iklan responsive
Ayat Penunduk Untuk Anak-Anak Yang Nakal, Degil Dan
Suka Melawan Cakap Ibu Bapa...Mohon Amalkan!
Secara fitrahnya semua ibu bapa mahukan anak-anak
yang menghormati ibu bapa, mentaati hukum agama, sentiasa menjauhi maksiat
serta tidak terjebak dengan gejala sosial.
Pengalaman penulis di Darussyifa’ sering bertemu
dengan ibu bapa yang mengadu tentang anak-anak mereka yang terjebak dengan
gejala sosial seperti anak-anak yang lari dari rumah, bergaul dengan remaja
yang rosak akhlak, berzina, menagih dadah, melawan ibu-bapa, kasar serta biadab
dengan ibu bapa dan seumpamanya.
Ibu bapa yang datang ke Darussyifa’ ini meminta
perawat mengikhtiarkan sesuatu supaya anak-anak mereka boleh dipulihkan. Di
antara yang biasa dilakukan oleh perawat ialah;
Kaedah Pertama:
Membaca doa-doa tertentu pada air seperti Surah
al-Fatihah, Doa Pelembut Hati (Surah Taha ayat 1 hingga 5), Selawat Syifa’,
Selawat Tafrijiyah, Doa Menghindar Maksiat (Surah al-Mu’min ayat 3) dan
beberapa doa-doa yang lain. Air yang telah dibacakan dengan doa ini diberi
minum kepada anak-anak yang bermasalah ini juga dibuat bilasan mandi.
Kaedah Kedua:
Satu lagi ikhtiar yang sangat mujarab bagi mengatasi
anak-anak yang suka melawan ibu-bapa ialah dengan memberi minum mandikan
anak-anak ini dengan air tadahan lebihan wuduk ibu-bapa. Caranya seperti
berikut;
Ibu dan bapa terlebih dahulu membersihkan semua
anggota wuduk dengan sabun. Anggota-anggota wuduk ini termasuk yang rukun dan
sunat iaitu mulut, hidung, muka, kedua tangan, kepala, kedua-dua telinga dan
kaki hingga buku lali.
Setelah dibersihkan anggota-anggota wuduk tersebut,
gunakan air biasa minuman atau air mineraluntuk mengambil wuduk.
Cara yang mudah, duduk di atas kerusi dan letakkan
baldi di bahagian antara kedua belah kaki. Biar isteri tolong menuangkan air
untuk mengambil wuduk.
Membasuh semua anggota wuduk tiga kali. Mulakan
dengan membaca bismillah. Basuh kedua belah tapak tangan diikuti dengan
berkumur-kumur, membersihkan hidung. Pastikan air yang telah digunakan untuk
membasuh tapak tangan dan berkumur-kumur masuk ke dalam baldi.
Berniat mengambil wuduk diikuti membasuh muka,
seterusnya membasuh kedua tangan hingga ke siku, menyapu sedikit air di
bahagian kepala, membasuh telinga dan akhir sekali membasuh kedua belah kaki
hingga ke buku lali.
Setelah suami selesai, isteri pula mengambil wuduk
dengan cara yang sama manakala suami pula yang membantu menuangkan air.
Setelah selesai, air lebihan wuduk yang terkumpul di
dalam baldi tersebut dicampurkan dengan air biasa.
Beri minum air tersebut kepada Mandikan anak-anak
yang bermasalah dengan air tersebut. Insya’Allah dia akan menjadi anak yang
patuh kepada kedua ibu-bapanya.
Pencegahan Awal
Daripada pengamatan penulis serta kajian yang telah
dibuat, lebih 90% ibu-bapa yang datang mengadu anak mereka bermasalah, apabila
diperdengarkan doa berikut, mereka kata tidak pernah pun mendengar doa ini. Doa
tersebut adalah seperti berikut;
Terjemahannya: Ya Allah, jauhkan syaitan daripada
kami dan jauhkan syaitan daripada anak yang akan Engkau anugerahkan kepada
kami.
Doa ini diajarkan oleh Rasulullah SAW kepada umatnya
sebagai pencegahan awal bagi mengelakkan zuriat keturunan kita daripada
diganggu dengan mudah oleh syaitan.
Doa-doa yang disarankan oleh Islam:
Doa Untuk Anak Yang Degil.
Setelah membuat kajian, saya dapati banyak carian
berkaitan doa untuk anak. Untuk post kali ini, saya siarkan doa untuk diamalkan
oleh ibubapa bagi mengatasi masalah anak yang degil.
Sebelum memulakan rawatan untuk anak ini, saya
nasihatkan ibubapa supaya mengenalpasti dulu punca masalah tersebut. Cari sebab
kenapa anak-anak kita menjadi degil, nakal atau tidak mahu mendengar nasihat.
Cuba lihat pada nama anak itu. Cari maksud nama
tersebut. Adakah ia bersesuaian dengan karektor anak.
Kemudian fikirkan sejenak cara kita mendidik dan
melayan anak. Adakah sangat ketat, sangat garang, sangat manja atau terbiar
sahaja. Kesemua ini memberi kesan terhadap perangai anak.
Cubalah selami jiwa dan kemahuan anak-anak.
Barangkali ada pertentangan antara cara kita dan kehendak anak-anak. Mungkin
juga disebabkan oleh “jurang generasi”.
Fikirkan juga punca rezeki yang kita perolehi. Dari
sumber mana dan adakah ia halal, syubhah atau haram. Kesemua ini ada kesan
kepada jiwa anak-anak.
Seterusnya , bagaimana pula dengan didikan agama
mereka ? Berapa kali kita berjemaah bersama keluarga. berapa kali kita membaca
Quran bersama-sama.
Sebagai ibubapa, kita perlu ambil tahu siapakah
teman-teman anak kita dan apakah aktiviti mereka dan kemana mereka selalu
pergi.
Sekiranya ada kekurangan berkaitan cara kita,
silalah perbaiki diri. Berubahlah supaya kita menjadi idola anak-anak. Rapatkan
hubungan dengan ank-anak. Kemudian amalkanlah doa untuk anak yang degil ini.
Untuk memulakan rawatan untuk anak yang degil,
mulakan dengan bacaan Surah Al Fatihah, Ayatul Qursi Selawat Syifa sebanyak
tujuh kali.kemudian usaplah ubun-ubun anak itu dengan penuh kasih sayang.
Pasang niat di dalam hati. Bacalah doa rawatan anak yang degil sebanyak tujuh
kali. Tiuplah di ubun-ubun anak itu setiap kali selesai membaca doa dibawah.
ikalan saiz 250
iklan adnow
0 Response to "Ayat Penunduk Untuk Anak-Anak Yang Nakal, Degil Dan Suka Melawan Cakap Ibu Bapa...Mohon Amalkan!"
Post a Comment