iklan responsive
Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh ..
Segala puji bagi Allah, Rabb sekelian alam. Selawat
serta salam buat junjungan mulia Nabi Muhammad SAW keluarga serta para sahabat
dan pengikut yang istiqamah menuruti baginda hingga ke hari kiamat.
Sahabat yang di rahmati Allah,
Bila dibaca surah Yasin selepas solat subuh, nescaya
Allah Taala mengabulkan segala doa dan permohonan kita. Mintalah apa saja yang
baik-baik, insya Allah akan dapat. Saya dan mencubanya, memang mujarab. Tetapi
berapa ramai daripada kita yang kuat menahan mata yang mengantuk untuk
menghabiskan bacaan tersebut. Sebab itu sesiapa yang rajin membaca surah Yasin
selepas solat subuh, memang dia dari golongan yang beruntung.
Rasulullah s.a.w bersabda: Sesungguhnya setiap
sesuatu mempunyai hati dan hati al-Quran itu ialah Yassin. Sesiapa membaca
surah Yassin, nescaya Allah menuliskan pahalanya seperti pahala membaca al-Quran
sebanyak 10 kali.
Sabda Rasulullah s.a.w lagi, Apabila datang ajal
orang yang suka membaca surah Yassin pada setiap hari, turunlah beberapa
malaikat berbaris bersama Malaikat Maut. Mereka berdoa dan meminta dosanya
diampunkan Allah, menyaksikan ketika mayatnya dimandikan dan turut
menyembahyangkan jenazahnya.
Malaikat Maut tidak mahu memaksa mencabut nyawa
orang yang suka membaca Yassin sehingga datang Malaikat Redwan dari syurga
membawa minuman untuknya. Ketika dia meminumnya alangkah nikmat perasaannya dan
dimasukkan ke dalam kubur dengan rasa bahagia dan tidak merasa sakit ketika
nyawanya diambil.
Rasulullah saw bersabda selanjutnya: Sesiapa
bersembahyang sunat dua rakaat pada malam Jumaat, dibaca pada rakaat pertama
surah Yassin dan rakaat kedua Tabaroka, Allah jadikan setiap huruf cahaya
dihadapannya pada hari kemudian dan dia akan menerima suratan amalannya
ditangan kanan dan diberi kesempatan membela 70 orang daripada ahli rumahnya
tetapi sesiapa yang meragui keterangan ini, dia adalah orang-orang yang
munafik.
Kesimpulanya ..
Jika anda amalkan membaca surah yassin setiap hari,
segala urusan anda dipermudahkan dan kebajikan anda dijaga oleh Allah SWT.
Bermakna, jika kita biasakan membaca surah Yassin
setiap pagi selepas solat subuh atau selepas solat dhuha, keperluan kita akan
Allah lengkapkan. JANGAN buat amalan ini hanya semata-mata untuk nikmat dunia
sahaja sebaliknya jadikan amalan untuk meraih keredhaan Allah SWT.
KAEDAH BACA YASIN 41
بِسۡمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡمَـٰنِ ٱلرَّحِيمِ
اللَّهُمَّ صَلِّ وَسَلِّمْ عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ
Bacaan Yaasin 41 ini diamalkan bagi memohon kepada
Allah SWT supaya memperkenankan sesuatu hajat. Ramai yang telah mengamalkannya,
hasilnya amat menakjubkan sekali… Jika baik yang diminta dapatnya juga yang baik.
.
Cara Membaca Yaasin 41:
.
1. Sebelum memulakan bacaan Yaasin, elok dimulakan
dengan Isti’azah, Basmalah, kemudian surah al-Fatihah diniatkan untuk
Rasulullah SAW dan diikuti juga selawat ke atas Baginda sebanyak 11 kali.
.
2. Baca ayat pertama surah Yaasin 7 Kali – niat
dalam hati.
36:1
Yaa siin
.
.
3. Kemudian teruskan bacaan sehingga ayat 38, ulang
akhir ayat tersebut yang bermula dengan “zaalika taqdiru..” 14 kali – niat
dalam hati.
.
36:38
Dan matahari beredar di tempat peredarannya.
Demikianlah ketetapan Tuhan Yang Maha Kuasa, lagi Maha Mengetahui.
.
.
4. Teruskan bacaan sehingga ayat 58 dan ulang
sebanyak 16 kali – niat dalam hati.
.
36:58
(Mereka juga beroleh) ucapan “Salam” (selamat
sejahtera) dari Tuhan Yang Maha Mengasihani.
.
.
5. Akhirnya apabila sampai ayat 81, ulanginya
sebanyak 4 kali – niat dalam hati.
.
36:81
Tidakkah diakui dan tidakkah dipercayai bahawa Tuhan
yang telah menciptakan langit dan bumi itu berkuasa menciptakan semula manusia
sebagaimana Ia menciptakan mereka dahulu? Ya! Benar, Dia berkuasa! Dan Dia lah
Pencipta yang tidak ada bandinganNya, lagi Yang Maha Mengetahui.
.
.
6. Al-Fatihah
.
7. Doa
.
Semua sekali ayat-ayat yang diulang itu berjumlah 41
kali (7+14+16+4).
.
.
والله أعلم بالصواب
Wallahu A’lam bishowab
(Hanya Allah Maha Mengetahui apa yang benar)
.
.
والسلام علبكم و رحمة الله و بركاته
.
Posted by; shafiqolbu
ikalan saiz 250

iklan adnow
0 Response to "Membaca Surah Yassin Selepas Subuh Sangat Besar Fadhilatnya"
Post a Comment