iklan responsive
Menurut Kajian, Hidu Kentut Suami Boleh Panjangkan
Umur Isteri. Baca Fakta Ini Dulu Sebelum Anda Membuat Andaian Sendiri!!
Kentut adalah suatu lumrah kehidupan untuk semua
manusia. Malah ada sesetengah orang yang kentut lebih daripada sepuluh kali
sehari.
Anda akan merasakan satu nikmat yang susah untuk
dibayangkan setelah anda melepaskan kentut yang sangat kuat. Isunya sekarang
ialah, situasi selepas kentut anda dilepaskan – apabila kentut anda
menghasilkan bau yang busuk dan dibiarkan “terapung” di udara untuk di bau.
Menurut satu kajian, menghidu kentut suami akan
membuatkan peluang anda untuk hidup lebih lama adalah tinggi. Ini kerana, bau
metana dan hydrogen sulfida yang ada pada kentut seseorang itu sebenarnya
membantu mengubah fungsi enzim dalam badan anda mengurangkan penyakit-penyakit
seperti Dementia.
Selain itu, kajian baru oleh Exeter University di
England telah menjelaskan bahawa ia juga membantu dalam mencegah kerosakan
mitokondria.
Kesimpulannya, biarlah kentut anda keluar dengan
sepuas-puasnya dan yang paling penting sekali, jangan sesekali anda takut dan
malu di samping isteri kerana pada hakikatnya, ia dapat membantu menjaga
kesihatan isteri anda.
——————————————————————-
Baca Juga::
Hukum Seorang Bapa Memeluk dan Mencium Anak
Perempuannya Yang Sudah Baligh
Soalan:
Apakah hukum seorang bapa memeluk dan mencium anak
perempuannya sendiri yang telah baligh dan dewasa?
Jawapan:
Seorang bapa memeluk dan mencium anak perempuannya
di bahagian kepala, pipi atau antara kedua matanya dalam bentuk kasih sayang
adalah harus, sekalipun anak perempuannya telah baligh, besar dan dewasa dengan
syarat bebas dari fitnah atau bebas dari rangsangan syahwat.
Namun dilarang dari mencium mulut, kerana ciuman
mulut hanya di antara suami dan isteri kerana kebiasaannya ia dapat merangsangkan
syahwat. Pernah ditanya kepada al-Imam Ahmad: “Bolehkah seorang lelaki mencium
wanita yang mahram dengannya?” Jawab Imam Ahmad:
Maksudnya: “(Boleh) Jika dia (lelaki itu) baru
pulang dari permusafiran, dan dia tidak bimbangkan dirinya (dari fitnah).”
Kata Ibn Muflih:
Maksudnya: “akan tetapi tidak boleh melakukan ciuman
pada mulut sama sekali, (sebaliknya) pada dahi atau kepala.” (al-Adab
al-Syar’iyyah 2/256)
Di dalam al-Iqna’ (3/156) dinyatakan pula:
Maksudnya: “Dan tidak mengapa bagi yang baru pulang
dari permusafiran mencium wanita-wanita mahram dengannya, jika dia tidak
bimbangkan (fitnah) terhadap dirinya. Akan tetapi jangan melakukan ciuman pada
mulut, sebaliknya pada dahi atau kepala.”
Di dalam al-Mausu’ah al-Fiqhiyyah 13/130 dinyatakan:
Maksudnya: “Tidak boleh bagi seseorang lelaki
mencium mulut lelaki lain atau tangannya atau anggota lain, demikian juga tidak
boleh seorang wanita mencium wanita lain, berpelukan dan bersentuhan badan dan
seumpamanya. Semua itu (dilarang) jika dalam bentuk bersyahwat. Perkara ini
tiada perbezaan di kalangan fuqaha’… adapun jika ciuman itu bukan pada mulut
dan dalam bentuk kebaikan dan kemuliaan atau bertujuan kasih sayang ketika
bertemu dan berpisah, maka tidak mengapa.”
Pernah ditanya kepada al-Syeikh Ibn Baz RH: “Apakah
boleh seorang lelaki mencium anak perempuannya yang telah dewasa dan melepasi
umur baligh, sama ada anak perempuan itu telah berkahwin atau belum, sama ada
ciuman di tangan atau mulutnya dan seumpamanya. Jika anak perempuannya yang
menciumnya di tempat-tempat itu apa pula hukumnya?”
Jawab beliau: “Tidak mengapa seorang lelaki mencium
anak perempuannya yang telah dewasa mahupun yang kecil tanpa syahwat, dan
dilakukan di pipi jika anak perempuan itu telah besar berdasarkan apa yang
telah thabit daripada Abu Bakr al-Siddiq RA, yang pernah mencium anak
perempuannya ‘Aisyah RA di bahagian pipi. (Namun) ciuman pada mulut
kadang-kadang boleh menimbulkan syahwat, maka tidak melakukannya adalah lebih
afdhal dan lebih berhati-hati. Demikian juga anak perempuan seseorang, boleh
mencium bapanya di hidung atau kepada tanpa syahwat. Adapun jika beserta dengan
syahwat, maka diharamkan semua perkara itu bagi mengelak fitnah dan menutup
jalan kepada perkara yang keji.” (Fatawa Islamiyyah 3/78,79)
Wallahu a’lam.
ikalan saiz 250
iklan adnow
0 Response to "Menurut Kajian, Hidu Kentut Suami Boleh Panjangkan Umur Isteri. Baca Fakta Ini Dulu Sebelum Anda Membuat Andaian Sendiri!!"
Post a Comment