iklan responsive
Soalan: Saya mahu tanya apakah hukum seorang isteri
meminta cerai pada suaminya sedangkan suaminya memberikan nafkah yang cukup?
Jawapan:
Jika isteri meminta cerai tanpa alasan yang di
benarkan syarak hukumnya berdosa besar dan tak akan cium bau
syurga.Diriwayatkan dari Tsauban radhiyallahu ‘anhu, ia berkata, “Rasulullah
Shallallahu ‘Alaihi Wasallam bersabda: “Wanita mana yang meminta cerai kepada
suaminya tanpa ada apa-apa maka haram baginya mencium wanginya syurga.” (Shahih
Sunan at-Tirmidzi).
Dalam hadis yang lain
الْمُخْتَلِعَاتُ وَالْمُنْتَزِعَاتُ هُنَّ الْمُنَافِقَاتُ
“Isteri-isteri yang minta khulu’(tanpa alasan yang
membenarkannya) dan mencabut diri (dari pernikahan) mereka itu wanita-wanita
munafik.” (Shahih Sunan at-Tirmidzi).
“Wanita mana yang meminta cerai kepada suaminya
tanpa ada apa-apa maka haram baginya mencium wanginya syurga.” (Shahih Sunan
at-Tirmidzi )
Kewajipan isteri mentaati suaminya selagi mana si
suami tidak menyuruh melakukan maksiat : Dalam Sunan At-Tirmidzi dari Ummu
Salamah radliyallah ‘anha, ia berkata, Rasulullah Shallallahu ‘Alaihi Wasallam
bersabda:
أَيُّمَا امْرَأَةٍ مَاتَتْ وَزَوْجُهَا رَاضٍ عَنْهَا
دَخَلَتِ الْجَنَّةَ
“Wanita (isteri) mana saja yang meninggal dalam
keadaan suaminya redha kepadanya nescaya ia akan masuk syurga.” (Hadis Riwayat
At-Tirmidzi , Tirmidzi berkata, “Hadis ini hasan.”
Dari Abu Hurairah radhiyallahu ‘anhu dari Nabi
Shallallahu ‘Alaihi Wasallam, baginda bersabda:
لَوْ كُنْتُ آمِرًا لِأَحَدٍ أَنْ يَسْجُدَ لِأَحَدٍ لَأَمَرْتُ
الْمَرْأَةَ أَنْ تَسْجُدَ لِزَوْجِهَا
“Seandainya aku boleh memerintahkan seseorang untuk
sujud kepada orang lain nescaya aku akan memerintahkan isteri untuk sujud
kepada suaminya.” (HR. at-Tirmidzi, beliau berkata, “Hadis ini hasan”).
“Wanita (isteri) mana saja yang meninggal dalam
keadaan suaminya redha kepadanya nescaya ia akan masuk surga.” (HR. At-Tirmidzi
)
Diriwayatkan pula oleh Abu Daud dan lafadznya:
“…nescaya aku perintahkan para isteri untuk sujud kepada suami mereka di
sebabkan kewajiban-kewajiban sebagai isteri yang Allah bebankan atas
mereka.”(Shahih Sunan Abi Dawud)
Demikian pula dalam Al-Musnad, Sunan Ibni Majah, dan
Shahih Ibni Hibban dari Abdullah ibnu Abi Aufa radhiyallahu ‘anhu, ia berkata:
“Tatkala Mu’adz datang dari bepergiannya ke negeri Syam, ia sujud kepada Nabi
Shallallahu ‘Alaihi Wasallam, maka baginda menegur Mu’adz, “Apa yang kau
lakukan ini, wahai Mu’adz?” Muadz menjawab:
أَتَيْتُ الشَّامَ فَوَجَدْتُهُمْ يَسْجُدُوْنَ لِأَسَاقِفَتِهِمْ
وَبَطَارِقَتِهِمْ، فَوَدِدْتُ فِي نَفْسِي أَنْ تَفْعَلَ ذَلِكَ بِكَ يَا رَسُوْلَ
اللهِ
“Aku mendatangi Syam, aku dapati mereka
(penduduknya) sujud kepada uskup mereka. Maka aku berkeinginan dalam hatiku
untuk melakukannya kepadamu, wahai Rasulullah.” Lalu Rasulullah Shallallahu
‘Alaihi Wasallam bersabda:
لاَ تَفْعَلُوا ذَلِكَ، فَإِنِّي لَوْ كُنْتُ آمِرًا أَحَدًا
أَنْ يَسْجُدَ لِغَيْرِ اللهِ لَأَمَرْتُ الْمَرْأَةَ أَنْ تَسْجُدَ لِزَوْجِهَا، وَالَّذِي
نَفْسُ مُحَمَّدٍ بِيَدِهِ لاَ تُؤَدِّي الْمَرْأَةُ حَقَّ رَبِّهَا حَتَّى تُؤَدِّيَ
حَقَّ زَوْجِهَا، وَلَوْ سَأََلَهَا نَفْسَهَا وَهِيَ عَلَى قَتَبٍ لَمْ تَمْنَعْهُ
“Jangan engkau lakukan hal itu, kerana sungguh andai
aku boleh memerintahkan seseorang untuk sujud kepada selain Allah nescaya aku
perintahkan isteri untuk sujud kepada suaminya. Demi Zat yang jiwa Muhammad
berada di tangan-Nya, seorang isteri tidaklah menunaikan hak Rabbnya sampai ia
menunaikan hak suaminya. Seandainya suaminya meminta dirinya dalam keadaan ia
berada di atas pelana (hewan tunggangan) maka ia tidak boleh menolaknya.”
(Shahih Sunan Abi Dawud dan Musnad Ahmad).
ikalan saiz 250

iklan adnow
0 Response to "HUKUM ISTERI MINTA CERAI TANPA ALASAN"
Post a Comment