iklan responsive
Katakanlah
(Wahai Muhammad): “Jika benar kamu mengasihi Allah maka ikutilah daku, nescaya
Allah mengasihi kamu serta mengampunkan dosa-dosa kamu. dan (ingatlah), Allah
Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani.
Surah
Ali ‘Imran: 31
Berdasarkan
ayat al Quran di atas menjelaskan bahawa sekiranya kita kasih dan mencintai
baginda Muhammad S.A.W, perlu kita mengikuti apa yang disukai oleh baginda.
Tanda
kita cinta kepada Allah juga adalah dengan melakukan apa yang disukai oleh
baginda di mana Allah akan mencintai dan mengampuni dosa orang mengikuti
Rasul-Nya.
Oleh
itu artikel ini akan membahaskan beberapa amalan doa dan zikir yang disukai
oleh baginda yang boleh diamalkan oleh umatnya.
#1
– Berdoa Dengan Pendek Dan Ringkas
Definisi
doa yang pendek dan ringkas ialah mempunyai beberapa perkataan yang sedikit,
tetapi mengandungi banyak makna dan menyeluruh.
Perbuatan
ini disukai oleh baginda kerana mudah dibaca dan meliputi banyak permohonan
kepada Allah tanpa menyebut secara khusus.
Terdapat
hadis yang menyatakan doa yang sering dibaca baginda adalah doa yang pendek dan
padat yang merangkumi urusan dunia dan akhirat. Diriwayatkan daripada Anas bin
Malik R.A;
‘’Doa
yang paling banyak dibaca oleh Rasulullah S.A.W, ialah ‘Allaahumma Aatinaa fid
dun-yaa hasanah, wa fil aakhirati hasanah, wa qinaa ‘azaaban naar’ (Ya Allah
berikanlah kami kebaikan di dunia dan kebaikan di akhirat, dan jauhilah kami
dari azab api neraka)‘’
Sunan Abi Daud, Kitab Ash-Shalah, Bab Ad-Du’a’
#2
– Beristighfar Selepas Solat Dan Setiap Hari
Istighfar
membawa maksud memohon keampunan kepada Allah atas dosa-dosa yang manusia
lakukan.
Baginda
sangat menyukai amalan istighfar yang dilakukan oleh umatnya apabila selesai
solat. Baginda membaca istighfar sebanyak 3 kali, lalu baginda membaca doa ini;
‘’Dan
daripada Thauban bin Bajdad RA, dia berkata, Adalah Rasulullah SAW apabila
telah selesai daripada solatnya, baginda beristighfar tiga kali, lalu baginda
membaca, ‘Allaahumma antas salaam, wa minkas salaam, tabaarakta yaa zal jalaali
wal ikram’’ (Ya Allah, Engkau adalah Maha Pemberi keselamatan dan keselamatan
hanyalah dari-Mu. Maha berkat Engkau, wahai Pemilik Agung dan Kemuliaan)
HR.
Muslim
Baginda
juga tidak hanya beristighfar selepas solat sahaja, tetapi baginda istighfar
setiap hari walaupun baginda adalah maksum. Hal ini dibuktikan melalui hadis
Abu Hurairah R.A meriwayatkan, bahawa dia mendengar Rasulullah S.A.W bersabda;
‘’Demi
Allah, sesungguhnya aku memohon ampun kepada Allah dan bertaubat kepada-Nya
lebih daripada tujuh puluh kali dalam sehari’’
HR.
al Bukhari
Allah
juga mencintai hamba-hambanya yang selalu memohon ampun kepada-Nya berdasarkan
firman Allah dalam
‘’Sesungguhnya
Allah mencintai orang-orang yang selalu bertaubat dan mencintai orang-orang
yang selalu menyucikan diri’’.
Surah
al-Baqarah : 222
Rahsia
istighfar juga akan membuatkan hidup kita lapang, dijauhkan dari kesedihan,
membuka pintu rezeki dan mendapat kebaikan dari arah yang tidak
disangka-sangka. Rasulullah S.A.W bersabda;
‘’Barangsiapa
yang beristighfar nescaya Allah akan menjadikan baginya kelapangan daripada
segala kegundahan yang menderanya, jalan keluar dari segala kesempitan yang
dihadapi, dan Allah memberinya rezeki dari arah yan tidak disangka-sangka.’’
