. Ajaran Islam
menitikberakan akidah yang teguh kepada Allah. Yakinlah bahawa Allah maha
berkuasa ke atas setiap sesuatu. Doa dan pengharapan yang dipohon kepada Allah
dalam usaha pagar rumah lebih diutamakan. Inilah akidah dan inilah pegangan
kita yang beragama Islam. Baginda Rasulullah saw telah mengajar kita akan
kaedah memagar rumah dan kaedah ini silih berganti diajarkan oleh ulama
sehinggalah kini.
Ada
banyak kaedah untuk memagar rumah menurut ajaran Islam. Ayat-ayat suci al-Quran
merupakan mukjizat yang terus mengalir dan penuh berkat dalam usaha memagar
rumah. Ada ayat-ayat terpilih yang sudah disusun oleh ulama bagi tujuan pagar
rumah. Carilah guru-guru yang ahli dalam bidang pagar rumah ini. Dengan izin
Allah, ikhtiar yang dilakukan dengan redha Allah ini penuh keberkatan dan
mengandungi kekuatan yang luar biasa.
Ni
ada sedikit perkongsian untuk diamalkan semoga dgn ikhtiar ni Allah pelihara
rumah serta harta-benda kita dari dimasuki oleh pencuri atau dimasuki oleh
jin.. Insya Allah.
Ketika
rumah anda telah dikunci dengan rapi, maka letakkan TAPAK TANGAN KANAN anda ke
pintu atau dinding rumah dan bacalah ayat-ayat doa seperti berikut :
1)
Mengucap dua kalimah syahadah.. (1x)
2)
Berselawat ke atas Nabi Muhammad SAW.. (3x)
3)
Baca Ayatul Kursi.. (1x)
4)
Baca Surah Yasin ayat ke-9.. (1x)
“Wa
ja’alna mim baini aidihim saddaw wamin kholfihim saddan fa aghsyaina hum fa hum
laa yubsiruun”
Bermaksud
: “Dan KAMI adakan di hadapan mereka dinding-dinding dan di belakang mereka
dinding-dinding (pula), dan KAMI menutup mata mereka sehingga mereka tidak
dapat melihat”.
5)
Lafazkan “Bismillahitawakkaltu’Alallah” ; “La haulawala khuwwata illabillah
‘ill ‘Aliyil ‘Aziim”
Semoga
kita mendapat perlindungan Allah jua. Berhati-hati di jalan raya.
Perkongsian
dari Pusat Rawatan As-Syifa,An-Nur.
ikalan saiz 250

iklan adnow
0 Response to "Inilah Cara Untuk “PAGAR” Rumah Dengan Ayat Al-Quran (Pagar Ghaib)"
Post a Comment