iklan responsive
Keinginan untuk tampil cantik dan berseri adalah hal
yang sungguh manusiawi. Bahkan dari zaman rasulullah pun penampilan menjadi
sebuah bahasan yang sering diperbincangkan. Dan kethuailah bahwa doa ini yang
menjadikan manusia terlihat lebih cantik dan berseri.
Bagi sesiapa yang menginginkan supaya muka atau
wajah nya berseri perlulah ia membaca surah Yusuf Ayat 4 (sebaik baiknya
selepas shalat)
Mari lah kita amalkan ayat pengasih surah Yusuf ayat
4 dan Surah Thahaa ayat 39 seperti di bawah ini.
Bagi sesiapa yang sudah mengamalkan, Alhamdulillah..
teruskan Ayat ini adalah ayat pengasih bagi mengeratkan lagi hubungan suami
isteri dan ianya juga boleh untuk anak-anak (supaya anak hormat kepada kita
sebagai ibu bapak mereka), keluarga dan sahabat handai taulan.
Idz Qaala Yuusufu Li Abiihi Yaa Abati Inni Ra Aitu
Ahada Asyara Kaukabauw Wasy Syamsa Wai Qamara Ra aituhum Lii Sajidin
Maksud Surah Yusuf Ayat 4;
(ingatlah peristiwa) ketika Nabi Yusuf berkata
kepada bapanya: Wahai ayahku! Sesungguhnya Aku mimpi melihat sebelas bintang
dan matahari serta bulan; Aku melihat mereka tunduk memberi hormat kepadaku
Setelah membaca surah teruskan dengan membaca
keratan ayat dalam surah Thaahaa ayat 39.
Wa-alqaytu Alayka Mahabbatan Minnii Walitushna Alaa
Ainii
Maksudnya surah Thaahaa ayat 39.:
Dan Aku telah tanamkan dari kemurahanKu perasaan
kasih sayang orang terhadapmu; dan supaya Engkau dibela dan dipelihara Dengan pengawasanKu
Caranya:
Dibaca 3 kali kemudian sapu ke muka wajah.
Amalan ini juga sesuai bagi mereka yang berat jodoh.
Perlu diketahui :
Jangan membaca tanpa memisahkan ayat tersebut. Surah
Yusuf ayat 4 dibaca sehingga selesai, kemudian berhenti sebentar dan teruskan
membaca keratan surah Thaahaa ayat 39. Jangan disambungkan terus dengan bacaan
surah Yusuf tadi.
Gunakan doa penyeri pemanis dan pengasih wajah surah
nabi yusuf ini dengan niat yang baik terutama untuk isteri yang ingin suaminya
menyayanginya lebih lagi.
Setiap kali bertemu atau bersua dengan
kekasih/isteri/suami, bacalah kedua ayat ini. Untuk mendapatkan kesan yang
baik, hendaklah diamalkan selalu membaca dihadapannya. Tidak perlu membaca
dengan kuat, memadailah dengan hanya membaca di dalam hati. Selain itu agar
dikasihi masyarakat, bacalah kedua-dua ayat ini setiap kali lepas solat
sebanyak 3 kali
kredit : khalifah media
ikalan saiz 250
iklan adnow
0 Response to "Doa Pengerat Kasih dan Penyeri Wajah"
Post a Comment