iklan responsive
Demi menghormati ajakan keluarga besarnya, setelah
sebelumnya tak pernah ikuti tradisi tahunan di masyarakatnya yang jahiliyah
itu, Muhammad bin Abdullah yang belum menjadi Nabi ini akhirnya keluar rumah
atas ajakan keluarganya.
Mereka hendak menuju tempat pemujaan terhadap
berhala. Festival tahunan. Kebiasaan jahiliyah dengan memberikan persembahan
kepada berhala yang notabene benda mati, tak bisa bergerak, mustahil memberikan
manfaat kepada diri apalagi orang lain.
Ketika mendekati tempat penghormatan terhadap
berhala itu, tiba-tiba Muhammad menghilang. Para keluarga mencarinya.
Berkali-kali. Tetapi tidak ada yang bisa menemukan Muhammad.
Singkat kisah, Muhammad bin Abdullah baru terlihat
ketika acara sudah kelar. Ia muncul, seperti tiba-tiba, di tengah-tengah
keluarganya dengan wajah yang menggambarkan ketakutan.
“Dari mana saja engkau? Mengapa wajahmu seperti itu?
Apa yang membuatmu merasa ketakutan?”
“Setiap kali kudekati sebuah patung,” jawab Muhammad
sebagaimana dikisahkan Abdul Mun’im Muhammad Umar dalam Khadijah Cinta Sejati
Rasulullah yang mengutip riwayat Ibnu Sa’ad dalam Ath-Thabaqat Al-Kubra,
“terlihat di hadapanku sesosok lelaki berkulit putih dan berpostur tinggi,”
Lelaki yang tak dikenal oleh Muhammad itu tak hanya
diam. Lelaki yang tak lain adalah malaikat itu berteriak, “Menjauhlah Muhammad!
Jangan kau sentuh itu!”
Ketika masih anak-anak, Muhammad bin Abdullah juga
pernah mengalami hal serupa. Saat ia diajak oleh teman-temannya untuk
menghadiri acara festival musik yang mengandung nilai-nilai kesyirikan di
dalamnya, Muhammad kecil tertidur hingga tak sedikit pun mendengar alunan musik
jahiliyah atau pertunjukan yang jauh dari nilai-nilai Islami. Muhammad
terbangun ketika pertunjukan usai, kemudian pulang ke kediamannya.
Pernahkan kita mengalami kejadian-kejadian seperti
ini? Pernahkah kita diarahkah menuju kebaikan yang tak pernah direncanakan
sebelumnya? Pernahkan kita terhindar dari berbagai jenis keburukan bukan atas
kuasa diri kita sendiri?
Tak ada yang kebetulan. Tiada yang terjadi begitu
saja. Semua atas Kuasa Allah Ta’ala. Dialah Yang Maha Berkehendak. Dialah yang
Maha Mengatur. Dialah Yang Maha Menaqdirkan.
Jika pernah mengalami hal ini, yakinlah bahwa Anda
dijaga oleh Allah Ta’ala.
Bersyukurlah dan jagalah diri sebaik-baiknya agar
senantiasa berada di jalan kebaikan.
Sumber: kisahikmah.com
UJIAN ITU HADIAH DARI ALLAH
Ujian Dari Allah Buat Hambanya | Hari terus berganti
hari. Kehidupan manusia juga terus berjalan pantas seiring dengan masa yang
pantas berlari.
Di celah-celah hari
berwarna-warni yang di jalani dan
ditelusuri, tanpa disedari atau tidak,
manusia sebenarnya telahpun menempuh
pelbagai ujian dan dugaan duniawi.
Ujian-ujian yang diberi oleh Allah itu datang
menyapa silih berganti dalam pelbagai bentuk dan rupa. Setiap orang diuji olah
Allah berbeza-beza mengikut tahap kemampuannya.
“ Allah tidak membebani seseorang melainkan apa yang
terdaya olehnya, ia mendapat pahala kebajikan yang diusahakannya dan ia juga
menanggung dosa kejahatan yang dilakukannya…
(Al-Baqarah: 286)
ALLAH telah menyatakan dengan jelas di dalam
Al-Quran bahawa DIA tidak akan sekali-kali menguji hambaNya diluar kemampuan
hambaNya.
ALLAH
mengetahui kita kuat dalam menghadapi ujianNya, oleh kerana itu ALLAH memberikan ujian itu ke atas diri kita. Di sini kita
dapat lihat betapa sayang dan kasihnya ALLAH kepada kita sebagai hambaNya.
ALLAH menguji seseorang bukan kerana ALLAH benci
kepada kita tetapi percayalah ALLAH
menguji kita kerana DIA sangat kasih kepada kita. Cuma kita sebagai hambaNya,
adakala tidak mampu bertahan dan bersabar dalam menghadapi ujianNya.
Hakikatnya saat ini, saat kita sedang mengecapi
bahagia, ada berjuta manusia di luar sana yang sedang dihujani ujian atau
dihimpit pelbagai derita.
