iklan responsive
Segala yang berlaku telah ditentukan olehNya, kita
sebagai hambaNya mampu berdoa, berusaha dan bertawakal akan apa yang terjadi.
Begitu jugalah dengan hari kematian kita, yang mana tidak seorang pun yang
mampu menduga, dan mengetahuinya.
Menerusi perkongsian dari Uztaz Emran Ahmad
sememangnya kita tidak mengetahui akan hari kematiam, namun persediaan atau
persiapan untuk menghadapinya masih boleh kita lakukan. Ikuti perkongsian dari
Ustaz Emran ini untuk mengetahui akan ubat buat kita yang takut akan kematian.
Perasaan Takut Mati
Kenapa kita merasa takut mati dan merasa cemas atau
bimbang apabila memikirkan tentang kematian?
~ Aljawab kerana kita terlalu mencintai dunia dan
kehidupan ini serta merasa sayang untuk meninggalkannya.
Sebahagian orang pula merasa bimbang atau takut
untuk mati kerana menyangka kehidupannya akan TAMAT dan tiada apa-apa lagi
selepas mati iaitu tiada alam ruh, tiada akhirat dan tiada kesedaran kecuali
sebuah pengakhiran yang sia-sia.
Allah berfirman dalam alQuran;
وَلَا
يَتَمَنَّوْنَهُ أَبَدًا بِمَا قَدَّمَتْ أَيْدِيهِمْ ۚ وَاللَّهُ عَلِيمٌ بِالظَّالِمِينَ
“Mereka tidak menginginkan kematian itu
selama-lamanya disebabkan kejahatan yang telah mereka perbuat dengan tangan
mereka sendiri. Dan Allah Maha Mengetahui akan orang-orang yang zalim.”
(Al-Jumuah:7)
Justeru memikirkan tentang kematian menyebabkan
golongan ini menjadi tertekan, cemas dan bimbang serta merasa ketakutan.
Ubatnya;
1. Kematian ialah pasti, semua orang di seluruh
dunia ini akan menghadapinya baik cepat atau pun lambat. Ianya merupakan proses
kehidupan yang mesti dilalui oleh semua makhluk.
Justeru pasrah, redha dan terima HAKIKAT ini ialah
ubat yang pertama.
2. Menyedari kita akan mati, buatlah persiapan
awal-awal sebelum datang saat kematian yang tidak diketahui bila. Semakin cepat
kita bertindak dan bersedia adalah lebih baik.
Persediaan untuk mati ada dua, iaitu;
Persediaan untuk meninggalkan dunia ini
Persediaan untuk menghadapi kehidupan selepas mati
Ada orang dia bersiap sedia untuk mati, tetapi
sekadar untuk meninggalkan dunia ini sahaja. Dia membuat wasiat, dia menikmati
hidup ini dengan sebaik-baiknya, dia mengumpulkan kekuatan untuk menghadapi
kematian dengan tenang dan pasrah menerima hakikat hidup.
Namun dia tidak bersedia dengan kehidupan selepas
mati.
Masalah ini selalunya dihadapi oleh orang yang
bergelar “Muslim secara baka” atau Islam secara warisan keturunan yang tidak
melalui fasa pencarian kepercayaan atau keimanan sebaliknya hanya mewarisi
agama daripada keturunan atau keluarga persekitaran.
3. Kehidupan selepas mati ialah melibatkan soal
kepercayaan, keimanan seseorang terhadap agama, Al-Quran dan al-sunnah serta
keyakinan kepada Tuhan. Bagi menyelesaikan masalah krisis keimanan dan keyakinan,
perjalanan mencari kebenaran perlu dilakukan oleh individu tersebut.
Perjalanan mencari hidayah dan petunjuk!
Mengkaji, mendalami ilmu mengenai ketuhanan dan
agama, bermusafir untuk melihat alam dan kebesarannya dan menghayati kebenaran
melalui hujah, kajian dan menjawab persoalan yang membawa kepada keyakinan yang
jitu.
Hanya dengan melakukan pencarian Iman dan hidayah
barulah golongan ‘Muslim baka’ dapat menemui semula nilai agama dan keImanan
yang selama ini diambil secara sambil lewa atau ‘take for granted’.
Allah berfirman;
إِنَّ
الَّذِينَ لَا يَرْجُونَ لِقَاءَنَا وَرَضُوا بِالْحَيَاةِ الدُّنْيَا وَاطْمَأَنُّوا
بِهَا وَالَّذِينَ هُمْ عَنْ آيَاتِنَا غَافِلُونَ
“Sesungguhnya orang-orang yang tidak mengharapkan
(tidak percaya akan) pertemuan dengan Kami, dan merasa puas dengan kehidupan
dunia serta merasa tenteram dengan kehidupan itu dan orang-orang yang
melalaikan ayat-ayat Kami.” (Yunus: 7)
4. Beramal soleh bersungguh-sungguh untuk
mengumpulkan bekal di hari akhirat. Dan hal ini akan lebih bermakna selepas
seseorang itu memperolehi keyakinan dan keimanan yang teguh hasil daripada
penat-lelah dan usaha payahnya mencari kebenaran dan hidayah.
Allah menyebut dalam alQuran;
وَمَنْ
أَرَادَ الْآخِرَةَ وَسَعَىٰ لَهَا سَعْيَهَا وَهُوَ مُؤْمِنٌ فَأُولَٰئِكَ كَانَ سَعْيُهُمْ
مَشْكُورًا
“Dan barangsiapa yang menghendaki kehidupan akhirat
dan berusaha ke arah itu dengan sungguh-sungguh, sedangkan dia adalah mukmin,
maka mereka itulah orang-orang yang usahanya dibalas dengan baik.” (Al-Israa’:
19)
# Kesimpulannya, perjalanan dan kewajipan kita masih
lagi jauh daripada selesai dan sangat memerlukan fokus yang tidak berbelah bagi
daripada kita. Justeru kita patut sedar bahawa kita tidak mempunyai masa untuk
menyibukkan diri dengan hal yang remeh-temeh dan sia-sia.
Akhir kata, bagi sesiapa yang memahami penjelasan
ringkas tentang perihal persediaan selepas mati ini, ayuh marilah kita
memulakan perjalanan mencari hidayah jika belum bermula.
Jika sudah bermula, segera dapatkan jawapannya. Jika
sudah dapat, ayuh marilah pula bersiap-sedia dengan amalan dan perbuatan yang
boleh menjadi bekal untuk menghadapi kehidupan yang kekal! Lekas, sebelum ajal
mendatangi kita!
ikalan saiz 250
iklan adnow
0 Response to "Inilah Cara Untuk ‘Ubati’ Rasa Takut Akan Kematian"
Post a Comment