iklan responsive
Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha
Penyayang
Bukankah kami telah melapangkan bagimu, Dadamu
(wahai Muhammad dengan mengisi petunjuk dan hidayah) dan Kami telah meringankan
daripadamu : Bebanmu (menyiarkan Islam) Yang memberati tanggunganmu, (dengan
memberikan pelbagai kemudahan dalam melaksanakannya)
dan Kami telah meninggikan bagimu : sebutan namamu
(dengan mengurniakan pangkat Nabi dan berbagai kemuliaan)
Oleh itu, maka (tetapkanlah kepercayaanmu)
sesungguhnya tiap-tiap kesukaran disertai kemudahan Bahawa sesungguhnya
tiap-tiap kesukaran disertai kemudahan Kemudian apabila engkau telah selesai
(daripada sesuatu amal soleh) maka bersungguh-sungguhlah engkau berusaha
(mengerjakan amal soleh yang lain) dan kepada Tuhanmu saja tempat engkau
memohon. (apa yang engkau gemar dan ingini)
Keterangan Surah al Insyirah
Erti terbuka dada Muhammad ialah senang hatinya, dan
tenteram jiwanya, kerana telah memperoleh ilmu pengetahuan (wahyu) yang
dianugerahkan Allah kepadanya. Sebetulnya nama nabi Muhammad itu telah
ditinggikan Allah, iaitu namanya mahsyur di mana-mana. Tiap-tiap azan terdengar
nama Muhammad. Di mana-mana pun di seluruh dunia mengenali Nabi Muhammad.
Orang-orang yang beriman kepada Allah dan hari yang
kemudian, jika ditimpa musibah, ia teringat akan firman Allah ini, iaitu, “Di
samping kesusahan ada kesenangan, di samping kesempitan ada kelapangan. Sesudah
bala menggoda, di belakangnya nikmat berlipat ganda. Sebab itu ia tidak berduka
cita atau berkeluh kesah atas cubaan dari Allah itu. Kerana ia mempunyai
kepercayaan, bahawa Allah akan mengganti kesusahan itu dengan kesenangan, jika
tidak hari ini mungkin esok hari. Inilah orang yang berhati sabar, yang tidak
berputus asa kerana ditimpa satu cubaan melainkan ia terus berusaha untuk
mencapai hajatnya. Adapun orang yang tidak beriman kepada Allah, maka ia sangat
berkeluh kesah dan berduka cita kerana ditimpa sesuatu bala, kadang-kadabg ia
membinasakan dirinya sendiri. Inilah bahayanya jika tidak beriman kepada Allah.
Kelebihan Surah Al Insyirah
1. Nabi Muhammad S.A.W bersabda : “Barangsiapa
membaca Surah Al-Insyiraah, seperti ia mendatangi aku dan aku mengambil
kesempatan maka menjadi suatu kelapangan daripadaku”.
2. Barangsiapa membiasakan membaca Surah
Al-Insyiraah selesai mengerjakan solat fardhu, nescaya Allah permudahkan
urusannya serta dimudahkan segala keperluannya dan dimudahkan rezekinya.
3. Sesiapa yang membaca Surah Al-Insyiraah nescaya
Allah turut melapangkan dadanya serta dijauhkan daripada segala kesukaran dalam
segala urusannya. Dihilangkan segala sifat kesal dan jemu, serta mendatangkan
rajin dalam mengerjakan ibadat.
4. Barangsiapa membaca Surah Al-Insyiraah sembilan
kali sesudah solat fardhu nescaya Allah akan menjauhkan daripada kesempitan
hidup dan dimudahkan rezeki dalam segala urusan.
5. Siapa-siapa membaca Surah Al-Insyiraah jadi wirid
pada tiap-tiap lepas sembahyang fardhu, nescaya hilang dukacita nya dan
mengurniailah oleh Allah s.w.t. akan rezekinya dengan beberapa banyak.
6. Siapa-siapa sentiasa banyak membaca Surah
Al-Insyiraah nescaya mudah mendapat rezekinya dan luas fikirannya, senang
membuat sesuatu pekerjaan dan hilang daripadanya sifat malas.
7. Siapa-siapa membaca Surah Al-Insyiraah 7 (tujuh)
kali pada tiap-tiap lepas sembahyang, nescaya terlepas daripadanya kesusahan
dan mudah oleh Allah s.w.t. akan rezekinya.
8. Siapa-siapa membaca Surah Al-Insyiraah 40 (empat
puluh) kali pada tiap-tiap lepas sembahyang fardhu selama tujuh hari
berturut-turut, nescaya mengurnia Allah s.w.t. kepadanya kekayaan.
Kelebihan membaca surah al Insyirah ketika susah:
Siapa-siapa susah pada suatu pekerjaan, hendaklah
sembahyang dengan cara yang tersebut di bawah ini, nescaya sampai maksudnya,
iaitu:
1. Sembahyang sunat dua rakaat.
2. Pada tiap-tiap rakaat baca Surah Al-Fatihah dan
surah (mana-mana surah)
3. Lepas sembahyang, duduk menghadap kiblat dengan
tetap bersungguh-sungguh ingatlah akan Allah s.w.t., dan baca Surah
Al-Insyiraah sebanyak bilangan hurufnya.
4. Sesudah membaca Surah Al-Insyiraah, pohonkanlah
apa-apa yang di hajati daripada Allah s.w.t.
a) Siapa-siapa membaca Surah Al-Insyiraah 200 (dua
ratus) kali pada tiap-tiap hari ketika matahari naik (waktu dhuha), nescaya
memperlihat oleh Allah s.w.t. kepadanya perkara-perkara yang ajaib.
b) Siapa-siapa berhajat sesuatu perkara, bacalah
Surah Al-Insyiraah 700 (tujuh ratus) kali atau 1000 (seribu) kali pada
tiap-tiap hari selama ia mengusahakannya, nescaya beroleh apa-apa yang di
hajati.
c) Siapa-siapa menulis Surah Al-Insyiraah pada suatu
bekas dan menghapuskannya dengan air mawar kemudian minum, nescaya hilang
dukacitanya dan terpelihara daripada terkejut.
Insya Allah, semoga perkongsian ilmu yang sedikit di
atas dapat memberikan 1001 manfaat dan kebaikan kepada kita semua.
Wallahualam
Sumber: darahatiku.blogspot.my
ikalan saiz 250
iklan adnow
0 Response to "Sesiapa Yang Membaca Surah 'INI' 7 Kali Pada Tiap-tiap Lepas Sembahyang, Nescaya Terlepas Daripadanya Kesusahan Dan Dimudahkan oleh Allah S.W.T. Akan Rezekinya."
Post a Comment