iklan responsive
Beberapa cara dibawah bolehlah diamalkan untuk
mengelak dari terkena sihir
MEMBACA SURAH AL FATIHAH DAN MEMBACA TIGA SURAH
TERAKHIR ATAU 3 QUL SETIAP HARI.
Ia berdasarkan hadith :
Ertinya : Baginda S.A.W telah berkata kepadaku :
“Bacalah Qul Huwa Allahu Ahad” (al-ikhlas) dan (surah an-Nas) dan (surah
al-falaq) sebanyak 3 kali ketika pagi dan petang, ia mampu mencukupkan kamu
dari segala sesuatu.( At-Tirmidzi, Bab Doa yang disebut Ketika Ingin Tidur, no
3570 ; Sunan Abu Daud, Bab Apa Yang Dibaca Ketika Subuh, no 5072 ( Nuzhatul
Muttaqin, no 1457 , 2/229 ) At-Tirmidzi : Hasan Sohih, An-Nawawi : Sohih
MEMBACA AYAT AL-KURSI SELEPAS SOLAT ( IAITU SURAH
AL-BAQARAH AYAT 255)
Dalilnya :
Ertinya : “Sesiapa yang membaca ayat Kursi setiap
kali selepas solat, maka tiada siapa yang dapat menghalangnya dari memasuki
syurga” (Riwayat an-Nasaie dan at-Tabrani dengan sanad salah satu antaranya
Sohih. Antara yang mengatakan hadith ini sebagai SOHIH adalah Ibn Hibban, Abul
Hasan (guru Ibn Munzir), Az-Zahabi, Ibn Hajar, Al-Qaradawi (Rujuk Al-Muntaqa
min at-Targhib wa at-Tarhib lil Munziri, Bab Zikir Selepas Solat Fardhu, no
890, 1/426)
MEMBACA DOA INI DENGAN SETIAP HARI IAITU 3 KALI :
“BISMILLAHILLAZI LA YADHURRU MA’ASMIHI SYAI UN FIL ARDI WALA FISAMAIE, WA HUWAS
SAMI’UL ‘ALIM”.
Dalilnya :
Ertinya : Rasulullah S.A.W bersabda : ((Tiada
seorang hamba pun yang berkata setiap pagi dan petangnya : “Dengan nama Allah
yang tiada siapa mampu memudaratkan dengan namaNya samada di dunia mahupun di
langit, dan Dialah maha mendengar lagi maha mengetahui” sebanyak 3 kali,
kecuali tiada apa yang mampu memudaratkannya)) (Sohih Muslim, no 2731 (Nuzhatul
Muttaqin, no 1413, 2/207)
MEMBACA DUA AYAT TERAKHIR DARI SURAH AL-BAQARAH PADA
WAKTU MALAM
Ertinya : “Barangsiapa membaca 2 ayat terakhir (
ayat no 285 dan 286 ) dari surah al-Baqarah dalam satu malam, maka 2 ayat itu
telah pun mencukupi baginya”(Al-Bukhari & Muslim)
MEMBACA ZIKIR : “LA ILAHA ILLAH WAHDAHU LA SYARIKALAH,
LAHUL MULKU WALAHUL HAMDU YUHYI WA YUMIT WAHUWA ‘ALA KULLI SYAI’IN QODIR ” (
SEPULUH KALI )
Ertinya : Bersabdalah Nabi S.A.W : Barangsiapa
menyebut : ” Tiada tuhan melainkan Allah Yang Esa, tiada sekutu bagiNya,
bagiNya segala kerajaan dan bagiNya kepujian, yang menghidupkan dan yang
mematikan, dan Dia maha berkuasa atas segala sesuatu”sebanyak seratus kali
selepas solat Maghrib, nescaya Allah akan membangkitkan ia (di hari qiamat)
dengan senjata yang mampu melindunginya dari Syaitan sehinggalah pagi esoknya,
dan dituliskan baginya sepuluh kebaikan seperti pahala menunaikan perkara
wajib, dan dipadamkan darinya sepuluh kejahatan seperti dosa-dosa besar. Dan ia
standing dengan membebaskan 10 hamba wanita islam.” (Sunan At-Tirmidzi, Bab Doa
nabi SAW , no 3534 , hlm 802 ; At-Tirmidzi : Hasan Ghorib , Al-Albani : Hasan)
MEMBACA : ” A’UZU BIKALIMATILLAH AT-TAMMATI MIN
SYARRIMA KHALAQ
Ertinya : Adapun jika engkau menyebut tatkala kamu
berpetang-petang : (( Aku berlindung dengan kalimah Allah yang maha sempurna
dari segala kejahatan makhluk)) , nescaya tiada sesuatu apa akan
memudaratkanmu. ( Riwayat Muslim Rujuk Al-Muntaqa min at-Targhib wa at-Tarhib
lil Munziri, Bab Zikir Yang Disebut Ketika Subuh, no 336, 1/225 )
sumber : zaharuddin.net
ikalan saiz 250

iklan adnow
0 Response to "Doa Bagi Mengelak Diri Daripada Sihir Dan Santau"
Post a Comment