iklan responsive
Kesalahan bertudung
Aurat itu adalah memakai tudung sahaja.
Bertudung tetapi dengan ‘T-Shirt’ berlengan pendek.
Bertudung tetapi baju kurungnya terbelah kainnya.
Bertudung tetapi bajunya sendat, sempit dan nipis
lalu memaparkan bentuk kawasan-kawasan mudah ‘menggoda’.
Bertudung tetapi amat longgar dan menayangkan jambul
dan/atau hujung rambutnya.
Bertudung tetapi hanya memakainya di pejabat atau
sekolah sahaja. Tidak di sekitar rumah, pasaraya dan sebagainya.
Bertudung tetapi tudungnya dilempar ke belakang
leher, maka terdedahlah dadanya dari ditutupi kain tudung.
Bertudung tetapi dengan tudung yang amat nipis
sehingga boleh dilihat sanggul, leher, tengkuk dan dadanya.
Bertudung tetapi menampakkan bahagian hadapan anak
rambut.
Bertudung tetapi tidak menutup kaki (memakai
stokin). Kaki juga adalah aurat wanita.
Bertudung tetapi tidak menjaga batas-batas pergaulan
antara lelaki dan perempuan.
Bertudung tetapi penuh dengan hiasan di kepala yang
menarik orang lain untuk melihatnya.
Bertudung tetapi menggunakan wangian berlebihan.
Bertudung tapi memakai kasut bertumit tinggi yang
menghasilkan bunyi apabila berjalan, jesteru menarik perhatian orang
sekeliling.
Bertudung itu hanya apabila memasuki kawasan masjid,
menghadiri kenduri perkahwinan atau arwah.
Bertudung hanya apabila hadirnya “lelaki yang bukan
ahli keluarga”. Apabila bersama sepupu lelaki, tidak perlu bertudung, sedangkan
apabila kita bersalaman dengan mereka pasti terbatal wudhu’ kita. Dengan itu,
sepupu lelaki adalah bukan mahram dan wajib menutup aurat di hadapan mereka.
Bertudung, tetapi menayangkan foto tidak bertudung
di alam maya (e.g. Facebook).
Bertudung tetapi memakai make-up yang berlebihan.
Wahai Nabi, suruhlah isteri-isterimu dan anak-anak
perempuanmu serta perempuan-perempuan yang beriman, supaya melabuhkan
pakaiannya bagi menutup seluruh tubuhnya (semasa mereka keluar); cara yang
demikian lebih sesuai untuk mereka dikenal (sebagai perempuan yang baik-baik)
maka dengan itu mereka tidak diganggu. Dan (ingatlah) Allah adalah Maha
Pengampun, lagi Maha Mengasihani.”[Surah Al-Ahzab : 59]
Aku perhati atau melihat dalam syurga , maka aku
dapati kebanyakkan penghuninya terdiri daripada golongan orang-orang susah,dan
aku melihat didalam neraka maka aku dapati kebanyakkan penghuninya ialah
golongan WANITA. [ hadis Riwayat Bukhari ]
Iman seakan-akan menjerit apabila melihat mereka
yang yang tidak mampu untuk menutup aurat dengan sempurna.Sedarlah duhai wanita
kalian dikasihi ALLAH tutuplah auratmu dengan sempurna !
Sumber : akuislam.com
ikalan saiz 250
iklan adnow
0 Response to "18 Kesalahan Bertudung Yang Selalu Dilakukan Oleh Wanita Di Malaysia.."
Post a Comment