iklan responsive
Di waktu anak nak membesar mereka kerap kali terkena
jangkitan selesema, batuk dan demam. Pernah kita sebagai ibubapa atau sesiapa
pun memberi makanan yang tidak sihat untuk anak kita?
Punca kesihatan anak-anak terjejas salah satu
faktornya adalah dari segi pemakanan. Tapi kita ni lemah bila anak merengek nak
itu nak ini, kita sebagai ibu bapa turutkan saja kehendak anak-anak kan?
Jadi, suka saya nak kongsikan kepada anda di luar
sana tentang beberapa jenis makanan yang tidak sihat diberi kepada anak.. :)
8 JENIS MAKANAN YANG TIDAK SIHAT
Terdapat 10 jenis makanan yang perlu ibubapa elakkan
yang memang biasa diberi kepada kanak-kanak. Sama ada diberi di waktu sarapan
pagi, makan tengahari atau makan malam.
MAKANAN #1: DAGING PROSES SEGERA
Makan jenis ini memang cepat dan ringkas. Hanya
keluar dari freezer dan masak. Tapi apa yang kita tidak sedar daging proses ini
umpama span yang menyerap minyak, yang boleh menyebabkan mudah terkena sakit
jantung dan kanser. Kesannya memang bukan sekarang tapi untuk jangka masa
panjang.
Makanan tidak sihat ini mengandungi kuantiti gula
yang tidak sesuai untuk diambil oleh seorang kanak-kanak. Selain itu, ia juga
menggunakan bahan pengawet.
MAKANAN #2: KENTANG GORENG
Kentang goreng anak-anak memang suka dan mudah
disediakan. Mungkin masih ada yang tidak tahu, kentang goreng mengandungi
kalori dan lemak serta garam yang tinggi. Kesannya tak nampak sekarang tapi
untuk jangka masa panjang, ia boleh jadi punca sakit jangtung dan obesiti.
Makanan yang tidak sihat ini kurang nutrisinya untuk
diberi kepada anak-anak. Ada baiknya ibu-ibu buat kentang goreng sendiri
dirumah untuk anak-anak.. :)
MAKANAN #3: PIZZA OH PIZZA
Pizza makanan yang tidak sihat paling cepat dan
pantas disediakan. Biasanya di kawasan bandar, hanya dail dan siap dihantar
depan rumah. Kenapa kawasan bandar je? Sebab biasanya ibubapa yang bekerja
seharian memang tak sempat nak sediakan makanan untuk keluarga.
Cuma sayangnya ia bukanlah makanan yang sihat kerana
pizza terkandung bahan pengawet, lemak dan kalori yang tinggi. Elakkan!
MAKANAN #4: MINUMAN BERGAS DAN MANIS
Anak-anak memang suka sangat minuman bergas dan
manis. Di luar sana terdapat pelbagai jenis jenama minuman sebab warnanya yang
menarik, rasanya yang sedap dan kadang-kadang botol minuman tu ada gambar
kartun kegemaran. Betul tak? :)
Sememang ibubapa dah pun tahu minuman yang dijual
diluar sana mengandungi tahap gula yang tinggi, tidak sesuai dengan anak-anak.
Kesannya gigi akan cepat rosak dan diabetis. Ada baiknya ibu-ibu buat sendiri
air jus dirumah untuk anak-anak.. :)
MAKANAN #5: BERSARAPAN PAGI DENGAN BIJIRAN
Bijiran segera tak asing lagi bagi anak-anak
termasuk lah ibubapa. Ia makanan yang cepat, sedap, iklan bijiran yang menarik
di kaca televisyen dan bungkusan kotak yang menarik buat si anak-anak tertarik
nak makan.
Ia salah satu makanan yang tidak sihat di ambil
kerana kuantiti gulanya yang tinggi, tidak sesuai di ambil oleh kanak-kanak.
Biasanya fokus bijiran ini adalah kepada kanak-kanak sebab warna dan bentuk
bijirannya yang menarik.. :)
MAKANAN #6: MAKANAN RINGAN
Snek atau makanan ringan sangat tidak digalakkan
diambil oleh kanak-kanak. Ini kerana ia mengandungi bahan perasa tiruan, bahan
pengawet, dan minyak yang di olah menjadi rasa yang sedap. Tapi ia makanan yang
tidak sihat kerana ia makanan yang kolesterol tinggi.
MAKANAN #7: MADU
Madu boleh diambil sebab ia sunnah..betul tak? Tapi
kurang sesuai jika diambil dengan kuantiti yang banyak bagi anak yang masih
belum berusia 1 tahun. Sebab kandungan yang ada pada madu boleh buat anak mual,
lagi-lagi kalau madu yang tak original banyak di pasaran sekarang.
MAKANAN #8: 1001 JENIS GULA-GULA
Pening kepala nak layan anak merengek mintak
gula-gula kan? Sekarang ni beribu-ribu jenis gula-gula yang ada kat pasar raya
atau kedai-kedai. Sebab warna, bentuk dan saiznya yang menarik, anak-anak
memang suka dan tertarik.
Kalau boleh cuba elakkan, sebab kita sedia maklum
makan jenis ni mempunyi tahap gula yang maksimum banyak dan sangat tak sesuai
untuk anak-anak.
Ada 1 jenis gula-gula mempunyai bahan pewarna yang
menyebabkan warna lidah akan bertukar ikut warna gula-gula itu sendiri.
Eeeewww!
MAKANAN #9: AIS KRIM
Ais krim boleh diambil tapi jangan kerap sebab kadar
gula yang tinggi. Ais krim boleh buat sendiri.
Kesimpulannya, ibubapa atau orang sekeliling
memainkan peranan penting dalam menjaga kesihatan anak-anak. Cuaca, udara tidak
sihat dan sosial di kaca televisyen kita mungkin tidak dapat kawal, tapi kita
boleh kawal cara pemakanan anak-anak dengan cara ibu-ibu kene rajin masak
sedap-sedap dirumah.. :)
KREDIT TO: VITAMIN4UALL
ikalan saiz 250
iklan adnow
0 Response to "8 Jenis Makanan Yang Tidak Sihat Untuk Anak, Elakkan Memberi Anak Anda Makan Makanan Ini Dengan Kerap.!"
Post a Comment