iklan responsive
Di
dalam kesibukkan dunia hari ini, minit demi minit berlalu dengan cukup pantas.
Sehinggakan timbul rasa menyesal di dalam diri kita kerana gagal mencari waktu
dan masa untuk beribadah kepada Tuhan.
Kita
selalu merasakan diri kitalah yang tergolong di dalam manusia yang rugi seperti
firman Tuhan di dalam Surah al-Asr.
Namun,
tahukah anda ada amalan-amalan yang boleh dilakukan dalam masa satu minit
sahaja, tetapi ganjarannya cukup besar. Ia boleh dilakukan ketika anda menunggu
di lampu isyarat, menunggu bas atau teksi, berjalan menuju ke sesuatu tempat
dan sebagainya. Berikut adalah amalan-amalan yang anda boleh praktikkan.
#1
– Membaca Surah Al-Ikhlas
Di
dalam masa satu minit, kita boleh membaca sekitar 10 kali Surah Al-Ikhlas. Ia
adalah surah yang cukup mudah untuk dihafal dan ia adalah surah yang cukup
popular untuk dibaca di dalam solat apabila kita mengejar masa. Nabi Muhammad
S.A.W juga ada bersabda;
Siapa
yang membaca qul huwallahu ahad sampai akhir (Surah Al-Ikhlas) sebanyak sepuluh
kali, maka akan dibangunkan baginya rumah di syurga.
Hadis
Riwayat Ahmad
Jadikan
membaca surah al-Ikhlas sebagai amalan mengisi masa terluang, Insyallah kita akan
memperolehi rumah di Syurga!
#2
– Berselawat Ke Atas Rasulullah S.A.W
Kita
memang dianjurkan untuk sentiasa berselawat kepada baginda Nabi Muhammad S.A.W
kerana bagi setiap selawat, Tuhan akan memberi 10 kali salam kepada kita. Salam
di sini bermaksud dirahmati kehidupan kita, dipermudahkan urusan kerja dan
sebagainya.
Barangsiapa
yang berselawat ke atasku sekali, nescaya Allah akan turunkan rahmat ke atasnya
10 kali ganda.
Hadis
Riwayat Muslim
Di
dalam masa satu minit, kita boleh berselawat melebihi dari 30 kali atau jika
kita melafazkan selawat pendek ia boleh mencecah sehingga 100 kali.
#3
– Beristighfar Memohon Keampunan
Setiap
kali kita beristighfar, Tuhan akan memberikan kegembiraan, kelapangan dan
memberi rezeki dari arah yang kita tidak sangka. Seperti sebuah hadis baginda
Nabi Muhammad S.A.W;
Barangsiapa
yang sentiasa beristighfar, maka Allah akan memberikan kegembiraan dari setiap
kesedihannya, kelapangan bagi setiap kesempitannya dan memberi rezeki dari arah
yang tidak disangka-sangka.
Hadis
Riwayat Abu Daud, Ibnu Majah dan Ahmad
Di
dalam satu minit, kita boleh beristighfar sekitar 30 kali dengan penuh
penghayatan atau sekadar menggunakan lafaz pendek “astaghfirullah hal adzim”,
boleh dilafazkan sekitar 100 kali.
#4
– Bertanya Khabar Keluarga
Dengan
wujudnya pelbagai kemudahan seperti media sosial pada hari ini, kita hanya
perlukan satu minit untuk bertanyakan khabar ahli keluarga yang terdekat.
Dengan satu pesanan SMS atau Whatsapp sahaja sudah boleh mengetahui keadaan
ahli keluarga tersayang.
Itu
juga sudah dikira sebagai menghubungkan silaturahim. Sabda Nabi Muhammad S.A.W;
Barangsiapa
yang suka diluaskan rezekinya dan ditangguhkan kematiannya, hendaklah ia
menyambung silaturahim.
Hadis
Riwayat Bukhari
#5
– Lafaz Tasbih
Nabi
Muhammad S.A.W ada bersabda;
Dua
kalimah yang ringan di mulut, tetapi berat di timbangan, serta disukai oleh
Allah Yang Maha Pengasih iaitu subhanallah wa bihamdihi, subhanallah hil adzim.
