iklan responsive
Tidak ada lagi bacaan yang dapat meningkatkan daya
ingatkan dan memberikan ketenangan kepada seseorang kecuali membaca Al-Qur’an…”
Dr Al Qadhi, melalui penelitiannya yang panjang dan
di Hospital Besar Florida, Amerika Syarikat, berjaya membuktikan hanya dengan
mendengarkan bacaan ayat-ayat Al-Quran, seorang Muslim, sama ada mereka
berbahasa Arab ataupun tidak, mampu merasakan perubahan fisiologi yang sangat
besar.
Penurunan tekanan, kesedihan, memperolehi ketenangan
jiwa, menangkis pelbagai jenis penyakit, merupakan pengaruh yang boleh
dirasakan oleh orang-orang yang menjadi subjek kajiannya.
Penelitiannya disokong dengan bantuan alat
elektronik terbaru untuk mengesan tekanan darah, denyutan jantung, ketahanan
otot dan ketahanan kulit terhadap aliran elektrik. Dari hasil ujiannya, dia
membuat kesimpulan, bacaan Al-Quran mampu mempengaruhi sehingga 97% dalam
melahirkan ketenangan jiwa dan penyembuhan penyakit.
Dalam laporan sebuah penelitian yang disampaikan
dalam Persidangan Perubatan Islam Amerika Utara pada tahun 1984, disebutkan,
Al-Quran terbukti mampu mendatangkan ketenangan hingga 97% bagi mereka yang
mendengarkannya.
Kesimpulan hasil ujian tersebut diperkuatkan lagi
oleh kajian Muhammad Salim yang diterbitkan Universiti Boston. Subjek kajiannya
telah dijalankan terhadap 5 orang sukarelawan yang terdiri daripada 3 orang
lelaki dan 2 orang wanita.
Kelima-lima orang tersebut sama sekali tidak
memahami bahasa Arab dan mereka juga tidak diberi tahu bahawa yang akan
diperdengarkan adalah ayat Al-Quran.
Kajian yang dilakukan sebanyak 210 kali terbahagi
dua sesi, iaitu membacakan Al-Qur’an dengan tartil dan membacakan bahasa Arab
yang bukan dari Al-Quran.
Kesimpulannya, responden mendapat ketenangan
sehingga 65% ketika mendengar bacaan Al-Qur’an dan hanya 35% ketika mendengar
bahasa Arab yang bukan dari ayat Al-Quran.
Malah, Al-Quran juga memberikan pengaruh besar jika
diperdengarkan kepada seorang bayi. Perkara tersebut didedahkan Dr. Nurhayati
dari Malaysia dalam Seminar Kaunseling dan Psikoterapi Islam di Malaysia pada
tahun 1997.
Menurut kajian beliau, bayi yang berusia 48 hari
yang diperdengarkan kepadanya ayat-ayat Al-Quran dari tape recorder menunjukkan
respon tersenyum dan menjadi lebih tenang.
Sungguh suatu kebahagiaan dan merupakan nikmat yang
besar kita mempunyai Al-Quran. Selain menjadi ibadah dalam membacanya,
bacaannya juga memberikan pengaruh besar bagi kehidupan jasmani dan rohani
kita.
Jika mendengar muzik klasik boleh mempengaruhi
kecerdasan intelektual (IQ) dan kecerdasan emosi (EQ) seseorang, bacaan
Al-Qur’an lebih dari itu. Selain IQ dan EQ, bacaan Al-Qur’an juga mempengaruhi
kecerdasan spiritual (SQ).
Maha Benar Allah yang telah berfirman; “Ketahuilah,
hanya dengan mengingat Allah (zikrullah) hati menjadi tenang”. QS Ar-Ra’d ayat
28.
ikalan saiz 250
iklan adnow
0 Response to "Kesan Menakjubkan Bacaan Al-Quran Kepada Tubuh manusia"
Post a Comment