iklan responsive
Ustaz Azhar Idrus Jawab Soalan "Apa Hukum Left
Group Whatsapp? "
Hukum Left Group Whatsapp
"Bila kita 'left group' bukan kita putus
silaturahim...putus silaturahim ini haram dosa besar, berat sangat itu sebagai
contoh kalau putus silaturahim ini ada bapa saudara buang bapa saudara 'left
group' bukan sampai tahap begitu,"
SHAH ALAM - "Bila kita 'left group' bukan kita
putus silaturahim...putus silaturahim ini haram dosa besar, berat sangat itu
sebagai contoh kalau putus silaturahim ini ada bapa saudara buang bapa saudara
'left group' bukan sampai tahap begitu," demikian penjelasan pendakwah
bebas Ustaz Azhar Idrus ketika ditanya mengenai hukum seseorang yang bertindak
'left group' WhatsApp.
Azhar Idrus berkata, oleh itu jika seseorang itu
hendak 'left group' mereka disarankan agar memberitahu terlebih dahulu agar
tidak menimbulkan sebarang andaian yang negatif.
"'Left group' ini ada pelbagai alasan,
kadang-kadang sebab kita tidak suka keadaan orang yang berbual dalam itu,
kadang-kadang kita rasa grup itu tiada faedah, dan kadang-kadang terlalu banyak
group.
"Cuma sebaik-baiknya kalau kita tidak nyatakan
sebab biarlah orang tahu sebabnya, bila orang sudah tahu mereka tidak
tertanya-tanya... Bila kita nak keluar minta maaf, nyatakan sebab, jadi boleh
'left group' tiada masalah," katanya
ketika menjadi panel dalam Program Bersama Ustaz Azhar Idrus, Aku,
Ramadan dan Facebook di Dewan Sultan
Muhammad ke V, Kompleks Kumpulan Media Karangkraf, Seksyen 15 Shah Alam.
Dalam pada itu, Azhar Idrus menyarankan agar
pengguna media sosial menggunakan platform teknologi itu, untuk menyebarkan dakwah dan perkara-perkara
yang baik melaluinya.
"Bukan perkongsian hadis dan dakwah-dakwah
sahaja, perkongsian tentang ilmu semasa seperti 'bagaimana untuk memasak dengan
baik' juga boleh dikongsi di media sosial," katanya
ikalan saiz 250
iklan adnow
0 Response to "Hukum Memutuskan Silaturahim, Berdosa Besar.. Kalau Left Group Whatsapp Apakah Pula Hukumnya?? Sama Sama kita Ketahui.."
Post a Comment