Hadis
Riwayat Muslim
Dengan
dua kalimah yang sangat mudah untuk dilafazkan ini ia boleh membantu kita pada
hari akhirat kelak dengan memberatkan timbangan amalan kita. Bukan itu sahaja,
kita juga akan disukai oleh Tuhan Sang Pencipta Alam.
Dalam
masa satu minit, kita boleh melafazkan tasbih ini sekitar 40-50 kali.
#6
– Akui Semua Kejadian Adalah Kehendak Tuhan
Ayat
kalimat ini sangat ringkas tetapi mempunyai manfaat yang luar biasa. Kita
biasanya melafazkan ayat ini ketika mendengar guruh yang kuat di langit. Tetapi
Nabi Muhammad S.A.W juga ada bersabda;
Wahai
‘Abdullah bin Qois, katakanlah ‘laa hawla wa laa quwwata illa billah’, kerana
ia merupakan simpanan pahala berharga di syurga.
Hadis
Riwayat Bukhari
Bayangkan
dengan lafaz mudah ini, ia boleh menjadi satu simpanan pahala yang berharga di
syurga. Di dalam satu minit, kita boleh melafazkan kalimat ini sekitar 30 kali.
#7
– Mendoakan Orang Lain
Dalam
satu minit kita boleh berdoa untuk sesiapa sahaja, Insyaa Allah Tuhan juga akan
memberikan doa yang sama buat kita.
Contohnya
ketika kita dalam perjalanan ingin pergi bekerja, kita melihat seorang peminta
sedekah, maka kita terus berdoa kepada Tuhan, “Ya Tuhan, murahkanlah rezeki si
fulan”. Insyallah kita juga akan turut dimurahkan rezeki!
Mulai
hari ini, jangan lupa mendoakan orang lain. Nabi Muhammad S.A.W bersabda;
Barangsiapa
yang mendoakan mukmin lelaki ataupun perempuan, nescaya Allah akan memberi
pahala kebaikan dari setiap mukmin lelaki dan perempuan yang didoakannya.
Hadis
Riwayat al-Thabarani
#8
– Sebarkan Kebaikan
Di
zaman dunia di hujung jari ini, cukup mudah untuk kita sebarkan kebaikan.
Setiap kebaikan yang kita panjangkan kepada orang lain, mereka akan mendapat
manfaatnya. Jika orang lain mempraktikkan apa sahaja kebaikan tersebut, kita
juga akan mendapat pahala penuh mereka.
Seperti
sabda baginda Nabi Muhammad S.A.W;
Barangsiapa
yang mengajak kepada petunjuk, maka ia akan mendapat pahala orang yang
mengikutinya, yang demikian itu tanpa mengurangi pahala mereka sedikitpun.
Hadis
Riwayat Muslim
Contoh
mudah, dalam masa satu minit anda boleh berkongsi artikel ini kepada
rakan-rakan anda. Apabila mereka mempraktikkan amalan-amalan yang telah
dinyatakan, anda juga mendapat manfaatnya!
Kesimpulan
Sekarang
terpulang kepada diri kita sendiri bagaimana ingin mempraktikkan amalan-amalan
yang ringan tetapi besar ganjarannya di atas.
Jika
kita bijak mengisi masa yang ada dengan amalan-amalan ini, Insyaa Allah kita
juga akan merasai perubahan besar di dalam hidup kita.
Amalan-amalan
ini juga adalah satu bukti bahawa Tuhan sangat menyayangi hamba-hamba-Nya
dengan memberikan ganjaran yang luar biasa walaupun sesuatu amalan tersebut
terlalu mudah untuk dipraktikkan.
KONGSIKAN
ARTIKEL INI
Nabi
Muhammad s.a.w berpesan, “sampaikanlah dariku walau satu ayat” dan “setiap
kebaikan adalah sedekah.” Apabila anda kongsikan artikel ini, ia juga adalah
sebahagian dari dakwah dan sedekah. Insyallah ramai yang akan mendapat
manafaat.
kredit: tazkirah.net
ikalan saiz 250
iklan adnow
0 Response to "7 Amalan Boleh Dilakukan Dalam Masa Satu Minit Tetapi Besar Ganjarannya"
Post a Comment