HR
Abu Daud, Ibnu Majah, al-Baihaqi dan Ath-Thabrani
#3
– Berdoa Ketika Menghadapi Kesukaran
Ibnu
Abbas R.A berkata;
‘’Adalah
Baginda S.A.W, pada menghadapi kesukaran baginda membaca ‘Laa ilaaha
illallaahul ‘aziimul haliim, laa ilaaha illallaahu rabbus samaawaati wal ardhi
wa rabbul ‘arsyil’azim’. (Tiada tuhan kecuali Allah yang Maha Agung dan
penyantun. Tiada tuhan selain Allah. Tuhan langit dan bumi, juga Tuhan arasy
yang Agung).
Muttafaqun
Alaih diriwayatkan oleh Bukhari dan Muslim
Kesukaran
dalam hadis di atas ialah bersifat umum iaitu mengalami kesukaran dalam setiap
perkara. Kesukaran dalam hal kewangan, sukar dalam pekerjaan yang berat,
mempunyai masalah yang rumit, mengalami kesedihan dan sebagainya.
Sekiranya
mengalami masalah-masalah tersebut amalkanlah doa tersebut dengan yakin yang
diajarkan oleh baginda kepada umatnya.
Dengan
izin Allah kita akan merasa ringan dalam menghadapi masalah tersebut dan akan
dibuka jalan penyelesaian dalam setiap masalah.
#4
– Membaca Doa Di Waktu Pagi Dan Petang
Manusia
tidak berlepas daripada sebarang kejahatan dan gangguan syaitan. Oleh itu perlu
kita mengamalkan doa pada waktu pagi dan petang supaya kita dapat berlindung
daripada kejahatan. Antara doa yang sering diamalkan oleh baginda adalah, Abu
Hurairah RA berkata;
‘’Rasulullah
S.A.W, apabila waktu pagi baginda membaca, ‘Allhumma bika ashbahnaa wa bika
amsaynaa wa bika nahyaa wa bika namuut wa ilaikal mashiir’ (Ya Allah, dengan-Mu
aku memasuki pagi, dengan-Mu aku memasuki petang, dengan-Mu aku hidup,
dengan-Mu aku mati, dan kepada-Mu aku kembali). Dan apabila waktu petang
baginda membaca, ‘Allahumma bika amsaynaa wa bika ashbahnaa wa bika nahyaa wa
bika namuut wa ilaikan nusyuur’ (Ya Allah, dengan-Mu aku memasuki petang,
dengan-Mu aku memasuki pagi, dengan-Mu aku hidup, dengan-Mu aku mati, dan
kepada-Mu aku kembali).
HR
Abu Daud dan At-Tirmizi
Namun
begitu terdapat juga doa-doa lain yang diamalkan oleh baginda pada waktu pagi
dan petang.
Oleh
itu, kita sebagai umatnya perlulah ambil tahu dan mengamalkan sunnah baginda
yang diamalkan seharian.
Jika
kita tidak ambil tahu dan mengamalkan sunnah baginda siapa lagi yang mahu
meneruskan kelansungan sunnah baginda.
Justeru
amalkanlah doa-doa dan zikir yang disukai oleh baginda dan juga amalan-amalan
lain yang dicintai baginda kerana mengamalkan amalan yang disukai baginda
adalah tanda cinta kita kepada Allah dan rasul. Moga-moga artikel ini
bermanfaat untuk semua pembaca.
Rujukan
1.
Mohd. Daroji dll. Amalan Yang Disukai Rasulullah, 100 Jawapan Tentang Solat.
E-Media Publication Sdn. Bhd. Kuala Lumpur. 2016.
2.
Isyaratislam.blogspot.com
3.
Arif Rahman Lubis. The Real Muslimah. Qultum Media. Jakarta. 2016.
Artikel
Berkaitan
9
Kebaikan Berzikir Yang Perlu Anda Tahu
Manfaat
Zikir Bagi Kita
Raihlah
Keberkatan Doa Pada 12 Waktu Mustajab Ini
KONGSIKAN
ARTIKEL INI
Nabi
Muhammad s.a.w berpesan, “sampaikanlah dariku walau satu ayat” dan “setiap
kebaikan adalah sedekah.” Apabila anda kongsikan artikel ini, ia juga adalah
sebahagian dari dakwah dan sedekah. Insyallah ramai yang akan mendapat
manafaat.
kredit : tazkirah.net
ikalan saiz 250
iklan adnow
0 Response to "4 Amalan Doa Dan Zikir Yang Disukai Oleh Rasulullah S.A.W"
Post a Comment