iklan responsive
Kata orang kalau kita kaya, hari-hari rasanya
seperti hari raya. Boleh bergembira dan berbuat semua kebaikan yang kita
impikan. Dapat memberi dan berkongsi kekayaan kita dengan orang lain.
Tetapi benarkah kita hanya boleh berbuat baik, dan
memberi kepada orang lain sekiranya kita kaya-raya sahaja?
Kebaikan sebenarnya dapat diberikan kepada orang
lain dalam apa jua keadaan sekali pun. Sesetengah situasi datang sebagai ujian
dalam hidup untuk kita memilih sama ada untuk memberi atau melupakan.
Kadangkala kita juga mungkin terlupa untuk memberi
kepada insan terdekat yang kita temui saban hari.
Jadi, apa kata kita lakukan 11 cara memberi yang
sangat mudah ini meskipun kita belum lagi menjadi orang kaya atau jutawan.
1.
Salam dan peluk
Apabila berjumpa dengan golongan gelandangan atau
anak-anak yatim, hulurkan bantuan dan duduk berbual bersama-sama mereka. Selain
daripada wang ringgit, mereka juga perlukan teman berbual dan merasakan pelukan
mesra seorang ahli keluarga.
2.
Meow!
Ada kucing jalanan yang merapati kita sewaktu di
kedai makan? Kongsikan sedikit makanan kita serta belai manja kucing-kucing
ini. Haiwan juga seperti manusia, selain mempunyai makanan dan tempat tinggal, mereka
juga mahu disayangi dan dimanjakan.
3.
Kosong-kosong
Memberi kemaafan kepada seseorang bukan mudah.
Beritahu dengan jelas kepada orang yang meminta maaf kepada kita, bahawa kita
telah memaafkan dia dengan setulus hati. Kemaafan bukan sahaja akan memberi
ketenangan hati kepada dia, tetapi kepada kita juga.
4.
Jalan terus dan belok kiri!
Tidak tahu ke mana hendak dituju apabila berada di
tempat yang baru dikunjungi memang tidak menyeronokkan. Andai kita arif
selok-belok sesebuah bangunan atau tempat, tunjukkan arah yang jelas kepada
orang yang bertanya sehingga dia menemui apa yang dicari.
5.
Percuma untuk kamu!
Sewaktu membeli makanan, bayarkan beberapa bungkusan
lebih untuk orang lain yang datang kemudian. Di pasar malam, beli satu dulang
kuih kegemaran kita, dan minta penjual agihkan percuma kepada sesiapa sahaja
yang berhajat membelinya nanti.
6.
Syurga kita
Semakin hari ibu bapa kita akan menjadi semakin
berusia. Sekiranya mereka memerlukan rawatan rapi di hospital atau di rumah,
tawarkan diri menjaga mereka dengan sebaiknya. Kita tidak tahu berapa lama masa
yang kita ada untuk melakukan bakti sebegini.
7.
Hai Pak Guard!
Berselisih dengan pengawal keselamatan setiap hari?
Selain senyum, tanyakan juga khabar mereka. Jangan lupa bungkuskan kopi O dan
makanan juga. Sekali-sekala tanyakan tentang keluarga dan kisah kerja mereka.
8.
Bento untuk semua
Bekalkan makanan lebih untuk anak kita makan bersama
rakan-rakannya pada waktu rehat di sekolah. Sewaktu mengambil anak pulang dari
sekolah atau di taman permainan, belanja aiskrim buat kanak-kanak yang ada di
sana.
9.
“Keyboard warrior”
Di media sosial hari ini, terdapat pebagai isu
dipaparkan dan kemudian dibaca oleh kita. Tinggalkan komen yang sopan dan tidak
menghakimi orang lain. Wira papan kekunci yang sebenarnya adalah mereka yang
tidak mudah berkongsi tanpa usul periksa dan menghormati orang lain.
10.
Senyum
Jika seseorang tersenyum kepada kita, balas semula
senyuman itu dengan lebih manis. Kita tidak tahu apa yang dia sedang hadapai,
tetapi dia masih mampu menguntumkan senyuman buat kita. Senyuman adalah
pemberian paling mudah dan memberi kesan gembira serta-merta kepada pemberi dan
penerimanya.
Tidak ada salahnya menjadi kaya untuk memberi kepada
orang lain.
Namun kita tidak perlu menunggu menjadi kaya atau
jutawan sebelum mahu berkongsi apa yang kita ada.
Sewaktu memberi, hantarkan barang pemberian kita itu
bersama rasa kasih, sayang dan persahabatan kepada orang yang menerima. Memberi
bererti mendidik hati merasa cukup dengan apa yang ada serta langsung tidak
mengharapkan ucapan terima kasih.
Kita mungkin tidak akan dikenali sampai bila-bila
tetapi hati kita akan merasa bahagia.
Jadi, sudahkah kita memberi walaupun sekuntum
senyuman pada hari ini?
KONGSIKAN ARTIKEL INI
Nabi Muhammad s.a.w berpesan, “sampaikanlah dariku
walau satu ayat” dan “setiap kebaikan adalah sedekah.” Apabila anda kongsikan
artikel ini, ia juga adalah sebahagian dari dakwah dan sedekah. Insyallah ramai
yang akan mendapat manafaat.
kredit : tazkirah.net
ikalan saiz 250

iklan adnow
0 Response to "10 Cara Memberi Walaupun Kita Tidak Kaya"
Post a Comment