iklan responsive
Kenapa wanita tu senang menjadi fitnah? hum..memang
itulah hakikatnye.. kerana wahai wanita, Allah telah jadikan anda makhluk
paling cantik dipandang mata, andalah sebaik-baik perhiasan yang mampu menarik
pandangan setiap mata di sekitarmu..
01.Ada yang pakai tudung singkat. Julurnya diikat ke
belakang. Atau diikat ke leher. Maka nampaklah 'kegebuan' leher dan dadanya.
Sedangkan dalam khutbah tadi, khatib membacakan ayat al-Quran yang meminta
wanita melabuhkan tudung, menutup bahagian dada mereka.
02.Ada pakai tudung, tapi pakai T-shirt pendek.
Malah ada yang pakai T-shirt tanpa lengan. Sudah tu ketat pula. Bukankah lengan
itu aurat. Bahaya mendedahkan lengan yang 'gebu' itu. Yang dahsyatnya, ada
pakai T-shirt singkat yang dipadankan dengan jeans terlondeh. Jadi apabila
membongkok atau duduk, nampak seluar dalam, malah kadang-kadang alur bontot.
03.Ada pakai tudung, tapi pakai jeans teramat ketat.
Alur punggung pun terbelah dua. Bentuk bontot pun terserlah. Apa nak jadi ni?
04.Ada yang pakai tudung, tapi pakai kebaya ketat.
Tidak cukup dengan tu pakai 'kain koyak' pula. Apabila berjalan, terserlahlah
'kegebuan' betis malah kadang-kadang paha pun tersembul.
05.Ada yang pakai tudung, tapi pakai kain singkat,
macam skirt mini. Kaki bukan auratkah? Pakailah stokin!!!!!!!
06.Ramai perempuan pakai tudung, tapi bermekap tebal
dan berwangi-wangian. Bibir merah menyala. Menunjukkan aksi seksi pula tu.
07.Ada perempuan bertudung, 'merendek' pula dengan
pacar di bangku stesen bas dan pusat beli-belah. Ini menjatuhkan imej wanita
bertudung.
08.Ramai perempuan suka pakai kasut bertumit tinggi.
Apabila berjalan berbunyilah, tang, tang, tang. Dalam khutbah tadi, khatib
memberitahu tidak boleh timbul bunyi yang boleh menaikkan syahwat lelaki.
Syahwat Lelaki
Berkenaan syahwat lelaki ini, saya berpendapat
kebanyakan perempuan tidak memahaminya.
Ini kerana perempuan dan lelaki tidak sama dari segi
biologi keinginannya.
Lelaki mudah saja naik syahwatnya sedangkan
perempuan tidak. Kebanyakan perempuan ingat lelaki macam dia. Itu tidak benar
sama sekali.
Seorang rakan saya memberitahu, satu kajian
mendapati lelaki terangsang secara puratanya sebanyak 30 kali sehari. Ini sudah
semula jadi. Bukan dibuat-buat. Jadi bukan sesuatu luar biasa jika lelaki naik
syahwatnya jika melihat aurat perempuan.
Itu normal. Jadi untuk selamat dunia akhirat, lelaki
dan perempuan wajib jaga aurat masing-masing. Ikut saranan al-Quran dan hadis.
Tafsiran ajaran al-Quran dan hadis disampaikan oleh ilmuan agama seperti khatib
Jumaat itu.
Pandai-pandailah nanti menjawab dan berdalih di
hadapan Allah.. Tak takut ke?
Saya perhatikan sekarang ini ramai perempuan
bertudung. Alhamdulillah, tetapi yang tidak sedapnya, semakin ramai wanita
bertudung tetapi tidak menutup bahagian sensitif.
Lepas tu, disalahkan pula lelaki mata keranjang...
Lelaki buaya darat... Lelaki mengganggu... Lelaki sexual harashment... Sape
suruh buat-buat suara manja? Sape suruh? Sapa suruh telanjang dikhalayak ramai?
Akhir zaman, wanita berpakaian, tetapi hakikatnya mereka berbogel... Sape yang
cakap tu?
Lelaki dan perempuan ikut saja panduan al-Quran dan
hadis jika mahu selamat.
Jangan mahu dibantah hukum-hakam agama. Hendak
Seribu Daya, Tak Hendak Seribu Dalih.. Wallahua'lam
10
Bahasa Tubuh Wanita Yang Membuat Lelaki Tergoda
Peringatan: Tips yang dikongsikan di sini adalah
khusus untuk isteri kepada suaminya. Bagi kepada anda yang belum berkahwin,
anda tidak dibenarkan untuk menggunakan tips ini kepada pasangan anda. Terima
kasih kepada peminat Tentang Cinta yang prihatin dan mengingatkan kami mengenai
perkara ini. 🙂
Tips
Cinta ini telah disampaikan oleh saudari qiqi anura di Forum Tentang Cinta.
Godaan. Ia bagai suatu permainan ‘dikejar dan
mengejar’. Tetapi adakah ia tertakluk kepada kaum lelaki sahaja untuk menggoda
wanita yang diminatinya? Apakah yang perlu dilakukan oleh seorang wanita bagi
menarik perhatian lelaki yang disukainya? Sebenarnya, ia agak mudah. Hanya
bergantung kepada bahasa gerak tubuh anda.
