iklan responsive
Di antara sebab terpenting diturunkanNya rezeki
ialah istighfar (memohon keampunan dari Allah) dan taubat kepada Allah. Sudah
betulkah Istighfar Anda? Takut Nanti Jika Tidak Betul Akan Mengakibatkan
Tertolaknya Rezeki
Cara Yang Betul Beristighfar Oleh Mufti Kedah Sheikh
Baderuddin Hj Ahmad
Assalamualaikum WBT dan Salam Sejahtera
اللَّهُمَّ صَلِّ عَلَى مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِ مُحَمَّدٍ
Hari ini sudah masuk fasa hujung bulan Syaaban.
Mudah-mudahan Allah SWT memberi kita kesempatan untuk bertemu dengan bulan
Ramadhan.
Kalau dalam bulan Rejab dan Syaaban, Rasulullah SAW
menggalakkan kita menambahkan amalan ibadat, apatah lagi bulan Ramadhan.
Salah satu amalan yang amat dituntut adalah
beristighfar.
Kenapa perlunya beristighfar? Nak tahu jawapan ada
di bawah nanti.
Tapi, yang terlebih utama adalah kita betulkan cara
beristighfar dahulu.
Menurut Sheikh , kita boleh beristighfar dengan
cara:
1.Baca tanpa waqaf
Astaghfirullahal’azim Allazi Lailahaillahuawal
Hayyul Qayyum Waatu Builaih
2. Baca dengan waqaf
Astaghfirullahal’azim ,
Allazi Lailahaillahuawal Hayyul Qayyum ,
Waatu Builaih
Kelebihan Beristighfar
Di antara sebab terpenting diturunkanNya rezeki
ialah istighfar (memohon keampunan dari Allah) dan taubat kepada Allah.
Memperbanyak istighfar, memohon keampunan kepada
Allah adalah salah satu cara untuk memperolehi rahmat dan diberi rezeki dari
arah yang tidak di sangka-sangka.
Hadis Nabi s.a.w. bermaksud :
“ Barangsiapa tekun beristighfar, nescaya Allah
mengadakan baginya jalan keluar dari tiap-tiap kesempitan serta diberi rezeki
dari arah yang tidak di sangka-sangka.”
(H.R. Abu Dawud, Nasa’i, Ibnu Majah dan Hakim)
Allah akan mengampunkan kesalahan kita sebagaimana
firman Allah bermaksud,
“Mohonlah ampun kepada Tuhan mu, sesungguhnya Dia
Maha Pengampun.”
(Nuh: 10)
Dalam Al-Quran, terdapat nas yang menunjukkan bahawa
dengan istighfar dan bertaubat kepada Allah, termasuk diantara sebab-sebab
diturunkan rezeki dan dikurniakan rahmat Allah.
Dalam Al-Quran terdapat petikan kata-kata Nabi Nuh
kepada kaumnya:
“Maka aku katakan kepada mereka. ‘Mohonlah ampun
kepada Tuhanmu’, sesungguhnya Dia adalah Maha Pengampun, nescaya Dia akan
mengirimkan hujan kepadamu dengan lebat dan membanyakkan harta dan anak-anakmu
dan mengadakan untukmu kebun-kebun dan mengadakan (pula di dalamnya) untukmu
sungai-sungai’.”
(Nuh: 10-12)
Maka selalulah beristighfar dan bertaubat kerana ini
merupakan antara sebab murahnya rezeki kita, berkatnya harta kita dan makbulnya
doa doa kita kerana kita telah meminta ampun dari Allah dan InsyaAllah, Allah
yang sifatnya Maha Pemurah akan mengurniakan permintaan dan memakbulkan doa
kita kita. Janganlah jemu-jemu beristighfar.
Ada hadis mengatakan bahawa Rasulullah beristighfar
sebanyak sekurang-kurangnya 70 kali sehari.
Maksudnya : “Bersabda Nabi s.a.w. : “Alangkah
beruntungnya sesiapa yang mendapati di dalam lembarannya (amalannya), bahawa
amal istighfar (nya) begitu banyak.”
(Hadis riwayat Ibnu Majah).
Aisyah berkata, “Beruntunglah, orang-orang yang
menemukan istighfar yang banyak pada setiap lembar catatan harian amal mereka.”
(HR.Bukhari).
Hadis di atas jelas menunjukkan bahawa mereka yang
sering mengamalkan istighfar akan mendapat keuntungan kerana، besarnya
kelebihan yang terdapat dalam lafaz istighfar.
Keuntungan ini merupakan rahmat Allah Subhanahu wa
Ta‘ala kepada hamba-hambaNya serta ganjaran atas ketaatan mereka kepadaNya
Astaghfirullahaladzim…
Astaghfirullahaladzim…
Astaghfirullahaladzim…
Ungkapan yang amat mudah, tetapi untuk melazimi
dalam menuturkannya amat sukar. Ini
adalah ungkapan paling keramat buat kita yang bergelar pendosa.
Saban waktu tidak lari daripada melakukan dosa. Dengan rasa penyesalan sebagai sang pendosa,
sentiasalah menuturkan astaghfirullahaladzim, kami memohon ampun kepadaMu
yaALLAH.
Beristighfarlah kerana Allah akan memberikan banyak
kebaikan di dalamnya.
Rasulullah saw bersabda, “Barang siapa
memperbanyakkan istighfar, maka akan diberi kelapangan dalam setiap kesusahan
dan jalan keluar dari kesempitan. Dan dianugerahi rezeki dari jalan yang tiada
disangka-sangka.” (Hadith Riwayat Abu Dawud dan Nasa’i).
