iklan responsive
Hukum Seorang Bapa Memeluk dan Mencium Anak
Perempuannya Yang Sudah Baligh
Soalan:
Apakah hukum seorang bapa memeluk dan mencium anak
perempuannya sendiri yang telah baligh dan dewasa?
Jawapan:
Seorang bapa memeluk dan mencium anak perempuannya
di bahagian kepala, pipi atau antara kedua matanya dalam bentuk kasih sayang
adalah harus, sekalipun anak perempuannya telah baligh, besar dan dewasa dengan
syarat bebas dari fitnah atau bebas dari rangsangan syahwat.
Namun dilarang dari mencium mulut, kerana ciuman
mulut hanya di antara suami dan isteri kerana kebiasaannya ia dapat
merangsangkan syahwat. Pernah ditanya kepada al-Imam Ahmad: “Bolehkah seorang
lelaki mencium wanita yang mahram dengannya?” Jawab Imam Ahmad:
Maksudnya: “(Boleh) Jika dia (lelaki itu) baru
pulang dari permusafiran, dan dia tidak bimbangkan dirinya (dari fitnah).”
Kata Ibn Muflih:
Maksudnya: “akan tetapi tidak boleh melakukan ciuman
pada mulut sama sekali, (sebaliknya) pada dahi atau kepala.” (al-Adab
al-Syar’iyyah 2/256)
Di dalam al-Iqna’ (3/156) dinyatakan pula:
Maksudnya: “Dan tidak mengapa bagi yang baru pulang
dari permusafiran mencium wanita-wanita mahram dengannya, jika dia tidak
bimbangkan (fitnah) terhadap dirinya. Akan tetapi jangan melakukan ciuman pada
mulut, sebaliknya pada dahi atau kepala.”
Di dalam al-Mausu’ah al-Fiqhiyyah 13/130 dinyatakan:
Maksudnya: “Tidak boleh bagi seseorang lelaki
mencium mulut lelaki lain atau tangannya atau anggota lain, demikian juga tidak
boleh seorang wanita mencium wanita lain, berpelukan dan bersentuhan badan dan
seumpamanya. Semua itu (dilarang) jika dalam bentuk bersyahwat. Perkara ini
tiada perbezaan di kalangan fuqaha’… adapun jika ciuman itu bukan pada mulut
dan dalam bentuk kebaikan dan kemuliaan atau bertujuan kasih sayang ketika
bertemu dan berpisah, maka tidak mengapa.”
Pernah ditanya kepada al-Syeikh Ibn Baz RH: “Apakah
boleh seorang lelaki mencium anak perempuannya yang telah dewasa dan melepasi
umur baligh, sama ada anak perempuan itu telah berkahwin atau belum, sama ada
ciuman di tangan atau mulutnya dan seumpamanya. Jika anak perempuannya yang
menciumnya di tempat-tempat itu apa pula hukumnya?”
Jawab beliau: “Tidak mengapa seorang lelaki mencium
anak perempuannya yang telah dewasa mahupun yang kecil tanpa syahwat, dan
dilakukan di pipi jika anak perempuan itu telah besar berdasarkan apa yang
telah thabit daripada Abu Bakr al-Siddiq RA, yang pernah mencium anak
perempuannya ‘Aisyah RA di bahagian pipi. (Namun) ciuman pada mulut
kadang-kadang boleh menimbulkan syahwat, maka tidak melakukannya adalah lebih
afdhal dan lebih berhati-hati. Demikian juga anak perempuan seseorang, boleh
mencium bapanya di hidung atau kepada tanpa syahwat. Adapun jika beserta dengan
syahwat, maka diharamkan semua perkara itu bagi mengelak fitnah dan menutup
jalan kepada perkara yang keji.” (Fatawa Islamiyyah 3/78,79)
Wallahu a’lam.
Sumber : http://bin-sahak.blogspot.my
ikalan saiz 250
iklan adnow
0 Response to "Apakah Hukum Seorang Bapa Memeluk dan Mencium Anak Perempuannya Yang Sudah Baligh. Ramai YAng Tidak Tahu.. Semoga Bermanfaat."
Post a Comment