Ada di kalangan
manusia di luar sana yang saat ini sedang diuji dengan kehilangan orang
tersayang. Tidak kurang juga ada manusia yang diuji apabila apa yang diingini
dan diharapkan tidak terjadi dan diberi.
“ Kenapa aku yang diuji ? “
“ Mengapa aku diuji sebegini ?”
“ Ujian ini sangat berat. Aku tak mampu…”
Mungkin ini adalah antara persoalan dan keluhan yang
meniti di bibir atau berlegar di fikiran kita sebagai seorang hamba saat
dihimpit dengan secebis ujian.
Kadangkala
tanpa sedar dan niat kita
juga terlanjur marah pada DIA kerana
menghujani kita dengan pelbagai ujian.
Tetapi, apabila kita menenangkan diri dan
bermuhasabah kembali, tenyata sebenarnya
dengan ujian yang diberi kita adalah hamba yang beruntung. Mengapa saya katakan
begitu?
Kerana ujian hanyalah diberi oleh Allah kepada
hamba-hambanya yang terpilih. Hamba-hambanya yang dikasihi dan disayangiNya.
Dan jangan kita lupa bersama ujian itu juga ada pertolongan dari Allah
sepertimana yang dinyatakan di dalam Al-Quran:
Adakah patut kamu menyangka bahawa kamu akan masuk
syurga, padahal belum sampai kepada kamu (ujian dan cubaan) seperti yang telah
berlaku kepada orang-orang yang terdahulu sebelum kamu? mereka telah ditimpa
kepapaan (kemusnahan harta benda) dan serangan penyakit, serta digoncangkan
(dengan ancaman bahaya musuh), sehingga berkatalah Rasul dan orang-orang yang
beriman yang ada bersamanya: “Bilakah (datangnya) pertolongan Allah?”
Ketahuilah sesungguhnya pertolongan Allah itu dekat (asalkan kamu bersabar dan
berpegang teguh kepada agama Allah).
(Al-Baqarah: 214)
Sebagai manusia biasa, kita pastinya tidak akan
mampu menjangka bilakah ujian itu akan muncul tiba.
Walaubagaimanapun, jika kita mengetahuinya, apalah
kudrat kita sebagai seorang hamba yang kerdil lagi penuh dosa untuk menolak
ujian-ujian yang bakal menyapa itu.
Jika direnungkan kembali, kita semua pastinya pernah
dan akan ditimpa ujian dari yang Maha Esa, tetapi saat ujian itu tiba, mampukah
kita menjadi manusia yang bersyukur dengan ujian itu dan memandangnya sebagai
hadiah pemberian Allah?
Manusia itu sifatnya pelupa, Ada masanya dalam
melayari kehidupan di dunia, kita lalai dan leka pada hakikat yang nyata bahwa
kita hanyalah hamba DIA yang Esa.
Jadi apakah sebenarnya yang mampu membangkitkan
manusia dari kelalaian dan kealpaan ini?
UJIAN. Ya, Ujian. Ujian atau mehnah yang menjengah
dalam kehidupan kita itulah sebenarnya yang mampu mengejutkan kita dari mimpi
dunia yang panjang.
Allah Tuhan yang Maha Mengetahui. Mungkin tanpa
ujian-ujian dan dugaan yang dikirimkan khas oleh DIA untuk kita, kita masih
lagi menjadi seorang hamba yang hanyut dan lemas dalam lautan kelalaian.
Apa yang paling utama sebenarnya adalah “ hadiah ”
itu dikirimkan oleh Allah bertujuan untuk menilai sejauh mana keimanan kita
terhadapNya sepertimana yang dijelaskannya di dalam Al-Quran:
Patutkah manusia menyangka bahawa mereka akan
dibiarkan dengan hanya berkata: “Kami beriman”, sedang mereka tidak diuji
(dengan sesuatu cubaan)?
(Al-Ankabut: 2)
Justeru, marilah kita sama-sama bermuhasabah dan
menilai kembali segala prasangka buruk yang mungkin pernah bermain di fikiran
kita saat kita diuji.
Inilah saatnya bagi kita, saya dan anda yang sedang
membaca, merubah fikiran kita dan mula memandang ujian-ujian yang telah dan
akan kita lalui sebagai sebuah ‘ hadiah’ dari Allah dan bukan lagi satu
bebanan.
Apabila kita benar-benar menyedari hakikat ini, maka
kita akan menjadi seorang hamba yang bersyukur dengan segala ujian yang diberi.
Pembaca yang dikasihi oleh Allah,
Jika anda saat ini sedang diuji, ingin saya
sampaikan sesungguhnya bersyukur dan berbahagialah anda kerana ujian itu hadiah
daripada Allah.
ikalan saiz 250
iklan adnow
0 Response to "Jika Anda Pernah Mengalami keadaan Ini, Bererti Anda Mendapat Rahmat Daripada Allah SWT"
Post a Comment