iklan responsive
Buah tunjuk langit mempunyai banyak khasiat yang
mampu menangani pelbagai penyakit antaranya kencing manis kerana ia dapat
menurunkan kadar gula dalam darah.
Selain itu, buah yang mempunyai 1,001 khasiat ini
juga membantu individu yang mempunyai masalah berat badan berlebihan selain
boleh menjadi penawar penyakit migrain.
Mengandungi pelbagai jenis vitamin antaranya vitamin
A, B6 dan B selain protein, kalsium dan magnesium, buah ini juga membantu
menangani masalah gout, sakit sendi, darah tinggi, melancarkan perjalanan darah
dan meningkatkan kecergasan badan.
Buah ini mendapat perhatian dunia sejak akhir-akhir
ini selepas banyak kajian bioteknologi dijalankan berjaya menemukan pelbagai
kebaikannya.
Pakar saintis bioteknologi berpendapat, biji buah
ini mengandungi banyak khasiat semula jadi yang boleh dijadikan penawar bagi
membantu dan meningkatkan sistem peredaran darah dalam tubuh manusia.
Tumbuhan liar ini berasal daripada jenis pokok
Meliaceae (keluarga pokok mahogani atau mahoni) yang tumbuh di kawasan hutan
hujan tropika yang mempunyai suhu kering dan lembap terutama di Amerika
Selatan, barat India, Kepulauan Indonesia, Fiji, Honduras, Kepulauan Solomon
dan juga Malaysia.
Selain mengamalkan pengambilan buah ini, anda juga
dinasihatkan mengawal diet harian dan tidak mengambil makanan atau minuman
sesuka hati tanpa kawalan.
Sumber: HMETRO
ikalan saiz 250

iklan adnow
0 Response to "Khasiat Buah Tunjuk Langit"
Post a Comment