iklan responsive
Allah cetuskan satu isu bukan secara kebetulan
tetapi dengan tujuan. Apakah tujuan isu itu?
#1 – Membezakan Antara Bertudung Dengan Menutup
Aurat
Menutup aurat itu syariat tetapi bertudung itu
fesyen daripada manusia. Bertudung tidak semestinya menutup aurat.
Menutup aurat itu ialah dengan menutup dada,
punggung, bawah dagu dan segala lekuk serta bentuk pada tubuh dengan kain yang
tebal bukan yang kain tipis dan berbayang.
Jauh bezanya wanita yang menutup aurat kerana Allah
dengan yang bertudung kerana mengharap perhatian manusia.
#2 – Menjaga Niat, Syariat Dan Akhlak
Berada di tempat yang sinonim dengan arak dan
pergaulan bebas bagi tujuan dakwah tidak salah dengan syarat tetap menjaga
syariat Islam.
Sebaliknya, jika syariat dilanggar dan nilai akhlak
tercemar, berada di tempat sebegitu ialah suatu yang mungkar dan mengundang
fitnah.
Bukan soal kita berada di mana, itu bukan
persoalannya. Tetapi yang penting ialah apa yang kita lakukan ketika kita
berada di situ.
Berada di kelab malam untuk berdakwah itu baik,
tetapi walaupun berada di masjid untuk mencuri adalah tidak baik.
Di tempat yang buruk, jadilah seperti ikan walaupun
dikelilingi laut yang masin, isi ikan tidak masin. Jangan jadi seperti sesumpah
yang mengubah warna setiap kali berubahnya suasana.
#3 – Promosi Patuh Syariah
Promosi untuk perniagaan tidak salah, kerana
perniagaan sangat digalakkan dalam Islam. Tetapi promosi jangan sampai
melanggar syariat dan akhlak, itu dilarang oleh Islam. Niat tidak menghalalkan
cara.
Walaupun mungkin kaedah itu publisiti yang unik dan
bakal melariskan jualan produk tetapi apa gunanya semua itu jika Allah tidak
redha dan tercabut keberkatan perniagaan.
Kita dambakan kualiti rezeki bukan semata-mata
kuantitinya. Sedikit yang mengingatkan lebih baik daripada banyak yang
melalaikan.
#4 – Pemfitnah Salah Tetapi Pengundang Fitnah Juga
Bersalah
Justeru, Rasulullah SAW sentiasa menutup ruang untuk
difitnah walaupun apa yang baginda lakukan sentiasa benar di sisi Allah.
Rasulullah SAW bukan sahaja menjaga ‘kata-kata’
Allah tetapi baginda juga berjaga-jaga dengan kata-kata manusia.
Jangan sampai kita berdosa dengan Allah dengan
memfitnah orang. Dan jangan sampai orang lain berdosa kerana kita membuka ruang
dosa untuk mereka kerana memfitnah kita.
#5 – Sebarkan Dakwah
Pesan memesan dengan kebenaran dan kesabaran itu
adalah firman Allah yang perlu dilaksanakan oleh manusia. Justeru, wajib kita
ambil berat kata-kata orang selagi ia selaras dengan kehendak Allah.
Yang unik, gimik dan luar biasa memang memberi
publisiti dan bagus untuk promosi, tetapi sekiranya telah melanggar syariat dan
akhlak, itu tidak bernilai sedebu pun di sisi Allah.
Dan jika kita terus tegar dan degil melakukannya,
bukankah itu menunjukkan kitalah yang sangat mementingkan ‘apa orang lain kata’
berbanding dengan ‘apa yang Allah kata‘?
#6 – Belajarlah Dari Terus Jahil
Jika semua itu kerana kejahilan marilah sama-sama
kita belajar dan menambah ilmu. Jika semua itu kerana kedegilan, marilah
sama-sama kita istighfar dan bertaubat kepada Allah.
#7- Kejarlah Kaya Jiwa Berbanding Kaya Harta
Namun jika diberi kaya jiwa dan kaya harta itulah
yang terbaik untuk kita. Kaya jiwa itu ketenangan. Kaya harta itu kesenangan.
Jangan sekali-kali cuba membeli ketenangan dengan
kesenangan. Kita tidak akan mampu. Kita akan tertipu!
Mari bersama kita renung-renungkan.
Sumber: Tazkirah.net
ikalan saiz 250
iklan adnow
0 Response to "MARI BERFIKIR DI SEBALIK VIRAL PELANCARAN ‘TUDUNG’ DI PUSAT HIBURAN"
Post a Comment