iklan responsive
BISUL adalah masalah jangkitan biasa
dialami setiap orang sama ada kanak-kanak atau orang dewasa. Jangkitan bermula
apabila bakteria atau parasit pada kulit merebak ke lapisan dalaman kulit
menyebabkan ia kemerahan, bengkak, berisi nanah dan menyakitkan. Jenis bakteria
paling biasa menyebabkan bisul pada kulit dikenali sebagai Staphylococcus
Aerues.
Individu tertentu boleh mengalami masalah bisul atau
jangkitan begini akibat diabetes, amino yang terjejas, HIV, tercedera serta
imuniti yang rendah terutama pada kanak-kanak dan warga tua.
Pakar Perunding Pembedahan Ortopedik, Pusat
Perubatan Prince Court, Dr Yong Chee Khuen, berkata biasanya bisul berlaku
disebabkan kecederaan atau kemalangan yang tidak dirawat sempurna dengan kadar
segera hingga menyebabkan terbentuknya ulser atau keradangan dalam kulit
sehingga dijangkiti bakteria.
Menakjubkan! Jika Anda Mengalami Masalah Bisul Atau
Luka Cuba Petua Ini Memang Berkesan!
"Perlu diingat, bisul pada kebanyakan bahagian
tubuh agak sukar untuk sembuh dengan sendirinya. Kerana itu, sekiranya tanda
awal bisul muncul, rawatan perubatan segera perlu diberikan," katanya
Merawat Bisul Mengikut Kaedah Tradisional
Campuran semulajadi ini dapat mengubati masalah
jerawat, bisul atau luka lain pada kulit, yang mengumpulkan nanah.
Untuk menyediakannya anda perlukan:
Madu 1 sudu makan.
Tepung 1 sudu makan.
1 kuning telur
Bagaimana mempersiapkan campuran menakjubkan ini?
Aduk semua bahan bersama-sama dan simpan campuran di
peti ais.
Bagaimana cara menggunakan?
Sapukan adunan betul-betul di atas luka atau ulser.
Kemudian tutup dengan sehelai kertas tipis (tuala
bersih atau kertas tandas). Tukar kertas setiap 3 jam sebelum meletakkan lagi,
membersihkan luka. Untuk sapuan waktu malam, biarkan semalaman esok paginya
baru tukar. Sekiranya hari berikutnya tiada rasa sakit, maknanya nanah sudah
tiada.
Jika campuran ini tidak sesuai dengan kulit anda,
mungkin anda ada alergi boleh guna salah satu petua dibawah juga:
1.Ambil sedikit kapur makan dan sapukan di tempat
yang ditumbuhi bisul. Lakukan selalu, Insya-Allah ia akan hilang dan sembuh
2. Tumbuk bawang putih hingga hancur.Sapukan bawang
putih ditempat yang kena bisul dan balutkan supaya bawang putih tidak jatuh.
Lakukan beberapa kali hingga bisul itu hilang.
3.Tumbuk beberapa tangkai pucuk daun semalu hingga
lumat.Tampalkan pada keliling bisul. Biarkan sehingga ia kering. Amalkan selalu
sehingga bisul itu sembuh.
4.Rendam segenggam beras dan beberapa ketul kunyit
hidup dengan air sejuk. Kemudian tumbuk hingga hancur. Letakkan pada bisul
sehingga ia kering.
5.Asah kulit buah delima yang basah. Campurkan
dengan daun lidah buaya. Sapukan pada permukaan bisul.
Amalkanlah proses di atas sehingga bisul atau kudis
anda tu pulih. Mudah-mudahan petua ni dapat membantu anda. Tidak salah jika
anda ingin mencuba..Selamat Mencuba ya..
ikalan saiz 250
iklan adnow
0 Response to "Menakjubkan! Jika Anda Mengalami Masalah Bisul Atau Luka Cuba Petua Ini Memang Berkesan! "
Post a Comment