iklan responsive
Mungkin kita tak sedar atau seakan-akan tidak endah
dengan signal atau petanda yang cuba diberitahu oleh badan kita, khususnya
tapak tangan. Tangan yang berdenyut atau rasa sakit pada bahagian ini mungkin
boleh dikaitkan dengan beberapa jenis penyakit dalam badan.
1 Sindrom Carpal Tunnel.
Sindrom Carpal Tunnel boleh di diagnos daripada ibu
jari, jari tengah dan jari telunjuk. Jenis penyakit saraf ini terjadi kesan daripada
aktiviti berulang-kali yang dilakukan seseorang, hingga menyebabkan pergelangan
tangan membengkak.
2 Keletihan
Mengangkat barang yang berat menggunakan tangan
dalam keadaan yang tidak selesa boleh menyebabkan tekanan pada saraf yang
berada di tapak tangan. Ini menyebabkan denyutan pada tapak tangan.
3 Masalah Tulang Belakang
Masalah tulang belakang dikaitkan dengan jari manis
dan jari anak. Ini disebabkan oleh tekanan yang kuat pada saraf yang
dihubungkan dengan tulang belakang.
4 Kurang Vitamin.
Apabila badan kekurangan vitamin, denyutan dapat
dirasai pada jari tangan sebelah kiri atau pada jari kaki sebelah kiri. Ini
terjadi apabila badan kekurangan vitamin E, B1, B6 dan B12.
5 Penyakit Buerger
Penyakit ini sering terjadi pada perokok tegar.
Aliran darah yang mengalir dalam saraf terhalang oleh nikotin, seterusnya
menyebabkan kurangnya mineral dalam badan. Ini menyebabkan rasa kebas pada
kari.
6 Masalah Aliran Darah Dalam Badan.
Jika anda mengalami rasa kebas pada bahagian kanan
tapak tangan, ia mungkin disebabkan tekanan yang dialami oleh permukaan urat
saraf. Sesetengah penyakit kardiovaskular lain juga akan menyebabkan rasa kebas
pada bahagian ini.
7 Diabetes
Salah satu petanda awal penyakit diabetes ialah rasa
denyutan pada beberapa bahagian ditapak tangan sebelah kiri. Ini terjadi
disebabkan kurangnya aliran darah pada beberapa bahagian badan, menyebabkan
kerosakkan pada hujung saraf. Walau apa pun, segeralah berjumpa dengan pakar
dan doktor bagi mendapatkan rawatan segera.
SHARE SEMOGA BERMANFAAT..
AMIN
ikalan saiz 250

iklan adnow
0 Response to "7 Petanda Penyakit Yang Boleh Kita Tahu Hanya Daripada Tapak Tangan..Rugi Kalau Anda Tak Tahu Tentang Tapak Tangan Kita Sendiri."
Post a Comment