iklan responsive
Rasulullah s.a.w bersabda: “Apabila si mati
dikuburkan.., datanglah kepadanya dua Malaikat hitam legam, lagi biru
(matanya), salah satu di antaranya disebut dengan nama “Munkar” dan yang
satulagi disebut dengan nama “Nakir”, (lalu keduanya mendudukan si mati itu
setelah dikembalikan rohnya ke dalam jasadnya) kemudian mereka menyoalnya:”Apa
yang pernah engkau katakan mengenai orang ini (Muhammad s.a.w)?” (dan pada satu
riwayat oleh Abu Daud:
Mereka bertanya kepadanya: “Apa yang engkau pernah
sembah?” Maka kalau Allah memberi hidayah pertunjuk kepadanya, ia akan menjawab
dengan berkata: “Aku menyembah Allah!” Kemudian ia ditanya lagi: “Apa yang
engkau pernah katakan mengenai orang ini (Muhammad s.a.w)?” (Dan pada satu
riwayat yang lain, oleh Abu Daud juga: Mereka menyoalnya dengan berkata: “Siapa
Tuhanmu?” Ia menjawab: “Tuhanku ialah Allah!” Mereka bertanya lagi: “Apa agama
mu?” Ia menjawab: “Agamaku ialah Islam!” Mereka bertanya lagi: “Siapa dia orang
yang telah diutuskan dalam kalangan kamu)?” Maka kalau si mati seorang yang
beriman, ia akan menjawab dengan berkata: “Orang itu (Muhammad s.a.w) ialah
hamba Allah dan RasulNya, aku mengetahui serta meyakini bahawa sesungguhnya
tiada Tuhan yang berhak disembah melainkan Allah dan bahawa sesungguhnya
Muhammad itu ialah hamba Allah dan RasulNya!”
Mereka berkata kepadanya: “Kami sedia mengetahui
bahawa engkau mengakui yang demikian”; (Dan pada satu riwayat oleh Abu Daud
bahawa Baginda s.a.w bersabda: “Lalu diseru oleh penyeru dari langit katanya:
“Sungguh benar hamba-Ku, maka bentangkanlah kepadanya satu hamparan dari
Syurga, dan pakaikanlah dia pakaian dari Syurga, serta bukakanlah baginya
sebuah pintu ke Syurga”. “Rasulullah s.a.w bersabda lagi: “Lalu datang
kepadanya sebahagian dari bau Syurga dan keharumannya ); kemudian dilapangkan
kuburnya seluas tujuh puluh hasta persegi, dan diberikan cahaya yang menerangi
kuburnya; kemudian dikatakan kepadanya: “Tidurlah!” Lalu ia berkata: “Bolehkah
aku balik kepada keluargaku supaya dapat aku ceritakan kebaikan halku?”
Dua Malaikat itu berkata kepadanya: “Tidurlah
seperti tidurnya pengantin yang tidak dibangkitkan dari tidurnya melainkan
sekasih-kasih ahlinya; Demikianlah halnya sehingga ia dibangkitkan Allah dari
tempat baringnya itu. Jika si mati itu seoarang munafik, ia menjawab pertanyaan
Malaikat itu dengan katanya: “Aku dengar orang berkata demikian, maka aku pun
turut berkata sama; aku tidak tahu benarkah atau tidak”. Lalu dua Malaikat itu
berkata: “Memang kami tahu engkau berkata demikian”; (dan menurut satu riwayat
oleh Abu Daud: “Lalu diseru oleh penyeru dari langit katanya: “Sesungguhnya
orang itu berdusta maka bentangkanlah kepadanya satu hamparan dari Neraka, dan
pakaikanlah dia dari Neraka, serta bukakanlah baginya sebuah pintu ke Neraka”.
Rasulullah s.a.w. bersabda lagi: “Lalu datang kepadanya sebahagian dari bahang
Neraka dan udara panasnya) kemudian diperintahkan bumi supaya mengapitnya lalu
bumi mengapitnya sehingga berselisih tulang-tulang rusuknya, maka tinggallah ia
dalam azab itu terus menerus ke masa Allah bangkitkan dia dari kuburnya.”
Detik Islam
ikalan saiz 250
iklan adnow
0 Response to "KEADAAN SESEORANG KETIKA DALAM KUBUR (semoga dapat memberi hidayah dan keinsafan dari Maha Pencipta)"
Post a Comment