iklan responsive
“Kehebatan Bismillahirrahmanirrahim! Barangsiapa
mengucapkan Bismillaahir rahmaanir rahiim banyak-banyak dengan harapan mendapat
rezeki, nescaya akan diberikan Allah rezeki dengan mudah dan tidak terduga
olehnya. Serta, diberi kurnia kehebatan di hati manusia dan di sisi alam yang
tinggi (yakni Malaikat) dan alam yang rendah (yakni manusia dan lain-lain
makhluk Allah di muka bumi).
…
Dengan nama Allah, Yang Maha Pengasih Lagi Maha
Penyayang, Sabda Rasulullah s.a.w.: “Adalah Jibril apabila datang kepadaku,
yang pertama diberikannya kepadaku ialah Bismillaahir rahmaanir rahiim.”
(Darulquthni dan Ibnu Umar r.a. )
Sabda Rasulullah s.a.w.: “Itulah isim dari asma
Allah. Tidak lain antara ia dengan nama Allah, ‘Akbar’ seperti putih mata
dengan hitamnya. Begitulah dekatnya.”
Demikianlah jawapan Rasulullah s.a.w ketika ditanya
oleh Utsman Ibnu Affan berkenaan Bismillah.
Sabda Baginda s.a.w. lagi: “Ismullahil-A’zham ialah
Allah. Apakah engkau tidak lihat bahawasanya pada semua pembacaan Al-Qur’an
dimulai dengan Bismillaahir rahmaanir rahiim sebelum menyebut nama-nama Allah
yang lain.” ( Riwayat Imam Bukhari dari Jabir )
Bersabda Nabi s.a.w.: “Ketika turunnya Bismillaahir
rahmaanir rahiim, bergembiralah ahli langit dari bangsa Malaikat, bergoncanglah
‘Arasy kerana turunnya. Turut serta bersamanya 1000 Malaikat. Dan, bertambahlah
iman para Malaikat. Dan, tunduklah segala jin dan bergetar segala planet.
Gementar segala sendi-sendi kerana turunnya.”
Dari Abu Na’im dan Ibn Sunni dari Siti Aisyah r.a.:
“Ketika turun Bismillaahir rahmaanir rahiim,
mengucap tasbihlah gunung-ganang hingga dapat mendengar para penduduk Mekah dan
sekitarnya. Lalu mereka berkata: “Rupanya Muhammad yang menyihir gunung-gunung
itu.” Kemudian Allah bangkitkan awan hingga meneduhkan penduduk Mekah.”
Sabda Rasulullah s.a.w.: “Barangsiapa membaca
Bismillaahir rahmaanir rahiim dengan penuh yakin, akan bertasbihlah
gunung-ganang. Cuma sahaja ia tidak dapat mendengarnya.”
Rasulullah s.a.w. bersabda: ” Barangsiapa
mengucapkan Bismillaahir rahmaanir rahiim dan laa haula walaquwwata illaa
billaahil aliyyil adzhiim, Allah lepaskan dia dari 70 pintu bala dan kesukaran,
dukacita dan kesakitan.”
Dari al-Waqii dan atas-Tsa’labi dari Ibnu Mas’ud
r.a.:
“Barangsiapa ingin dipelihara oleh Allah dari
seksaan Neraka Zabbaniah yang sembilan belas, maka hendaklah dia mengucapkan
Bismillaahir rahmaanir rahiim. Kerana Allah menjadikan tiap-tiap huruf
Bismillah itu sebagai perisai.”
Dari ad-Dailami dari Ibnu Mas’ud r.a., bersabda
Rasulullah s.a.w.: “Barangsiapa membaca Bismillaahir rahmaanir rahiim,
dituliskan baginya tiap-tiap huruf 4000 kebajikan, dihapuskan darinya 4000
keburukan dan diangkat dia 4000
darjat.”
Bersabda Nabi s.a.w.: “Jin itu suka memakai
barang-barang kepunyaan manusia dan pakaian mereka. Oleh itu, barangsiapa
mengambil atau menaruh pakaian, ucapkanlah Bismillaahir rahmaanir rahiim.
Kerana sesungguhnya nama Allah yang dibacakan di situ merupakan cop mohor
Allah.”
Pengertian dari hadith di atas ialah hendaklah kita
mengucapkan Bismillaahir rahmaanir rahiim setiap kali kita menyimpan atau
mengambil barang-barang kepunyaan kita agar terjaga daripada jin dan syaitan.