Bacalah ia dengan hati dan merasai sehingga ke dalam
jiwa kita. Pasti Allah akan memudahkan segala urusan kita.
Jika kita rasa tersepit dengan ujian, pohonlah ampun
kepada Allah. Kelak Allah memberi kita jalan keluar untuk sesuatu penyelesaian
dan Allah akan memberikan kita rezeki daripada arah yang tidak disangka-sangka.
Ajaib bukan kuasa istighfar?
Bukan itu sahaja malahan tika tibanya musim panas
dan kemarau, dan kita sangat mendambakan hujan turun.
Pasti kita akan terus merungut-rungut marah kerana panas
yang berpanjangan walhal formulanya mudah sahaja, Allah hanya meminta kita
untuk memohon ampun kepadaNya.
Seperti firmanNya di dalam surah Nuh, ayat 10 hingga
12,
“Pohonkanlah ampun kepada Tuhan kamu, sesungguhnya
adalah Ia Maha Pengampun. Sekiranya kamu berbuat demikian, Ia akan
menghantarkan hujan lebat mencurah-curah kepada kamu, dan Ia akan memberi
kepada kamu dengan banyaknya harta kekayaan serta anak-pinak dan Ia akan
mengadakan bagi kamu kebun-kebun tanaman serta mengadakan bagi kamu sungai-sungai
yang mengalir.”
Jelas, pengasih dan penyayangnya Allah, tatkala kita
memohon ampun kepadaNya, bukan sahaja hujan yang diturunkan, malah dikurniakan
pula kita banyaknya harta, dianugerahkan pula kita rezeki anak-pinak, serta
diberikan kita keindahan syurga.
Tidak kiralah berapa banyaknya dosa kita, menggunung
tinggi atau seluas lautan sekali pun dosa kita yang telah kita lakukan, Allah
akan sentiasa menanti dan menerima taubat hamba-hambaNya.
Istighfar sahaja, mudah bukan? Jangan terlalu
ikutkan rasa beratnya hati. Lafazkan sahaja, kemudian tekadkan di dalam hati
untuk meninggalkan segala perbuatan dosa.
Boleh jadi dengan ungkapan taubat dan istighfar
saban waktu, menjadikan kita hamba Allah yang membenci dengan
perlakuan-perlakuan dosa.
Ayuh kita menjadi seperti junjungan mulia Nabi
Muhammad SAW. Baginda walaupun maksum dan sudah pun diampunkan dosa-dosanya
yang lalu dan akan datang, tetapi Baginda tetap melazimi istiqamah melakukan
taubat lebih daripada 70 kali sehari.
Diriwayatkan daripada Abu Hurairah r.a beliau
berkata, “Aku mendengar Rasulullah SAW bersabda: “Demi Allah! Sesungguhnya aku
memohon keampunan daripada Allah dan aku bertaubat kepadaNya dalam sehari lebih
daripada 70 kali.” (Riwayat Al-Bukhari)
Kita punya Tuhan yang penuh dengan sifat kasih
sayang ke atas hamba-hambaNya. Masakan kita akan terus hanyut dengan dosa tanpa
rasa bersalah dan ingin bertaubat?
Hebatnya kuasa istighfar, jika kita membacanya dan
merasainya dengan hati, kelak Allah akan memberikan cahayaNya di akhirat kelak.
“Hai orang-orang yang beriman, bertaubatlah kepada
Allah dengan taubatan nasuha (taubat yang semurni-murninya). Mudah-mudahan
Rabbmu akan menutupi kesalahan-kesalahanmu dan memasukkanmu ke dalam jannah
yang mengalir di bawahnya sungai-sungai, pada hari ketika Allah tidak
menghinakan Nabi dan orang-orang mukmin yang bersama dia; sedang cahaya mereka
memancar di hadapan dan di sebelah kanan mereka, sambil mereka mengatakan: ‘Ya
Rabb kami, sempurnakanlah bagi kami cahaya kami dan ampunilah kami;
Sesungguhnya Engkau Maha Kuasa atas segala sesuatu’.” (Surah at-Tahrim: ayat 8)
Sesungguhnya maksiat yang kita lakukan akan
meninggalkan tompok hitam dalam hati kita, dan akan menjadikan kehidupan kita
kelam dan tidak tenteram.
Sedangkan istighfar akan membersihkan kembali noda
hitam yang bersarang di dalam hati dan juga memberi cahaya dalam perjalanan
kita. Istighfarlah sehingga hati kita benar-benar telah kuat.
Setelah itu bertaubatlah dengan bersungguh-sungguh.
Mintalah kepada Allah supaya menguatkan azam kita untuk terus kekal melazimi
taubat.
Taubat dan istighfar adalah merupakan eksperi sifat
kehambaan dan ketaqwaan di dalam diri setiap mereka yang bergelar hamba Allah.
Sebaik-baik muhasabah adalah dengan perbanyakkan istighfar.
Anda sudah istighfar dan bertaubat hari ini? Kalau
belum, ucapkanlah Astaghfirullahaladzim dengan penuh rasa cinta dan penyesalan.
ikalan saiz 250
iklan adnow
0 Response to "Sudah betulkah Istighfar Anda? Takut Nanti Jika Tidak Betul Akan Mengakibatkan Tertolaknya Rezeki"
Post a Comment