iklan responsive
Sepertimana yang ramai ketahui, daging khinzir
adalah haram dimakan oleh umat Islam dan sudah diterangkan secara jelas di
dalam Al-Quran. Salah satu firman Allah di dalam Al-Quran ialah “Diharamkan
bagimu (memakan) bangkai, darah, daging khinzir, (daging haiwan) yang
disembelih atas nama selain Allah.” (QS. Al Maa’idah:3) Peringatan tentang
haramnya memakan daging khinzir ini juga terdapat di dalam beberapa surah yang
lain. Walaupun rakyat Malaysia majoritinya beragama Islam, namun negara kita
juga mempunyai pelbagai kaum dan agama.
Jadi, adalah lebih baik untuk mengambil sikap cermat
dan berhati-hati walaupun banyak restoran telah menyatakan sama ada makanan
yang dihidangkan adalah “non-halal” atau “no pork served.” Dalam masa yang
sama, maklumat yang kami kongsikan ini mungkin berguna jika anda melancong ke
luar negara. Harap artikel ini dapat dijadikan tips ‘panduan travel’ dalam
mengenali makanan yang tak boleh dimakan oleh umat Islam.
Di sini kami ingin kongsikan bersama anda
istilah-istilah lain yang digunakan untuk hidangan makanan yang mengandungi
daging khinzir ini.
1. Pork
Istilah ini adalah yang paling kerap digunakan dan
mudah ditemui. Kebanyakan kedai makan di Malaysia yang menghidangkan pork ini
biasanya meletakkan tanda non-halal pada pintu masuk. Jika anda meragui apakah
jenis hidangan yang disediakan oleh sesebuah kedai, jangan malu bertanya
2. Bak Kut Teh
Makanan ini merupakan salah satu menu yang paling
popular di restoran yang menghidangkan daging khinzir di Malaysia dan
Singapura. Bak kut teh ini membawa maksud “Teh Tulang Khinzir” di dalam bahasa
Cina. Ia biasanya dihidangkan menggunakan tulang rusuk khinzir dan campuran
herba.
3. Bacon
Istilah bakon ini adalah sebutan bagi hirisan daging
khinzir yang disalai. Menjadi kegemaran masyarakat bukan muslim di luar negara
untuk dimakan bersama burger, sandwic atau menu lain terutamanya pada waktu
sarapan. Berhati-hati ketika ke luar negara kerana anda mungkin berpendapat
sandwic atau wafel adalah selamat dimakan namun banyak kedai makanan segera di
luar negara menggunakan bakon dalam hidangan mereka.
4. Swine
Swine ialah istilah atau panggilan lain untuk
khinzir yang dibela. Ia membawa maksud yang sama maksud dengan hog atau pig.
Dagingnya yang dimakan barulah dipanggil pork.
5. Char Siu
Char Siu ini berasal dari perkataan Cina yang
merujuk kepada daging khinzir panggang atau barbeku. Biasanya Char Siu ini
berwarna merah muda. Jadi berhati-hatilah dengan menu ini jika berkunjung ke
negara yang majoritinya terdiri dari kaum cina.
6. Cu Nyuk
Memang istilah ini kedengaran sedikit lucu. Hidangan
makanan kaum Cina yang dipanggil Cu Nyuk ini adalah banyak terdapat di negara
jiran kita, Indonesia. Ia biasanya dihidangkan bersama bubur. Ramai juga
masyarakat Indonesia yang beragama Islam yang masih keliru dengan masakan ini
dan sering menjadi isu hangat di sana.
7. Yakibuta
Yakibuta adalah potongan daging khinzir di dalam istilah
bahasa Jepun. Yakibuta ini sama maksudnya dengan braised pork. Ia biasanya
dihidangkan bersama ramen. Jadi berhati-hatilah jika berkunjung ke restoran
Jepun atau pergi melancong ke negara matahari terbit itu ya. Janganlah main
bedal saja.
8. Dwaeji
Dalam bahasa Korea, daging khinzir ini disebut
dengan nama dwaeji. Ia banyak ditemukan di dalam menu makanan seperti bulgogi
atau galbi. Sudah banyak restoran Korea yang boleh ditemui di Malaysia sama ada
yang halal mahupun yang tidak halal. Jadi berhati-hatilah dalam memilih tempat
makan. Maklumlah, kita ketahui ramai orang Malaysia gemarkan budaya K-pop dan
sering memilih Korea Selatan sebagai destinasi perlancongan.
9. Tonkatsu
Tonkatsu berasal daripada perkataan Jepun yang
membawa maksud “tulang khinzir”. Ia biasanya dijadikan kuah ramen yang
diperbuat daripada campuran lemak atau tulang khinzir. Bagi mereka yang tidak
tahu maksudnya mungkin akan mudah keliru kerana boleh sahaja ia dihidangkan
tanpa daging khinzir. Kepada penggemar ramen anda dinasihatkan supaya
berhati-hati dengan memeriksa terlebih dahulu menu sebelum membuat pesanan.
10. Ham
Ham ialah daging khinzir daripada bahagian potongan
kaki yang telah diawet ataupun disalai. Kebiasaannya ia dihidangkan penuh dalam
potongan itu sendiri ataupun dalam bentuk hirisan yang dimakan bersama sandwic.
Jika anda menyangka asal-usul “Hamburger” itu bermula daripada burger yang
mengandungi hirisan daging babi, anda salah. Hamburger dinamakan sempena nama
bandar yang mula-mula mencipta burger iaitu di Hamburg, Jerman
ikalan saiz 250
iklan adnow
0 Response to "10 istilah makanan dan nama masakan yang mengandungi babi yang umat islam keliru.. jom ambil tahu!"
Post a Comment