Bukan sahaja kita mendapat pahala dari mengucapkannya tetapi juga mendapat
keberkatan dan keselamatan sama ada atas harta-benda mahupun diri dan segala
usaha kita.
Dari Anas bin Malik bersabda Nabis.a.w.:
“Andaikata pepohon dijadikan pena dan lautan
dijadikan tinta, lalu dikumpulkan semua jin, manusia dan Malaikat untuk membuat
buku dan menulis erti Bismillaahir rahmaanir rahiim selama sejuta tahun, mereka
tidak akan sanggup mengertikannya walau hanya satu persepuluh darinya.”
Bersabda Rasulullah s.a.w.: “Ada suatu kaum yang
datang pada Hari Qiamat nanti dengan mengucapkan Bismillaahir rahmaanir rahiim.
Lebih berat kebajikan mereka dari keburukan mereka. Lalu berkata umat-umat yang
lain: “Alangkah beratnya imbangan amal kebajikan mereka.”
Sesungguhnya, adapun yang menjadi sedemikian kerana
mereka sentiasa memulai segala perbicaraan mereka dengan Bismillahir rahmaanir
rahiim. Kerana ia adalah Isim Allah Yang Maha Agung. Jika sekiranya diletakkan
langit dan bumi serta segala isinya ke atas neraca timbangan, nescaya beratlah
lagi kalimah Bismillaahir rahmaanir rahiim.”
Dari Abu Hurairah r.a., Nabi s.a.w.bersabda:
“Apabila engkau berwuduk, ucapkanlah Bismillaahir
rahmaanir rahiim kerana Malaikat penjagamu tidak kan berhenti menuliskan
kebajikan bagimu sehingga engkau selesai. Dan, apabila engkau ingin bersatu
dengan isterimu, ucapkanlah Bismillaahir rahmaanir rahiim kerana sesungguhnya
Malaikat penjagamu akan menuliskan kebajikan bagimu hingga selesai engkau mandi
janabah. Jika dari persetubuhan itu lahir seorang anak, akan dituliskan bagimu
kebajikan menurut bilangan nafasnya dan bilangan anak-cucunya hingga tidak
dikecualikan walau seorang.”
Diriwayatkan oleh Ibnu Abbas r.a. telah bersabda
Rasulullah s.a.w.: “Barangsiapa di antara kamu apabila ia akan bersetubuh
dengan isterinya, lalu dia mengucapkan Bismillaahir rahmaanir rahiim dan
berdoa, “Ya Allah, jauhkanlah Syaitan daripada kami dan jauhkanlah Syaitan itu
daripada apa yang Engkau kurniakan untuk kami”, maka jika
sesungguhnya Allah takdirkan dari persetubuhan itu
lahir seorang anak, tidak akan dapat Syaitan memudaratkannya untuk
selama-lamanya.”
Dikisahkan di dalam Kitab Khozinatul-Asror
bahawasanya Allah Ta’ala itu mempunyai 3000 nama yang mana 1000 nama hanya
diketahui oleh para Nabi-Nabi Allah, 300 nama disebutkan di dalam Kitab Taurat,
300 nama disebutkan di dalam kitab Injil, 300 nama disebutkan di dalam Kitab
Zabur, 99 nama disebutkan di dalam Al-Qur’anul kariim manakala 1 berada di sisi
Allah.
Dan, adapun makna daripada keseluruhan 3000 nama ini
terhimpun di dalam 3 nama-nama Allah iaitu Allah, Arrahmaan dan Arrahiim yang
termaktub pula di dalam kalimah Bismillaahir rahmaanir rahiim. Maka,
barangsiapa mengajarkan dan mengucapkan Bismillaahir rahmaanir rahiim umpama ia
menyebutkan keseluruhan 3000 nama-nama Allah. Adapun sesungguhnya kalimah
Bismillaahir rahmaanir rahiim itu ada sembilan belas huruf dan
Malaikat-Malaikat penjaga Neraka itu juga ada sembilan belas. Maka, barangsiapa
membaca Bismillaahir rahmaanir rahiim dengan penuh ikhlas dan yakin kepada
Allah, nescaya terhindarlah dia daripada siksaan Malaikat Zabbaniah
ikalan saiz 250
iklan adnow
0 Response to "Kelebihan Membaca Bismillah yang Kita akan Menangis Air Mata Darah di Akhirat Nanti kalau Tidak Diamalkan !!"
Post a Comment