1.
Memusing kepala & menguak rambut
Ini merupakan suatu ‘pergerakan yang menggoda’
apabila seorang wanita berada berhampiran lelaki yang disukainya. Kepala
digerak ke belakang sambil tangan menguak rambut daripada muka atau bahu.
Pergerakan ini menunjukkan anda mengambil berat akan diri si jejaka dan ia juga
mendedahkan bahagian ketiak anda, merembeskan haruman. Mmm…
2.
Muncung, basahkan bibir & buka sedikit mulut
Bibir tebal nampak lebih menarik kerana ia berbeza
daripada bentuk bibir lelaki. Memuncungkan bibir menambahkan lagi ‘godaan
bibir’. Sebab itulah, lelaki berpendapat gincu bibir merah paling menarik.
3.
Sedikit sentuhan tubuh
Wanita mempunyai lebih banyak sensor saraf
berbanding lelaki, membuatkan mereka begitu sensitif kepada sentuhan. Lelaki
mendapati gerakan tubuh wanita seperti meraba-raba dirinya sendiri iaitu pada
bahagian paha, tengkuk atau leher adalah sesuatu yang seksi. Lebih-lebih lagi,
sekiranya seorang wanita itu menghampirinya sambil menyentuh tangan, bahu atau
bahagian badan si jejaka.
4.
Jelingan atas bahu yang terangkat
Bahu yang terangkat menonjolkan bentuk bulat dan
lenggok tubuh wanita. Maka biasakan menjeling ke belakan. Renung mata si jejaka
seketika sebelum memandang ke arah lain atau ke bawah. Renungan itu cukup untuk
memberitahu bahawa anda berminat untuk mengenalinya. Kajian menunjukkan
kebanyakan lelaki tidak sedar akan renungan pertama si gadis, maka anda perlu
mengulanginya beberapa kali. Si dia tertarik? Ambil peluang tersebut untuk
mengangkat kening sambil membesarkan mata untuk mengesahkan renungan anda hanya
untuk si dia.
5.
Usap objek bulat
Mengusap sebarang objek berbentuk bulat adalah suatu
pergerakan luar sedar yang mencerminkan pemikiran anda. Contohnya, apabila anda
mengusap keliling gelas minuman anda, si jejaka secara simboliknya akan cuba
memiliki anda sehinggakan dia sendiri dilihat mengusap-usap kunci kereta atau
apa sahaja barang miliknya yang berada berdekatannya.
6.
Jengketkan pinggul anda
Bukti perubatan menunjukkan wanita yang subur
mempunyai julat (ukuran panjang) pinggang ke pinggul 70% (ukuran pinggang
adalah 70% lilitan pinggul), ia adalah bentuk gitar dan dalam sejarah, julat
ini terbukti sebagai faktor tarikan seks paling dramatik! Jangan berputus asa
jika anda tidak memiliki julat ideal ini. Jengket atau naikkan sebelah pinggul
untuk mendapatkan kesan yang serupa.
7.
Lenggokkan pinggul anda
Wanita mempunyai pinggul dan ruang di antara kaki
yang lebih lebar berbanding lelaki. Ini bermakna, apabila seorang wanita itu
berjalan, dia menampilkan lenggok yang menonjolkan bahagian punggung. Lelaki
tidak boleh berjalan begini sebab itulah lenggok wanita merupakan ciri
perbezaan seks paling menonjol. Lelaki pula mudah terangsang akan lenggok jalan
wanita paling menggoda.
8.
Dedahkan pergelangan tangan
Wanita yang berminat dengan seorang lelaki akan
secara tidak sengaja mendedahkan bahagian kulit paling lembut lagi licin iaitu
pergelangan tangannya kepada jejaka tersebut. Dan wanita ini akan sengaja
mengulanginya berkali-kali dan menunjukkan rangsangan tarikan yang meningkat.
Mungkin sebab itu, wanita digalakkan menyembur pewangi pada bahagian ini.
9.
Kekalkan minat si dia
Kajian menunjukkan kebanyakan lelaki bimbang untuk
menyentuh beg tangan wanita, apatah lagi membukanya. Ia dianggap barangan
peribadi, ibarat cerminan tubuh anda. Maka, ia menjadi suatu petanda kuat
apabila anda meletak beg tangan di sebelah si jejaka yang anda minati. Dengan
cara ini, dia boleh melihat atau menyentuhnya sebagai satu cara untuk
menunjukkan minat anda.
10.
Halakan lutut ke arah si dia
Silangkan kaki sambil lutut di atas dihalakan ke
arah lelaki yang anda minati. Ini merupakan kedudukan paling santai. Anda bebas
berbual sambil memberi peluang untuk mendedahkan sedikit paha secara tidak
sengaja.
ikalan saiz 250
iklan adnow
0 Response to "Kenapa wanita tu senang menjadi fitnah???Berhati-hatilah wahai Wanita!Perkara Ini Membuat Lelaki Teransang 30 kali Sehari"
Post a Comment